"... Winwin akan tolong kau sepanjang kau kat sini. Dan kau mesti ingat bahawa aku ni majikan kau. Jadi ... tolong hormat aku" begitu lamanya bebelan Yuta kepada Sarah yang seperti endah tak endah.
"Aku nak ingatkan kau balik. Kau dilarang sama sekali masuk mana-mana bilik dalam rumah aku kecuali bilik aku itupun kalau kau nak lah" kata Yuta lagi. Winwin hanya berdiri di hadapan pintu bilik Sarah memerhatikan Yuta dan Sarah.
"Aku dah takde apa lagi nak cakap. Ingat ye. Kau kat sini jadi pembantu rumah. Bukan jadi tuan puteri" kata Yuta lagi dan beredar dari situ meninggalkan Sarah dan Winwin.
Winwin hanya mengeluh.
"Cik Sarah ..."
"Buatlah apa yang majikan awak tu suruh" pintas Sarah.
"Baiklah, Cik Sarah. Ikut saya"
***
Winwin menerangkan semua tugasan Sarah sepanjang keberadaan Sarah di rumah Yuta sebagai pembantu rumah dan menerangkan semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Yuta.
"Cik Sarah tahu memasak ?"
"Tak"
"Okay takpe. Hal masak memasak ni serahkan pada saya. Kerja lain Cik Sarah yang buat. Kalau ada apa-apa masalah ke apa ke, Cik Sarah cakap dengan saya. Saya akan bantu Cik Sarah, jangan risau" kata Winwin.
"Winwin. Saya nak tanya"
"Ya ?"
"Kenapa awak masih layan saya dengan baik walaupun saya tak buat benda yang sama terhadap awak ?" Soal Sarah. Winwin hanya tersenyum.
"Apa faedahnya kalau saya pun bagi layanan yang buruk balik ?" Soal Winwin balik.
Sarah terdiam.
"Kita hidup di dunia ni jangan sombong sangat sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang kelak" kata Winwin lagi.
"Maafkan saya" ucap Sarah.
"Cik Sarah tak buat salah apa pun, kenapa nak mintak maaf ?"
Sarah terdiam sekali lagi.
"Kalau takde apa-apa lagi, Cik Sarah dah boleh mula buat segala kerja yang Tuan Yuta dah susunkan" kata Winwin sambil tersenyum.
***
Yuta membaca buku di bilik bacaannya. Tiba-tiba dia teringat kejadian di mana Taeyong datang ke rumahnya ketika ketiadaan dirinya di rumah.
"Kalau macam ni ... lagi rajin lah mamat tu datang rumah aku" keluh Yuta.
"Kalau dia tahu Sarah ni adik musuh dia, lagi bahaya. Aku kena fikirkan sesuatu untuk elakkan daripada benda ni terjadi"
***
Taeyong termenung di meja kerjanya sendiri. Apa yang dia fikirkan, tiada siapa yang tahu. Telefon pejabatnya dicapai.
"Doyoung. Datang bilik saya sekarang" katanya dengan suara mendatar.
Beberapa minit selepas itu, pekerjanya yang bernama Doyoung tiba.
"Ada apa tuan panggil saya ?" Doyoung bertanya.
Taeyong hanya memandangnya kosong. Doyoung menelan airliurnya sendiri.
"Kau tahu apa-apa pasal perempuan kat rumah Yuta ?" Akhirnya Taeyong bersuara.
"Perempuan ??? Setahu saya, Winwin tu lelaki"
Tiba-tiba Taeyong mencampakkan fail ke arah Doyoung. Mujur Doyoung sempat mengelak.
"Aku takde masa nak dengar kau melawak. Sekarang ni, kat rumah Yuta ada seorang perempuan. Ini bermakna, susah untuk aku lingkupkan Yuta" jerkah Taeyong.
"Tapi tuan ... apa kena mengena perempuan yang tuan cakap tu dengan hal ni ?" Soal Doyoung.
"Lepas ni aku tak boleh nak masuk rumah Yuta sesuka hati macam sebelum ni untuk aku korek semua rahsia dia dan jatuhkan dia dengan syarikat tak guna dia tu" balas Taeyong.
"Jadi ... sekarang ni tuan nak saya buat apa ?"
"Aku nak kau siasat siapa sebenarnya perempuan tu dan hubungan dia dengan Yuta dan cari sebab kenapa Yuta bawak perempuan tu tinggal dengan dia dan Winwin" arah Taeyong.
"Baik, tuan. Saya akan lakukan dengan kadar segera"
"Bagus ! Pergi sambung kerja kau"
Doyoung keluar dari pejabat Taeyong.
YOU ARE READING
AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTA
Fiksi PenggemarKehidupan Sarah Seo berubah 360 darjah selepas dia diculik dan bekerja sebagai pembantu rumah.