Part 2

96 11 0
                                    

Lily dan puan Maya masuk ke kedai cake miliknya. Agnes dan beberapa orang pekerja sana menyambut mereka dengan baik. Balik2 puan Maya memuji Lily sebab mampu berdikari. Memang dari dulu puan Maya amat menyukai Lily kerana dia seorang yang baik dan menghormati orang tua.
         "Babe kau sudah kasih siap kan mana2 yang saya pesan." soal Lily.
         "Sudahlah bah. Tinggal mau tunggu kena rasa lagi." balas Agnes.
          Satu persatu di bawah ke meja untuk di rasa oleh puan Maya. Semua jenis cake yang ada dalam kedai itu dia rasa dengan cermat. Barulah dia buat keputusan untuk menempah beberapa jenis cake di kedai cake miliknya Lily.

*****
"Sayang tidak bolehkah kita batalkan wedding kita. Saya belum mau khwin nanti kerjaya saya macam mana." kata Amanda.
          "Tapi bukan sayang dah setujukah??? Semua persiapan pun mummy dah urus. Supaya sempat lepas khwin sayang boleh pergi Paris kasih kembang kerjaya sayang sebagai model di sana." kata Alex.
          "Betul tau sayang takkan larang saya pergi sana."
          "Ya semua apa yang sayang buat saya akan support."
          Kerana cinta Alex sanggup mengikut apa sahaja keinginan buah hatinya itu.  Syukurlah mummynya mau terima Amanda walaupun pada awalnya dia kurang setuju.
         Amanda seorang model dan banyak gosip memgenainya. Kononnya Amanda banyak scandal dengan lelaki kaya tapi baginya semua itu hanyalah gosip yang tak jelas untuk menjatuhkan karier seseorang. Dia percaya Amanda sangat mencintainya.

*****
"Jadi macam mana kau sudah bincang sama dia?" soal Zack. Dia adalah manager Amanda.
          "Sudah tapi dia mau khwin dulu. Barulah saya pergi Paris."
         "Hello darling, kau gunalah otak sikit. Kau ingat lepas khwin dia nak lepaskan kau pergi? No way orang lelaki kalau dah khwin dia nak ada yang masak buat dia. Jaga dia. Lepas tu nanti kau bayangkan kalau kau mengandung badan kau mesti rosak punya. Ingat dalam contract kau sebagai model tidak boleh khwin. Contract kau ada 2 tahun lagi tau."
        

*****
Prang!!!! Kedengaran ada barang pecah dari arah dapur. Alex dan mummynya yang sedang berbual lantas berlari ke arah dapur.
          "Sayang, are you okay?" kata Alex.
          "Sayang tengoklah pembantu rumah nie. Urus semua pun tak betul." rengek Amanda. Semampu mungkin dia mau mencari alasan agar perkhwinan dorang dia batalkan.
           "Ehhh jaga sikit mulut kau tu. Dia bukan pembantu anty taulah kau mesti yang cari pasal duluan." marah puan Maya. "Lily okay kah nie?" Dia kasihan melihat muka Lily yang sudah pucat. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.
          "Lily okay bah anty." kata Lily. Tangannya sedikit perih terkena pecahan gelas kaca yang dia cuba kutip tadi. 
           "Kau buat apa di sini hah!" tiba2 Alex marah bila melihat Lily. Hampir sahaja dia tidak mengenali perempuan itu tetapi bila mummynya menyebut nama Lily barulah dia kenal.
          "Alex, sopan sikit boleh tak. Mummy yang jemput Lily buat tolong mummy di sini. Nak harapkan bakal bini kamu nie memang mati hidup balik pun dia takkan buatlah. Tau goyang kaki jar kerjanya." kata puan Maya.
          "Kau berambus dari rumah saya sekarang." jerit Alex. Entah kenapa hatinya begitu membenci Lily. Persahabatan yang mereka bina rosak hanya kerana cinta. Dan ada lagi yang di pendam Alex selama ini.
          Lily terus berlalu dari situ. Buat apa dia terus tinggal di situ kalau tuan rumah sudah menghalau dia.
         Amanda hanya memprotes dalam hati kerana rancangannya gagal. Tadinya dia mau lukakan dirinya dengan serpihan kaca itu. Tetapi Lily yang duluan mengutip kaca2 itu.

*****
Lily menangis sepuas hatinya. Dia cuba sebaik mungkin agar tidak terserempak dengan Alex. Tapi ternyata semuanya tidak seperti yang dia inginkan.
         Masa dia menyusun gelas2 di dapur tadi tiba2 sahaja datang seorang perempuan yang tidak dia kenali. Perempuan itu terus menjatuhkan gelas kaca yang berada di tangannya. Lily terus sahaja mengutip serpihan kaca itu takut terkena orang lain pula.
         Ternyata bunyi akibat gelas pecah itu mengundang kedatangan Alex. Entah kenapa Alex cukup membencinya. Apakah salah dia jatuh cinta. Seperti dosa besar dia lakukan kerana telah jatuh cinta dengan Alex dan meluahkan perasaan itu.
         "Hello." bilang Lily yang mendapat panggilan daripada puan Maya.
         "Lily, anty minta maaf pasal kejadian tadi. Anty tak tau apa yang buat Alex marah2 tadi." bilang puan Maya.
         "Tak apalah anty. Lily paham bah. Anty tak perlu minta maaf sebab bukan salah anty pun." kata puan Maya.
          "Lily dan Alex ada masalahkah??? Anty ingat kamu 2 sahabat." mendengar kata2 puan Maya sahaja Lily langsung terdiam sejenak. Tidak lama kemudian barulah dia menceritakan apa yang menyebabkan persahabatan mereka hancur.
          "Ohhh Lily tak salah. Biasalah cinta nie kadang hadir tanpa kita duga pun." pujuk puan Maya.
         "Terima kasih anty." balas Lily.
         "Anty harap lepas nie Lily masih mau tolong anty. Sebab kalau anty sendiri yang pikir boleh botak kepala anty." rayu puan Maya. Memang ramai pembantunya dan orang yang menolong tetapi puan Maya lebih rasa selesa kalau ada Lily. Dia sudah menganggap Lily seperti anaknya sendiri. Bukan rezekinya untuk memiliki anak perempuan.
          "Baiklah anty. Nanti Lily pikir dulu." balas Lily. Dia tidak mau buat Alex tambah marah dengan melihat kehadirannya dalam rumah itu.
         Puan Maya sangat berharap kalau Lily sudi membantunya. Tapi dia tidak bolehlah memaksa kehendaknya Lily.

*****
Alex tidak tenang duduk di dalam biliknya. Hatinya menjadi kacau dengan kehadiran Lily. Dia sendiri tidak menyangka mummynya akan meminta bantuannya Lily.
       5 tahun tidak bersua muka dengan Lily. Jelas kelihatan perubahan pada perempuan itu. Semakin cantik dan kelihatan lebih matang.

Bersambung part 3

LOVE WITHOUT RESTRICTION by LILIA NINA (Complete) Where stories live. Discover now