Sarah dengan terpaksa dan tak rela membuat semua kerja seperti yang diarahkan oleh Winwin di rumah Yuta. Dari membersihkan habuk di kabinet sehingga lah menyapu sampah. Sarah memanndang ke arah jam dinding. Baru menunjukkan pukul 11 pagi.
Dia sudah mula bosan dengan kerjanya. Matanya memandang ke arah Winwin yang sedang membaca buku di sofa yang terletak di ruang tamu.
"Kalau aku senyap-senyap keluar rumah sempat tak agak-agak ?"
Winwin masih leka membaca bukunya.
Perlahan-lahan Sarah meletakkan penyapu lalu beredar cuba mencari pintu keluar tanpa pengetahuan Winwin.
"... Kunci lah macam mana pun, aku dah banyak pengalaman keluar senyap-senyap dari rumah sendiri ..." Sarah menggunakan kemahirannya membuka kunci tanpa di tangkap oleh Winwin.
Setelah berjaya dibuka, perlahan-lahan dia keluar dari pintu dan sesekali mengintai Winwjn dari jauh untuk memastikan Winwin tidak menyedari mengenai dirinya yang berjaya keluar dari rumah itu.
"Selamat tinggal, mamat acah bagus dengan pembantu naifnya !"
Perlahan-lahan pintu ditutup semula dan menoleh ke belakang.
"Nak ke mana, Cik Sarah ?"
***
Rupanya pintu yang dibuka tadi merupakan pintu bilik Yuta.
Sarah membatukan diri apabila matanya bertemu dengan Yuta yang ketika itu masih berbaju tidur. Namun jelas nampak bentuk sosok badan Yuta dari luar baju tidurnya.
"Seronok tenung ?"
Tersentak Sarah kemudian menoleh ke arah pintu tadi.
Yuta menuruni katil dan mendekati Sarah. Bahu Sarah dipegang kemudian memusingkan tubuh Sarah supaya berhadapan dengannya. Yuta tersenyum sinis.
"Baru hari tu aku cakap pasal kau boleh masuk bilik aku. Tak sangka kau betul-betul buat. Diam-diam pulak tu" kata Yuta.
Sarah menelah gumpalan airliurnya sendiri. Bibirnya terasa kering. Yuta berada terlalu dekat dengan dirinya.
Yuta mendekati telinga Sarah dan berbisik.
"Atau kau salah pintu ? Kau cari pintu keluar kan ? Pintu keluar kat sebelah pintu bilik aku" Yuta tertawa kecil. Telinga Sarah kegelian apabila nafas Yuta menyapa telinga Sarah.
Tangan Yuta yang berada di bahu Sarah mula menggelongsor ke bawah sehingga ke pinggang Sarah dan ...
Klak !
Sarah menoleh ke belakang.
Rupanya tangan Yuta tadi memulas tombol pintu dan kini pintu dibelakangnya terbuka luas.
Winwin yang ketika itu seperti hendak menuju ke bilik Yuta terus menghentikan langkahnya.
"Kau cari Sarah, kan ? Nah ambil balik" Yuta menolak Sarah keluar dari biliknya dan menutup pintu biliknya semula.
Sarah masih dalam proses menghadamkan situasi tadi.
...
"Masa bila Cik Sarah ada dalam bilik Tuan Yuta ?" Soal Winwin setelah lama berdiam diri.
"Hah ? Err ... Saya ..."
"Saya ingat Cik Sarah dah lari dari rumah tadi, saya baru nak tanya Tuan Yuta ada nampak Cik Sarah ke tak" kata Winwin lagi.
"Winwin ..."
"Ya ?"
"Saya nak tanya"
"Tanya lah"
![](https://img.wattpad.com/cover/155821978-288-k954164.jpg)
YOU ARE READING
AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTA
FanfictionKehidupan Sarah Seo berubah 360 darjah selepas dia diculik dan bekerja sebagai pembantu rumah.