Love Without Restriction
#Lilia_NinaPart 5
Lily bangun awal pagi itu. Terasa badannya sakit2 mungkin kerana tidur di lantai yang keras dan sejuk. Tapi dia kebingungan melihat ada 2 selimut di tubuhnya. 'Bukan semalam saya kena kasih 1 selimut jar kah. Hmmm mungkin saya lupa.' guman Lily di dalam hati.
Diaa terus bergegas pergi bersihkan dirinya. Alex yang sedang tertidur pulas dia biarkan sahaja. Nanti kalau dia kasih bangun kena marah lagi. Kata2 Alex sering bermain di pikirannya. Kalau Alex tak sudi sentuh orang yang dia tidak suka.
*****
Bunyi orang ketawa di dapur menarik perhatian Alex. Dia segera ke dapur ternyata Lily dan pembantu rumahnya bik Suraya sedang leka berbual sambil ketawa.
"Ehhh tuan Alex udah bangun ya? Tuan mau sarapan apa hari ini?" soal bibik Suraya dengan penuh hormat.
"Buatkan saya nasi goreng." balas Alex.
"Baik tuan. Puan Lily pula mau makan apa?"
"Bik kan tadi udah saya bilang jangan panggil puan. Sengan saya. Mending bibik panggil saya Lily aja." balas Lily. Dia meniru lohgat negara jiran.
"Ya udah bibik panggil Lily aja ya." kata bibik Suraya.
Alex tersenyum kecil melihat kesopanan Lily. Biarpun bibik Suraya ialah pembantu tapi Lily masih menghormatinya.*****
"Oiii pengantin baru. Macam manalah malam pertama." soal Agnes. Kedua keningnya dia kasih turun naik.
"Macam besa jar."
Jawapan Lily membuat Agnes menghidu sesuatu yang tidak baik. Tapi dia tetap berdoa agar kawan baiknya itu mampu memperolehi kebahagiaan.
"Tak apa lepas nie akan luar biasa lah tu." gurau Agnes.
"Mengadalah kau." kata Lily.*****
"Kau mau tidur sudahkah??" soal Alex malam itu.
"Ya." balas Lily sambil membetulkan selimut di tubuhnya.
"Tidur atas katil sini." kata Alex dengan suara yang hampir tidak kedengaran.
"Hah! Maksudnya saya boleh tidur atas katil kau?"
"Ya tapi jangan perasaan dulu. Saya buat macam nie pun sebab saya tidak mau nanti kalau mummy dapat tau saya suruh kau tidur di lantai terus dia marah2."
"Yalah tiada juga saya perasaan bah." balas Lily.
Akhirnya dia dapat tidur atas katil. Dan berdekatan dengan Alex membuat jantungnya semakin kuat debarannya.
"Jangan pula kau jadi laba2 malam2 pergi merayap dekat saya. Nie saya letak bantal tengah2 supaya kau tak dekat sama saya." kata Alex.
"Ya bah. Tidak juga saya mau dekat2 kau. Orang mau tidur kenapa juga mau merayap." balas Lily.
"Menjawap jar kerja kau. Dah tidur." kata Alex.
Alex tidak dapat fokus dengan kerjanya. Dia melihat Lily yang tidur dengan lenanya. Tangannya perlahan2 menyentuh pipi Lily. Dia tersenyum melihat Lily yang terasa sedikit terganggu bila ada yang menyentuh pipinya.
Alex...Alex... Tadi bagi larangan buat Lily supaya tak merayap sekali dia pula yang merayap.
Masa mau tidur pun Alex peluk Lily sehingga dia sendiri terlelap di dalam mimpi indah. Memang perasaannya tidak dapat di ubah. Dari dulu dia mencintai Lily. Ada hikmahnya juga Amanda lari dapat juga dia temui hatinya yang hilang.
Bertahun2 dia cuba melupakan Lily tapi tidak dapat. Dia mencuba untuk menerima Amanda tetapi ternyata hatinya hanya milik Lily. Hanya dengan Lily dia merasa getaran itu.*****
Terasa sukar untuk bangun pagi itu. Lily berasa seperti ada benda berat yang menghempap pinggangnya. Lily cuba buka matanya untuk mengenal pasti 'objek' yang menyukarkan dia bangun itu.
