Pagi itu , aku bangun sedikit awal dari kebiasaannya. Aku mengemas sedikit cadar yang berwarna merah jambu itu agar kelihatan kemas. Setelah berpuas hati, aku melangkah turun ke bawah untuk menghilangkan bosan.
Aku mengerling sedikit ke arah pintu bilik berwarna keemasan itu. Dia ada ke tak eh ? Aku menolak sedikit pintu bilik Rafi lalu menjengulkan kepala di sebalik pintu tersebut. Sepi.
Bau wangian bilik Rafi sangat menarik perhatian ku untuk menikmati pemandangan bilik yang terlalu cantik itu. Bau Lavender ! Langkahku terhenti pada ruangan bacaan itu. Terdapat sebuah buku berwarna hijau tua yang berada di atas meja itu. Buku ini.. macam pernah tengok. tapi kat mana ek.
Tanganku terus mencapai buku itu.
"Ehemm!" Deheman oleh seseorangan yang ku kenali itu mengejutkan aku. Tanganku terus melepaskan buku itu. aku mengurut dada perlahan.
"Kau buat apa masuk bilik aku ni hah ? " sebaik sahaja aku mahu menjawab pertanyaan Rafi, mata ku memandang tubuh Rafi yang hanya memakai tuala.
ARGHHHH!
"Rafi, pakai la baju dulu" aku menutup mata. Ketawa kuat terlepas dari mulut Rafi. Eiyyy tak lucu lah!
"Ada aku kisah ? Kau suka kan tengok aku macam ni ? Tergugat kan?"
"Eiyyy awak. Please. pakai baju dulu"
"Ishhh yela. kau pegi keluar. shuh shuh" aku terus berlari keluar dari situ dan terus menuju ke dapur untuk menolong tok Mah.
Huh. Keluhku.
Suara ketawa dari Rafi aku tidak hiraukan. Lalu aku berlari mendapatkan tok Mah.
Maaf pendek guys . Maaf berbulan sis menghilang. Wattpad buat halau😭💃
YOU ARE READING
Pengemis Cinta✔
RomanceKehidupan Ainur Marisa yang penuh dengan derita. Tetapi akhirnya berubah menjadi kebahagiaan apabila datangnya seorang lelaki iaitu Syed Aryan Rafi. Tetapi malangnya pertemuan mereka yang bahagia hanya seketika itu juga membawa duri yang sangat ta...