Winwin hanya menanti kepulangan Yuta manakala Sarah masih dikurung di dalam biliknya. Setelah beberap minit, barulah kelihatan kereta yang dipandu oleh Yuta masuk ke perkarangan rumah.
Cepat-cepat Winwin turun ke tingkat bawah sekali untuk menyambut kepulangan tuannya. Selepas mengunci pintu kereta, Yuta melangkah masuk ke dalam rumah. Winwin sudah menantinya.
"Sarah buat apa ?" Soal Yuta.
"Dia ada kat bilik sekarang. Saya dah bagi makan macam yang tuan suruh"
"Dia takde kata nak keluar ke melawan cakap kau ke ?"
"... ada ..."
Yuta tersengih.
"Heh dah bagi makan, dah bagi tempat tinggal pun tak bersyukur lagi" Yuta menghenyakkan punggungnya ke atas sofa.
"Kau dah makan, Winwin ?" Soal Yuta lagi.
"Belum, tuan. Saya tunggu tuan balik"
"Okay takpe. Kita makan malam terus. Siapkan makan malam. Aku nak mandi"
"Baik, tuan" Winwin terus ke dapur meninggalkan Yuta di ruang tamu.
Yuta bingkas bangun dari tempat duduknya dan menaiki tangga menuju ke bilik di mana Sarah berada.
Dia melekapkan telinganya ke pintu bilik.
"Senyap je ..." bisik hatinya.
Tangannya menyeluk poket seluarnya mengeluarkan kunci pendua bilik Sarah.
Setelah pintu dibuka, ada sebiji bantal melayang tepat mengenai wajah Yuta dan jatuh ke lantau. Yuta meraup wajahnya sendiri.
"Apa kau buat ni, pompuan ?"
"Saya benci awak ! Saya nak balik !" Jerkah Sarah.
"Haih" Yuta mencekak pinggang sendiri sambil memikirkan sesuatu.
"Kau betul-betul nak balik jumpa abang kau ke ?" Soal Yuta.
"Mestilah !"
"Okay dengar sini. Aku tak percaya langsung apa kau cakap ni. Nanti aku hantar kau balik, kau buat perangai lagi. Aku dah lama tau perhatikan kau"
Kata-kata Yuta berjaya membuatkan Sarah berasa seram sejuk.
Macam mana dia perhatikan aku ? Dia intip ke ? Selama ni dia ada niat tak baik kat keluarga aku ke ?
"Sebab kau dah melampau sangat, aku bawak kau ke sini. Aku nak ajar kau sikit. Kalau dengan abang kau pun kau ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, baik aku je yang ajar kau, okay ? Kat rumah aku ni banyak peraturan" Yuta menutup pintu bilik Sarah dan menguncinya lalu dia duduk di atas kerusi meja solek yang terletak tidak jauh dari katil di mana Sarah berada.
"Aku duduk sana nanti kau belasah aku pulak. Baik aku duduk sini" kata Yuta lagi.
"Peraturan pertama. Kau tak boleh sesuka hati masuk bilik-bilik yang ada dalam rumah ni. Kecuali bilik aku. Bilik aku sentiasa mengalukan kedatangan kau" kata Yuta sambil tersengih.
Sekali lagi, sebiji bantal melayang ke mukanya. Padahal, Yuta hanya bergurau.
"Peraturan kedua, kau tak boleh sesuka hati keluar dari rumah ni. Kau nak keluar boleh, takde masalah. Tak baik untuk kesihatan mental kau kalau kau duduk rumah je, tapi mesti ada aku dengan Winwin. Kau tak boleh keluar dengan Winwin sahaja. Nanti kau tipu dia"
"Kalau awak ajak saya keluar pun, saya taknak" balas Sarah.
Yuta mengambil bantal tadi kemudian dicampakkan ke arah Sarah.
YOU ARE READING
AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTA
FanfictionKehidupan Sarah Seo berubah 360 darjah selepas dia diculik dan bekerja sebagai pembantu rumah.