AO9

353 51 2
                                    

Taeil tersedar dari pengsannya mendapati dirinya kini berada di atas sofa di tengah ruang tamu.

"Yuta ?" Dia memerhati sekeliling.

"Ohhh Taeil dah bangun ?" Yuta duduk berhadapan dengan Taeil.

"Yuta. Kita kat mana sekarang ni ?"

"Rumah aku"

"Oh. Kenapa ?"

"Kenapa apa ?"

"Kenapa kau hantukkan kepala kau dengan kepala aku ? Sakit tahu tak sakittttt" marah Taeil.

"Terpaksa untuk keselamatan rumah aku jugak. Lagi pun kau ni orang asing"

"Orang asing ? Tadi baru je kau kata kita kawan"

Yuta tertawa.

"Maksud aku walaupun aku anggap kau sebagai kawan, aku masih tak boleh percayakan kau" jelas Yuta.

Taeil mengangguk.

"Jadi, apa yang kau nak cakap dengan aku tu ?" Yuta menyandarkan dirinya.

Taeil cuba mengingati semula perbualan mereka.

"Okay aku mintak maaf sebab hantukkan kepala kau tadi. Biar aku ingatkan balik. Kita cakap pasal Sarah tadi" kata Yuta.

"Ahah. Lepas tu ?"

"Lepas tu aku tanya kau pasal soalan aku yang kau tak jawab lagi"

"Lepas tu ?"

"Kau ni takkan lupa semua terus ???" Marah Yuta.

"Aku saje je hahaha"

Yuta mengerutkan dahinya.

"Okay macam ni. Sarah pun tak tahu apa-apa langsung pasal ni"

Yuta menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Taeil.

"Aku ni orang kanan Johnny"

Mata Yuta terbeliak mendengar pengakuan Taeil.

"Orang kanan Johnny ??? Maknanya kau kenal aku lah ?" Soal Yuta.

"Maksud kau ?"

"Maksudnya kau tahu semua pasal aku lah sebab-..." Yuta tidak menghabiskan ayatnya.

Ketika itu barulah Taeil seperti teringat sesuatu.

"Oh kau ke rakan kongsi Johnny yang baru ???"

Tiba-tiba suasana bertukar sunyi.

...

Yuta dan Taeil ketawa bersama.

"Kenapa lah aku tak tahu awal-awal yang kau ni orang Johnny jugak" kata Yuta dengan ketawa yang masih tersisa.

Taeil terus berhenti ketawa.

"Oh pasal tu. Aku tak boleh dedahkan sewenang-wenangnya identiti aku" kata Taeil.

"Kejap aku tak faham" balas Yuta.

"Aku tak kerja dalam pejabat macam pekerja dia yang lain. Dan aku tak ikut dia ke mana sahaja dia pergi"

Tugasan Taeil hampir sama dengan tugasan pengawal peribadi. Sekiranya ada masalah yang menimpa sama ada di tempat kerja atau di rumah Johnny dan Sarah, dia lah yang akan menyiasat mengenainya secara sembunyi-sembunyi sebelum membuat tindakan yang lebih besar seperti melaporkannya kepada pihak polis dan sebagainya.

Barulah Yuta memahami bentuk tugasan Taeil sebagai orang kanan Johnny.

"Jadi, aku nak tanya. Kau anggap Sarah sebagai apa ?"

Taeil mengeluh.

"Aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi ... aku kenal Sarah pun secara tak sengaja"

"Dan masa tu kau baru tahu abang dia Johnny ?" Yuta meneka.

"Tak jugak. Aku baru tahu abang dia Johnny masa aku hantar dia ke rumah, dan aku tahu rumah tu rumah Johnny. Lepas aku tanya sendiri dengan Johnny, barulah aku tahu selama ni aku keluar dengan adik dia. Aku bagitahu lah pasal tu kat Johnny. Nasib baik Johnny tak marah aku"

"Maknanya ... kau tahu lah semua pasal ..." sengaja Yuta tidak menghabiskan ayatnya kerana hendak menguji Taeil.

"Aku cuma tahu Sarah selalu mengadu pasal abang dia tapi aku diam je sebab dia sendiri tak tahu yang aku ni bekerja dengan abang dia"

Yuta hanya menganggukkan kepala.