'Astaga saya yang peluk dia semalam kah? Tapi nie dia yang peluk saya.' soal Lily dalam hati. Segera dia mengangkat tangannya Alex. Perlahan2 dia bangun. Nasib Alex tidak menyedari semua itu kalau tidak memang kena marah lagi lah.
Alex mengeluh kerana Lily melepaskan tangannya begitu sahaja. Kan dia masih mau peluk Lily. Mau sahaja dia menarik Lily tadi dan memeluknya lagi tapi egonya tidak mau melakukan itu.*****
Puan Maya ikut berasa gembira kerana sejak kebelakangan ini Alex selalu balik awal. Dan dia sering melihat Alex tersenyum. Puan Maya berharap anaknya itu dapat memperoleh kebahagiaan selamanya. Dia bersyukur kerana dia tau Lily yang telah mengubah Alex menjadi lebih ceria.Hari2 yang di jalani penuh bahagia. Tak terasa sudah 6 bulan perkhwinan mereka. Alex mula melayan Lily dengan baik. Walau dia masih belum mau menyuarakan isi hatinya kalau dia juga mencintai Lily.
"Esok kau pergi kedai cake kah?" soal Alex.
"Ya. Memang tiap hari pergi sana."
"Tak bolehkah kau suruh kawan kau jaga dulu."
"Apasal pula." balas Lily. Dia menghentikan bacaannya seketika.
"Saya mau bawa kau keluar. Yalah sudah 6 bulan kita khwin tapi saya tak pernah bawa kau jalan2. Esok kita jalan lah pergi tengok wayangkah atau makan2." kata Alex. Dia sangat berharap Lily dapat menerima tawarannya.
"Nanti saya tanya Agnes dulu lah."
"Okay. Malam saya tunggu jwapan kau." kata Alex terus berlalu ke dalam bilik. Lily hanya terdiam di ruang keluarga. Seakan tak percaya kalau Alex mengajaknya keluar.*****
"Rasa macam budak tingkatan 5 lagi ohhh bila saya pakai macam nie." kata Alex.
"Yalah takkan kau mau pakai formal masa jalan2 tengok wayang." balas Lily.
"Tapi kau nampak cantik pakai dress putih nie. Berarti pilihan saya memang tepatlah kan. Sama dengan saiz kau."
"Yalah thank you sebab belikan saya dress lawa macam nie."
"Anything for you my sweetheart." balas Alex terus dia berlalu meninggalkan Lily yang sudah menepuk2 pipinya. Seakan tidak percaya kalau Alex memanggilnya sweetheart.
Alex hanya tergelak kecil melihat Lily yang menampar2 pipinya.
*****
Selama mereka berjalan tangan Lily tak pernah lepas dari genggamannya Alex. Tangan itu di lepas seketika semasa makan dan bila hendak ke toilet.
'Huh menyesal saya kasih beli dia dress macam tu. Kenapa juga Lily mesti kelihatan cantik malam ini sampai banyak mata yang memandangnya.' guman Alex dalam hati. Dia berasa cemburu kerana ramai lelaki melihat isterinya itu. Mau sahaja dia menulis di dahi isterinya itu kalau itu miliknya.
"Kau okay kah nie. Kenapa macam risau jar tu muka." bilang Lily.
"Ohhh okay bah. Sini bibir kau ada kotoran." balas Alex lalu mengelap bibir Lily dengan tissue perlahan2.
Padahal teda pun kotoran. Alex sengaja kerana mau orang di sana tau kalau Lily itu miliknya.Bersambung part 6

YOU ARE READING
LOVE WITHOUT RESTRICTION by LILIA NINA (Complete)
RomansaLove Without Restriction #Lilia_Nina Sinopsis Perkahwinan antara Lily dan Alex tidaklah sebahagia seperti dalam khayalannya Lily. Alex adalah crush Lily sejak zaman sekolah lagi tapi malangnya Alex sudah mempunyai kekasih. Akibat mau penuhi permin...