Love Without Restriction
#Lilia_NinaPart 1
Kata orang lelaki dan perempuan tak boleh jadi bestfriend nanti salah satu akan jatuh cinta. Semua ini menjadi kenyataan setelah kena pada batang hidung Lily sendiri.
Kisahnya bermula selepas SPM. Alex dan Lily merupakan sahabat sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Tanpa sedar Lily mula menyimpan perasaannya terhadap Alex. Perasaan itu dia pendam sahaja sehingga suatu hari Agnes kawan baiknya Lily menyarankan agar Lily meluahkan perasaannya.
"Alex." panggil Lily. Dia memerhatikan Alex hanya sendirian di bangku taman.
"Hah! Lily apasal kau basa saya jumpa ni." soal Alex.
"Erkkk saya...ada mau cakap something sama kau."
"Apalah? Cakap jar bah. Jangan malu2."
"Sebenarnya saya suka sama kau." bilang Lily.
"Kau main2 kan nie." soal Alex seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar tadi.
"Saya serius. Saya tak tau sejak bila perasaan ini mula hadir. Tapi saya tak paksa kau untuk terima sebab saya just mau luahkan jar." balas Lily.
"Lily, tak cukupkah kita hanya sebatas sahabat. Kenapa kau tidak boleh kawal perasaan kau tu supaya tak jatuh cinta dengan saya.
"Sorry Lex, saya sudah kawal perasaan saya tapi semua ini di luar kendali saya."
"Macam ni jar lah. Kita tak usah bersahabat lagi. Persahabatan kita sudah hancur sebab cinta." kata Alex lalu pergi meninggalkan Lily.5 tahun kemudian
"Lily." panggil Agnes.
"Hmmm apa kau mau?"
"Mau sama kau boleh?"
"Kalau penumbuk saya nie kau tidak mau kah?" soal Lily.
"Amboi garangnya kau. Patutlah tidak ada boyfriend sampai sekarang nie."
"Yalah tu. Saya belum terbuka hati mau terima lelaki dalam hidup saya lagi. Cukuplah cinta saya kena tolak dulu lepas tu saya pun kehilangan sahabat saya." balas Lily perlahan. Ada riak sedih di wajahnya. "Lagi pula saya masih mau fokus jaga kedai cake saya nie. Kalau ada rezeki saya mau besarkan usaha saya nie."
"Hmmm kau lupakanlah dia tu. Saya tau Alex tu cinta pertama kau tapi sampai bila kau mau pikir pasal dia. Kita pun tak tau dia tu ada pikirkan pasal kau ataupun tak."
"Susah saya mau lupa dia." balas Lily.
"Tapi saya banggalah dengan kau sebab dapat buka kedai cake. Dan thank you so much sebab terima saya kerja di sini. Kau pun tau kan keputusan SPM saya cukup2 makan sahaja. Mau sambung study keluarga saya tak mampu dan sekarang nie kerja susah betul mau cari. Nasib ada kau." kata Rose dengan riak gembira.
"Kau kan kawan baik saya. Lagi pula saya tak mampu jaga kedai nie sendiri2. Kalau ada kau senang sikit saya terasa ringan beban sikitlah." balas Lily.
"Itulah kau carilah pasangan cepat2 nanti kalau saya tiada kau bolehlah urus ni kedai sama2 dengan pasangan kau."
"Malaslah saya. Belum tentu lagi dia dapat terima pekerjaan saya."
"Jangan malas2 nanti tak pasal2 jadi andartu tercantik padan muka kau." ejek Agnes.
"Amboi tu mulut. Makan nie cake nanti kalau mulut kau terlampau masin jadi kenyataan pula jadi bagi manis sikit." kata Lily sambil menyumbat cake ke dalam mulutnya Agnes.
"Garang patutlah tiada boyfriend." kata Agnes.
"Biarlah. Tapi terima kasih cakap aku cantik tadi."
"Ohhh cakap pasal Alex kelmarin saya terserempak dengan dia. Tambah hensem dia sekarang lepas tu dengar2 dia boss di syarikat terkenal itu."
"Kau nampak dia di mana. Mestilah jadi boss kan family dia kaya jadi sekarang mesti dia yang gantikan jawatan daddynya."
Alex memang berasal dari keluarga yang kaya-raya. Terakhir Lily dengar khbarnya kalau Alex melanjutkan pelajarannya ke overseas. Itu pun Lily mendapat tau daripada Puan Maya mummynya Alex.
"Saya terserempak dia di cafe. Itu pun dia terus pergi macam tu jar bukan mau tegur saya."
"Dia mau cepat kali tu." kata Lily.******
Seperti biasa setiap hujung bulan Lily dan Agnes akan ke kedai buku selepas menutup kedai cakenya. Mereka selalu membeli novel dan buku2 resepi masakan.