"Okay memandangkan kau pun bekerja dengan Johnny, sekarang aku percayakan kau" kata Yuta.

"Maknanya, kalau jadi apa-apa dengan syarikat, kau lah yang akan siasat dulu ?" Soal Yuta.

Taeil mengangguk.

"Sekarang barulah aku faham"

"Oh ya. Aku cuma nak cakap, kalau boleh jangan terlibat dengan orang bernama Lee Taeyong"

Yuta terkedu.

"Kenapa ?"

"Aku serba salah nak cakap tapi aku kena cakap jugak. Keluarga Lee terkenal dengan kelicikkan mereka untuk memperdaya ramai orang. Taeyong juga tidak terkecuali. Dia dididik dari kecil lagi. Ibubapanya menggunakan alasan "jangan bagi orang pijak kepala" kepada Taeyong, sebab tu Taeyong pun tidak terkecuali. Ibubapa Taeyong berjaya perdayakan Encik dan Puan Seo dan merampas syarikat mereka. Ya aku tahu semua tentang kisah silam keluarga Johnny. Aku sendiri yang buat penyelidikan untuk mengetahui selok belok keluarga Johhny dan Sarah. Aku baca semua penulisan Encik Seo yang aku jumpa masa aku membelek setiap buku yang tersusun di rak buku rumah Johnny dan Sarah" Taeil menceritakan semuanya kepada Yuta apa yang dia tahu mengenai keluarga Johnny dan Sarah.

"Mengenai penagihan dadah tu, itu angkara mereka jugak demi menutup mulut Encik dan Puan Seo mengenai kerja kotor turun-temurun keluarga Lee. Johnny dengan Sarah tak tahu apa-apa pasal ni sebab aku taknak diorang terluka dengan kisah silam lagi. Tambahan pula, aku taknak Johnny atau Sarah ada dendam dengan sesiapa. Biarlah diorang lupakan semua kisah lalu keluarga diorang. Sebab tu aku selalu cakap dengan Johnny supaya jangan terlibat dengan orang bernama Lee Taeyong. Sebab ini generasi Taeyong pula yang buat kerja kotor tu demi mengaut keuntungan sendiri" tambah Taeil.

Ketika itu barulah Yuta tahu dengan lebih mendalam mengenai Taeyong. Nampaknya, dia tidak tersalah langkah lagi kali ini.

"Sekarang barulah aku tahu kenapa Taeyong bermusuh dengan Johnny ... sebab Johnny dah tahu pasal Taeyong semua sebab Taeil jugak"

"Terima kasih sebab kongsi dengan aku semua yang kau tahu, Taeil" kata Yuta.

"Aku cuma nak selamatkan semua orang je, takde apa sangat" balas Taeil.

"Lama jugak kita berborak malam ni"

Barulah Taeil menyedari dia sudah duduk lama di rumah Yuta lalu menilik jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 1 pagi.

"Alamak ! Dah lewat. Aku kena balik" kelam kabut Taeil bangun hendak pulang tetapi dihalang oleh Yuta.

"Kau nak balik macam mana ? Aku yang bawak kau ke sini. Kereta kau tinggal kat sana" kata Yuta.

"Habis tu macam mana aku nak balik ni ?"

"Taeil. Dah lewat sangat. Apa kata kau bermalam je kat sini ? Nanti aku Winwin akan tunjukkan bilik. Pasal baju persalinan, nanti aku bagi kat Winwin untuk diberikan kepada kau" kata Yuta.

"Terima kasih, Yuta"

Winwin datang setelah dipanggil oleh Yuta untuk menunjukkan bilik tidur untuk Taeil bermalam.

"Oh ya tunggu kejap"

Yuta pergi ke biliknya dan keluar bersama sepersalinan pakaian lalu diserahkan kepada Taeil.

"Selamat malam. Terima kasih atas perkongsian tadi" kata Yuta.

"Takde apa lah. Aku cuma bagitahu apa yang kau patut tahu" balas Taeil.

Taeil mengikut Winwin ke bilik tidur sementaranya dan Yuta masuk ke biliknya untuk tidur.

AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTAWhere stories live. Discover now