Love Without Restriction
#Lilia_NinaPart 7
"Memang kalau orang datang bulan macam nie kah?" soal Alex. Bila mood Lily mula membaik.
"Kalau tak tahan sekarang macam mana nanti kalau isteri mengandung. Lagi banyak perangai pelik tau tak." balas puan Maya.
"Tau tak apa." jawap Lily dengan selamba.
Dia pandai ketawa sendiri bila ingat balik macam mana cara Alex layan dia masa period. Alex... Alex bilang tak suka tapi sekarang mau berkepit jar.
"Patahlah pinggang Alex kalau macam nie." balas Alex.
"Tidak juga patah bah tu. Paling teruk pun mungkin kau akan pengsan." balas Lily.
"Ishhh dia nie main2 pula. Nie baru kau period kalau nanti kau mengandung mesti saya yang tak cukup tidur."
"Salah tu Alex. Orang mengandung nie lagi susah mau tidur. Belum lagi muntah2. Susah mau gerak. Alex akan nampak sendiri macam mana susahnya seorang perempuan melahirkan anak. Jadi sebagai lelaki mestilah jaga dan hargai perempuan. Ingat time melahirkan perempuan pertaruhkan nyawa dia tau." nasihat puan Maya.
Terkejut Alex mendengar kata2 daripada puan Maya. Dia sendiri belum pernah tau semua itu. Terlintas di pikirannya macam mana sakitnya Lily bila melahirkan anak mereka nanti. Oiii Alex pikir sampai melahirkan sudah dulu kata benci.*****
"Macam angau sudah saya tengok kau nie." kata Darwin rakan kepada Alex.
"Apasal pula."
"Kau lah sikit2 mengelamun. Lepas tu tengok telefon semyum2. Kalau ada borang bukit padang tempat saya lama sudah saya kasih daftar kau masuk sana tau."
"Macam nie lah kawan sampai hati kau mau sumbat saya masuk bukit padang. Tempat orang tak waras."
"Kau tengok tu. Perangai kau lain macam pandai pula nak emo2 padahal selalu kau dingin jar tu perangai. Paling susahlah mau tengok kau senyum."
"Tak saya senyum2 tadi bukannya pasal apa pun. Tapi nie hah c Lily boleh pula dia chat saya minta balas2 pantun. Lepas tu pantun dia wujudlah segala jenis binatang."
"Jadi apa yang lucu?"
"Ishhh kau takkan tau punya sebab saya jar yang boleh rasa lawak."
"Memang sah kau nie angau. Dulu kata benci. Taknak tengok muka dia dah. Sekarang nie??? Sampai cuti seminggu lepas tu hari2 balik awal." balas Darwin.
"Bukanlah. Saya balik awal sama ambil cuti sebab boring di office nie."
"Eleh cakap jar kau rindu orang di rumah." perli Darwin.
Dia hanya menggeleng melihat rakannya itu sibuk dengan telefonnya dan tersenyum balik2. Kadang terdengar rakannya itu tergelak kuat.
Tapi dia bersyukur akhirnya Alex mampu berubah. Dan dapat memperoleh kebahagiaan. Dia kurang setuju waktu Alex ingin berkhwin dengan Amanda. Baginya gadis itu hanya pentingkan kekayaan dan kebebasan untuk berfoya2.*****
"Siapa tadi tu?" soal Alex.
"Kawan lama." balas Lily.
"Ohhh. Okaylah jom masuk." kata Alex sambil membawa Lily masuk ke dalam rumah. Ada lain perasaannya melihat Lily berbual dengan lelaki lain. Memang dia cemburu tapi ada perasaan lain yang menghantui dia. Sepertinya ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
*****
"Hello miss. Are you okay?" soal Alex. Hampir sahaja dia melanggar seorang perempuan di jalan. Dalam keadaan hujan yang renyai2 tiba2 perempuan itu melintas untunglah dia sempat menekan break.
"Auchhh kaki saya." kata perempuan itu.
"Amanda!?" kata Alex. Dia terkejut ketika mendapat tau kalau perempuan itu adalah Amanda.
"Sayang." kata Amanda lembut. Akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan Alex.
"Jangan kau berani panggil saya dengan panggilan sayang kau tu." marah Alex.
