Taeyong masih merenung skrin komputernya.
"Jadi ... diorang ada dua orang anak lah selama ni ?" Bisik hati Taeyong.
"Tapi ... omma dengan appa kata diorang ada sorang anak je ..." Taeyong menyandarkan dirinya.
Taeyong terbayang semula kali pertama dia berjumpa dengan Sarah di rumah Yuta ketika ketiadaan Yuta.
Taeyong tersenyum.
"Haih Yuta ~ Yuta ~ Dalam diam kau ye ?" Kata Taeyong.
"Tapi ... takkan lah Yuta kenal Johnny ..." dagunya diurut sendiri memikirkan persoalannya.
***
Doyoung membukakan pintu untuk Taeyong dan bersemuka dengan Lucas yang diikat tangan dan kakinya di sebuah kerusi.
Rambut Lucas digenggam dan ditarik kebelakang supaya Lucas mendongak.
"Lucas. Kau kena kerja dengan aku" kata Taeyong.
"Kenapa pulak aku mesti kerja dengan orang macam kau ?" Lucas berani membalas kata-kata Taeyong.
"Sebab aku tahu kawan kau tu sekarang ada dengan siapa" jawab Taeyong sambil tersenyum sinis apabila melihat riak wajah Lucas.
"Kau cakap apa ni ?"
Taeyong hanya ketawa.
"Aku malas nak ulang balik ayat aku tadi. Aku cuma nak bagitahu kau yang aku tahu kawan kau tu sekarang ada kat mana" kata Taeyong lagi.
"Jangan buat lawak lah. Kita baru kenal. Kau tak tahu pun siapa kawan yang aku maksudkan"
"Kawan kau tu nama Sarah kan ?"
Sekali lagi Lucas terkejut mendengar kata-kata Taeyong.
"Tengok muka kau maknanya betul lah kan ?" Kata Taeyong lagi.
"Kau nak apa dari aku sebenarnya ?"
"Takde apa. Aku cuma nak kau kerja dengan aku. Tu je. Susah sangat ke nak faham ?"
"Aku langsung tak percaya dengan orang macam kau"
Sekali lagi Taeyong tersenyum.
"Okay takpe aku taknak paksa" Taeyong berpaling dan mula melangkah untuk keluar dari situ.
"TAEYONG !"
"Ya apa dia ?"
"Kau nak buat apa dengan Sarah ..."
Taeyong tertawa.
"Dah kau taknak kerja untuk aku, aku je lah yang buat sendiri" kata Taeyong tapi Lucas tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Taeyong.
"Apa kau merepek ni ? Kerja apa ni ?"
"Jadi ... kau nak kerja dengan aku ke tak ?" Taeyong tidak menjawab soalan Lucas tetapi Taeyong mula bermain tarik tali dengan Lucas yang masih keliru.
Lucas terdiam.
"Aku takde masa nak tunggu kau bagi jawapan untuk tawaran aku. Tapi takpe take your time" kata Taeyong lagi.
"Aku ... nak kerja tu. Asalkan kau tak sentuh Sarah"
"Bagus" Taeyong tersenyum kemenangan.
***
"Winwin !"
"Ada apa, Cik Sarah ?"
"Kan saya dah kata tak payah bercik-cik dengan saya"
"Takpelah. Saya dah biasa. Ada apa panggil saya ?"
Sarah mengeluh.
"Winwin. Boleh tak kalau kita bercakap macam biasa ? Maksud saya ... tak payah formal sangat. Saya ni cuma adik rakan kongsi Yuta je. Kalau dengan abang saya takpe lah" kata Sarah.
YOU ARE READING
AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTA
FanfictionKehidupan Sarah Seo berubah 360 darjah selepas dia diculik dan bekerja sebagai pembantu rumah.