AO12

579 48 13
                                    

"Kau nak buat apa dengan Sarah ?" Soal Lucas.

"Terima kasih sebab mudahkan kerja aku" Taeyong tidak menjawab soalan Lucas.

"Aku tanya kau nak buat apa dengan Sarah" Lucas mengulang semula soalannya.

"Pasal Sarah, kau jangan risau. Aku nak gunakan dia untuk takutkan seseorang. Lepas semuanya selesai, aku pulangkan Sarah" jawab Taeyong dengan tenang.

Lucas mengangkat Sarah dan hendak melarikan diri tetapi Doyoung sempat menahan Lucas.

"Tidur nyenyak, Lucas" Doyoung melakukan perkara yang sama seperti Lucas lakukan terhadap Sarah. Akhirnya, Lucas jatuh pengsan dan Sarah terlepas dari pegangannya.

"Macam biasa, kau bawak budak ni kat tempat dia. Sarah ni biar kat sini kejap. Aku ada benda nak cakap dengan dia lepas dia sedar nanti" arah Taeyong.

"Baik, tuan" Doyoung mengheret Lucas keluar dari tempat kejadian.

"Takpe Yuta. Aku cuma nak tahu je kenapa kau dingin dengan aku" Taeyong berkata sendiri dan tangannya menolak rambut Sarah yang menutupi wajah gadis itu.

***

Winwin membuka pintu utama. Taeil datang ke rumah Yuta atas arahan Johnny.

"Apa dah jadi ?" Taeil menyoal Winwin tetapi Winwin hanya mendiamkan diri.

Taeil terus melangkah mencari Johnny.

"Johnny. Ada apa ? Kenapa kat rumah Yuta ?"

"Aku nak mintak tolong kau. Aku ada kerja khas untuk kau dan kerja ni penting sebab adik aku-..."

"Dia tak apa-apa kan ?" Taeil mula cemas.

"Adik aku hilang, Taeil. Dia hilang lepas dia bukakan pintu. Winwin kata diorang tengah minum teh sama-sama lepas tu ada bunyi hon kereta. Sarah yang pergi jenguk. Lepas tu dia hilang tak tahu ke mana"

Taeil menganggukkan mendengar penjelasan dari Johnny.

"Jadi kau nak aku buat apa sekarang ?" Soal Taeil.

"Aku nak kau siasat setiap orang yang ada kena mengena dengan syarikat aku dan Yuta, kau siasat siapa yang-..."

"Tak payah. Aku dah tahu siapa punya kerja" Yuta yang muncul entah dari mana tiba-tiba mencelah.

Semua mata tertumpu kepada Yuta yang dadanya turun naik menahan marah.

"Siapa ?"

Yuta menunjukkan skrin telefonnya ke arah Johnny dan Taeil. Skrin telefon menunjukkan telefon Yuta sedang berada di dalam panggilan dengan nama yang tertulis "Lee Taeyong".

Johnny merampas telefon Yuta dan dilekapkan ke telinganya.

"Mana Sarah ? Mana adik aku ?"

Tuttt tuttt.

Panggilan telah diputuskan.

"Hello ? Hello !?"

Yuta mengambil semula telefonnya dari tangan Johnny.

"Sarah ada dengan Taeyong sekarang. Dia kata selagi aku tak putuskan hubungan dengan kau dan kembali kepada syarikat dia, dia takkan pulangkan Sarah" kata Yuta.

"Jadi ... kau nak putuskan hubungan syarikat kita ?"

"Tak. Takkan terjadi. Aku takkan benarkan ia terjadi" jawab Yuta.

"Jadi ... kita nak buat apa sekarang ?" Taeil mencelah setelah lama berdiam diri.

"Aku tahu semua pasal Taeyong. Rumah dia, rumah kedua dia. Semualah aku tahu"

"Aku tak tanya kau tahu apa pasal dia. Aku tanya apa yang kita patut buat sekarang"

Taeil to Yuta :

"Kau ni simpan dendam yang hari tu ke ?" Kata Yuta kepada Taeil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau ni simpan dendam yang hari tu ke ?" Kata Yuta kepada Taeil.

"Okay dah. Jom kita bincang"

***

"Awak yang datang rumah Yuta hari tu kan ?" Soal Sarah kepada Taeyong.

"Haah aku lah tu. Lama kita tak jumpa kan ?"

Sarah mengeluh.

"Oh ya, Sarah. Perkenalkan, ni Doyoung. Dia pembantu aku. Nanti dia yang jaga kau kat sini" kata Taeyong lagi.

"Kejap. Maksud awak, saya tinggal dengan awak dan ... duyung ?"

"Doyoung, Sarah. DO-YEONG" celah Doyoung.

"Tenang, Doyoung. Nama kau memang mengelirukan untuk disebut pun" kata Taeyong.

Doyoung :

"Okay saya rasa saya macam kena lalui benda sama macam masa saya dengan Yuta sebelum ni" kata Sarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay saya rasa saya macam kena lalui benda sama macam masa saya dengan Yuta sebelum ni" kata Sarah.

"Hm ? "

"Saya tak tahu saya patut percayakan awak atau pun sebaliknya. Saya rasa sebelum ni saya nampak Lucas. Mana dia sekarang ?"

"Lucas ... Lucas ... Aku pun tak tahu dia pergi mana lepas dia bawak kau ke sini" tipu Taeyong.

"Apa hubungan awak dengan kawan saya ?"

"Takde apa"

"Tapi-..."

"Cukup dengan sesi soal-jawab ni. Aku cuma nak cakap yang kau amat diperlukan kat sini buat sementara waktu. Jadi ... kalau kau jadi budak baik, semuanya akan berjalan dengan lancar dan semuanya akan selamat. Faham ?"

Sarah hanya mendiamkan diri tidak membalas kata-kata Taeyong. Dia sendiri tak tahu apa yang sedang terjadi ketika itu.

AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTAWhere stories live. Discover now