AO1

1K 55 10
                                    

Johnny menggelengkan kepalanya melihat adiknya yang pulang lewat malam buat kesekian kalinya. Dia hanya berdiri di muka pintu dengan kedua-dua tangannya disilangkan di dada sambil merenung tajam adiknya.

"Sarah Seo" panggil Johnny dengan nada suara mendatar.

Sarah hanya mendecit sambil memberikan renungan tajam kepada abangnya. Apabila dia hendak melangkah masuk ke dalam rumahnya, Johnny menghalang laluannya menggunakan tubuhnya.

"Apa ni, abang ? Orang nak masuk nak mandi nak tidur. Orang penat lah" rungut Sarah.

"Kali ni keluar dengan siapa pulak ? Pergi mana ?" Soal Johnny ingin tahu.

"Abang ni boleh tak jangan sibuk hal saya ? Saya tahu lah nak jaga diri. Tu kawan saya lah, Lucas. Kitorang jalan-jalan je pun"

"Jalan-jalan apa lewat malam baru balik ? Pusing satu negara ? Kenapa tak balik esok pagi je ?" Marah Johnny.

"Ish bising lah ! Tepi lah !" Sarah menolak tubuh abangnya dan terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan abangnya.

"Kalau Sarah buat perangai macam ni lagi, abang tak teragak-agak nak halau Sarah dari rumah ni. Abang bekukan semua akaun bank Sarah. Belajar hidup susah sikit"

Langkah Sarah terhenti. Kemudian dia menoleh ke arah abangnya.

"Oh. Sekarang abang nak ugut saya lah ? Kenapa tak jual je saya ni ?" Tuduh Sarah.

"Abang tak kata abang nak jual. I'm a worst brother kalau abang-..."

"'Memang abang ni abang yang teruk pun !" Pintas Sarah.

"SARAH SEO !" jerkah Johnny dengan mata yang dijegilkan.

Sarah berlari mendaki tangga menuju ke biliknya.

***

Tok Tok Tok !

Pintu rumah dibuka.

"Oh. Taeil. Nak jumpa Sarah ke ? Hari ni Sarah tak boleh keluar" kata Johnny.

"Maafkan saya. Tapi ... Sarah yang suruh saya datang sini jemput dia" kata Taeil dengan berhati-hati. Dia sedia maklum bahawa abang Sarah iaitu Johnny seorang yang amat tegas namun dia tahu Johnny merupakan seorang yang baik hati.

"Jangan ikutkan sangat cakap Sarah tu. Semalam dia melawan cakap aku siap cakap aku ni abang tak guna. Dia terlalu dimanjakan. Hari ni, aku tak akan izinkan dia ke mana-mana. Nak ajar dia sikit"

Taeil hanya mengangguk.

"Kalau macam tu ... saya balik dulu lah. Maaf sebab mengganggu. Saya pergi dulu" Taeil mengundurkan diri dan berjalan ke arah keretanya dan pergi dari perkarangan rumah adik beradik Seo itu.

Johnny menutup semula pintu rumahnya. Apabila dia memusingkan badannya, Sarah sudah pun berada di belakangnya.

"Nak ke mana ?" Johnny pura-pura bertanya.

"Abang suruh Taeil balik, kan ?" Sarah meneka.

"Haah. Abang suruh dia balik. Abang nak Sarah duduk rumah selama seminggu. Sebab semalam Sarah kurang ajar dengan abang" kata Johnny dengan nada tegas.

"Saya benci abang !" Sarah naik ke biliknya sambil menghentakkan kakinya.

Johnny hanya mengeluh.

"Ni semua untuk kebaikan Sarah" kata Johnny.

***

Sarah mengintai di sebalik pintu biliknya. Pintu bilik abangnya terletak berhadapan dengan biliknya.

AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTAWhere stories live. Discover now