AO8

374 42 5
                                    

Lucas menunggu dengan sabar di ruang menunggu. Dia menanti Doyoung yang sedang bercakap dengan seseorang di dalam sebuah bilik.

Tak lama selepas itu, Doyoung keluar dari bilik tersebut.

Bersama Taeyong.

"Lucas. Perkenalkan, ni bos aku, Taeyong" Doyoung memperkenalkan Taeyong kepada Lucas.

Lucas memberi tunduk hormat kepada Taeyong.

"Jadi ... nama kau Lucas ..."

"Y-ya"

"Doyoung. Kau dah boleh sambung kerja kau yang lain. Ada benda yang aku nak bincangkan dengan Lucas" kata Taeyong kepada Doyoung. Tanpa banyak soal, Doyoung beredar meninggalkan Taeyong dan Lucas berdua.

"Ikut aku"

Lucas mengikut Taeyong sehingga ke pejabat Taeyong.

"Duduk lah" Taeyong mempersilakan Lucas duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Huh ? Ya !"

"Boleh aku tahu kau cari siapa sebenarnya ?" Soal Taeyong.

"Tapi ... apa kena mengena dengan orang yang aku cari sekarang ?" Soal Lucas semula.

Taeyong terdiam sejenak. Lucas masih menanti jawapan.

"Taknak jawab takpe. Aku cuma nak tolong je" kata Taeyong.

"Maksudnya ?"

"Aku nak tolong kau cari kawan kau yang hilang tu" tenang Taeyong berterus terang dengan Lucas.

"Tapi ... macam mana ?"

"Aku cuma perlukan bantuan kau je, dan pda masa yang sama aku tolong kau jugak"

Tiba-tiba Lucas berdiri.

"Entah entah orang-orang kau lah yang ikut kami sebelum Sarah dilarikan !" Tuduh Lucas.

Taeyong mengeluh.

"Bagitahu aku kat mana Sarah sekarang !" Bentak Lucas.

"Jadi ... nama dia Sarah ye ..." kata Taeyong.

"K-kenapa ..."

Taeyong berdiri lalu mendekati Lucas.

"Maafkan aku, Lucas. Aku terpaksa"

Lucas tak faham apa yang dimaksudkan oleh Taeyong.

"Tapi aku kena simpan kau"

Dan penglihatan Lucas bertukar gelap.

***

Yuta hanya memerhati Sarah membuat kerja rumah seperti kebiasaannya.

"Winwin"

Winwin menghampiri Yuta.

"Kau tahu tak kenapa Sarah diam sejak kebelakangan ni ?" Bisik Yuta.

"Saya pun ... perasan pasal tu, tuan. Tapi ... saya pun tak tahu kenapa" balas Winwin dalam bisikan juga.

"Lagipun dia tak banyak melawan macam selalu" kata Yuta lagi.

Winwin hanya tersenyum.

"Kau rasa sebab aku ceramah kat dia semalam tu ke ?" Soal Yuta lagi.

"Tak tahu lah saya. Apa kata tuan tanya dia sendiri"

"Eh eh kau ni"

Winwin melarikan diri sambil terkekek ketawa.

Telefon pintar milik Yuta berdering minta dijawab.

Taeil

Ya Yuta dan Taeil saling bertukar nombor telefon untuk mereka berhubung.

AISHITERU OUJISAMA • NAKAMOTO YUTAWhere stories live. Discover now