"No sayang. Please listen to me." pujuk Amanda.
"Apa lagi alasan yang kau mau bagi?? Saya tak mau dengar apa2 daripada kau."
"Okay saya tau sayang marah. Tapi tolong bagi saya peluang jelaskan nie semua. Saya janji lepas sayang hantar saya balik dan saya sudah kasih jelaskan semuanya saya takkan kacau hidup sayang lagi."
"Stop call me sayang."
"Okay. Tapi tolong bagi saya peluang untuk kasih jelas. Sebab saya pergi pun ada kaitan dengan isteri kau. Lily."
Dengar sahaja nama isterinya di sebut rasa ingin tau Alex semakin berkobar2. Apa kaitan kepergian Amanda masa hari perkhwinan mereka yang hampir tiba dengan Lily.*******
Perubahan sikap Alex membuat Lily takut. Alex kerap balik lewat malam kadang subuh baru balik. Dan asal balik jar mesti mabuk. Marah2.
"Alex kenapa bah kau nie?" soal Lily perlahan. Dia menyelimuti Alex dan membuka kasut serta stokin Alex.
Hujan di luar turun dengan lebatnya. Tiba2 keboommm bunyi guntur yang kuat membuat Lily langsung memeluk erat tubuh Alex.
Dari dulu Lily memang takut dengan bunyi guntur yang kuat.
Setelah keadaan reda Lily perlahan2 bangun daripada badannya Alex. Belum sempat dia menyimpan kasut Alex tangannya sudah di tarik oleh Alex.
Alex langsung memeluknya. Dan Lily merelakan semuanya itu di ambil oleh Alex. Dia adalah isteri Alex jadi tidak ada salahnya kalau dia menyerahkan segalanya.
"Amanda, I love you." Kata2 itu merobek hati Lily sebagai seorang isteri. Ternyata Alex mengira dia Amanda itulah dia mau menyetuhnya.
*****
Pagi itu Lily bangun jar tiada sudah Alex di sebelahnya. Dia terus pergi membersihkan dirinya. Kalau perempuan lain mungkin semalam merupakan hari yang paling mereka kenang. Tetapi baginya hal semalam merupakan mimpi buruk dalam hidupnya.
"Ehhh saya ingat kau sudah pergi kerja." kata Lily. Dia cuba untuk melupakan kejadian malam tadi.
"Nie bayaran buat kau atas layanan kau semalam." kata Alex lalu melemparkan beberapa wang ke arah muka Lily.
"Apa maksud kau??"
"Saya sudah cakap kalau saya tak sudi sentuh perempuan yang saya tak suka." kata Alex lalu meninggalkan Lily sendirian di dalam bilik.
Lily nangis semahu2nya. Toada yang lebih sakit daripada ini. "Alex, saya begitu cintakan kau. Tapi ini balasan kau. Kau buat saya macam pelacur." kata Lily sendirian.
Dia kutip duit yang bertempiaran. Susun dan masukkan ke dalam laci. 'Kalau ini yang kau pikir bayaran atas harga diri saya, kau silap Alex. Saya takkan pernah akan gunakan duit yang kau bagi nie.' kata Lily dalam hati.
Sehari suntuk Lily habiskan masa dengan buat kerja2 di kedai cake miliknya. Dia tidak mau mengingati kesedihan itu. Kata2 Alex sentiasa bermain di pikirannya. Dia mengira Alex mula mncintainya tetapi ternyata dia silap. Alex sentiasa membencinya. Dan itu akan terjadi sampai bila2.******
Darwin hanya memerhatikan kawannya itu duduk termenung. Ada kesedihan di wajahnya.
"Hoiii kau kenapa."
"Tak ada apa2 lah." balas Alex.
"Yalah tu. Kalau ada masalah bagitau manatau saya boleh tolong." balas Darwin.
Bersambung part 8
YOU ARE READING
LOVE WITHOUT RESTRICTION by LILIA NINA (Complete)
RomanceLove Without Restriction #Lilia_Nina Sinopsis Perkahwinan antara Lily dan Alex tidaklah sebahagia seperti dalam khayalannya Lily. Alex adalah crush Lily sejak zaman sekolah lagi tapi malangnya Alex sudah mempunyai kekasih. Akibat mau penuhi permin...