"Sorry sir. Saya tak sengaja." kata Lily sambil dia mengutip buku2 yang berserelak di lantai.
"It's okay." balas lelaki itu.
"Sayang cepatlah. Saya lapar sudah nie." rengek perempuan di sebelahnya.
"Lily kau okay?" soal Agnes.
"Okay just tadi terlanggar orang nasib dia tak marah." kata Lily sambil melihat pasangan tadi keluar dari kedai buku.
"Itulah kau lain kali hati2."
"Okay madam." balas Lily terus ketawa kecil.*****
Pagi yang mendung nampaknya sekejap lagi hujan akan turun. Lily menulis kemasukan di dalam buku. Pekerja2nya sedang membuat kerja masing2.
"Babe." panggil Agnes.
"Ya." balas Lily ringkas.
"Kau baca nie. Tapi saya harap kau kasih kuat hati kau."
"Apasal pula. Hati saya masih kuatlah takkan terpindah pergi tempat jantung. Atau terjatuh ke lantai." Lily cuba membuat lawak kerana dia melihat wajah Agnes yang sedih semacam.
"Kau nie kan main2 pula."
"Sorry, apa yang kau mau bagi tengok saya tu." soal Lily.
"Alex akan berkhwin bulan hadapan."
Bersamaan dengan remuknya jantung Lily hujan pun turun dengan lebatnya. Seperti tau ada hati yang sedang menangis.
"Babe kau okay tak nie?"
"Saya okay bah. Baguslah kalau dia mau khwin sudah. Saya turut gembira." kata Lily. Mulut kata lain hati kata lain.
'Mungkin kita tidak berjodoh. Saya harap kau akan bahagia dengan kehidupan baru kau Alex.' kata Lily dalam hati.******
Lily duduk termenung gambar dia sama Alex di tatap kosong.
"Lily." panggil Puan Chelsea mamanya Lily.
"Ya mama."
"Ini ada jemputan dari mummynya Alex."
"Ohhh mama letak sana dulu."
"Katanya Alex akan berkhwin bulan hadapan. Kamu pergilah tengok dia."
"Mama pergilah. Saya banyak kerja mau buat." balas Lily. Melihat cinta pertamanya bersama2 perempuan lain akan buat dia makin sakit.
"Tak baik macam tu." pujuk puan Chelsea.
"Nanti Lily pikirlah." kata Lily.*****
Lily pergi ke rumahnya Alex dengan jantung yang berdebar2. Kalau bukan kerana puan Maya yang meminta dia datang tidak mungkin dia datang ke sana.
Dia sangat berharap agar tidak terjumpa dengan Alex. Dia takut tidak dapat menahan hatinya.
"Lily. Sini sayang kamu tolong anty okay." kata puan Maya. Lily hanya mengangguk tanda setuju.
Baru semalam dia mendapat kad undangan daripada puan Maya. Hari ini pula dia terpaksa pergi ke rumah Alex untuk membantu anty Maya.
"Ohhh ya anty dengar dari mama kamu kalau kamu ada kedai cake." soal puan Maya.
"Ya anty. Kedai kecil jar bah."
"Kalau macam tu anty mau cuba semua jenis cake di kedai kamu. Mana tau kita boleh tempah cake dari kedai kamu. Inilah Alex semua mau anty yang atur. Lepas tu persiapan pun jadi kelam kabut macam nie." bebel puan Maya.
"Baiklah nanti Lily call kawan Lily dulu untuk siapkan semuanya. Petang sikit Lily bawa anty pergi sana okay." balas Lily.
"Baiklah. Anty sebenarnya nak sangat Lily yang berkhwin dengan Alex tapi itulah Alex sudah ada pilihan sendiri. Sudah perempuan tu bukan tau buat kerja rumah pun. Tau nak berfoya2 jar. Bila anty cakap sama Alex tentang perangai pasangannya itu dia tak percaya pula." cerita puan Maya.
Dia pernah mengupah orang untuk memata-matai kekasih anaknya itu. Ternyata perempuan itu suka berfoya2. Kerjanya keluar masuk pub. Puan Maya tidak seberapa berkenan dengan pilihan anaknya itu tetapi dia turutkan juga.Bersambung part 2
YOU ARE READING
LOVE WITHOUT RESTRICTION by LILIA NINA (Complete)
RomanceLove Without Restriction #Lilia_Nina Sinopsis Perkahwinan antara Lily dan Alex tidaklah sebahagia seperti dalam khayalannya Lily. Alex adalah crush Lily sejak zaman sekolah lagi tapi malangnya Alex sudah mempunyai kekasih. Akibat mau penuhi permin...