Love Without Restriction
#Lilia_NinaPart 4
Alex hanya memerhatikan Lily yang sedang berbual dengan puan Maya. Sampai ke hari ini Amanda belum dapat di temukan.
Puan Maya hanya membiarkan anak lelakinya itu memerhatikan Lily dari tadi. Dia sangat berharap Alex tidak egois. Alex pernah bertanya kepadanya "apakah salah kalau sahabat jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri."
Puan Maya dari pada mulanya kebingungan tetapi kini dia sudah mengetahui siapa yang di maksudkam oleh Alex. Sejak suaminya meninggal Alex lah yang mengurus perusahan keluarga mereka.
"Hello." bilang Alex yang menerima panggilan daripada Lucas kawannya.
"What. Kau yakin kah?" puan Maya melihat ke arah Alex yang nyata terkejut beruk. "Baiklah terima kasih." panggilan di matikan.
"Alex ada apa." tanya puan Maya yang jelas terkejut.
"Amanda sudah pergi. Dia sudah kasih tinggal Alex." kata Alex.
"Jadi perkhwinan kamu di batalkan." soal puan Maya.
"Alex takkan batalkan perkhwinan ini. Alex tetap akan berkhwin."
"Tapi Amanda sudah pergi."
"Alex takkan khwin dengan Amanda tapi dia."
Terbeliak mata Lily kerana Alex menunjuk dirinya. Apakah dia bermimpi.
Alex sangat yakin dengan pilihannya. 2 hari lalu puan Maya ada memberitahunya kalau Lily masih mencintainya. Sekarang tiada alasannya lagi untuk membatalkan perkhwinan dia. Tiada gunanya lagi dia terus menunggu Amanda yang langsung tidak menghargainya.
"Lily ikut saya." kata Alex.
Lily hanya mengikut Alex dari belakang. Dia masih berasa seperti ada di dalam mimpi.
Puan Maya tersenyum nyata rancangannya hampir berhasil. Dia sengaja membawa Lily ke rumahnya itu agar Alex tau menilai mana permata dan mana kaca. Dia tau Lily dapat merubah sikap dingin dan kasar anaknya itu. Alex sekarang sangatlah serius dan mudah marah. Tidak seperti Alex yang dulu masa masih bersahabat dengan Lily.
Puan Maya berharap cinta lama yang telah terkubur di dalam hati itu muncul kembali. Dia tau Alex juga mencintai Lily tetapi kerana masa itu suaminya sakit2 Alex terpaksa melupakan perasaannya dan pergi sambung belajar demi melanjutkan usaha bapanya selama ini.
"Saya mau kau khwin sama saya." kata Alex. Suaranya mendatar.
"Tapi saya..."
"Saya akan bayar kau berapa pun yang kau mau asalkan kau khwin sama saya."
"Nie semua bukan pasal duit. Tapi kita tak boleh terburu2 macam nie. Keluarga saya belum ada yang tau. Tambahan lagi undangan yang kamu buat atas nama kau dan Amanda. Bukan saya." jelas Lily. Susah payah dia kumpulkan keberanian.
"Tu nanti saya yang urus. Dan jangan pernah perasaan kalau saya akan suka sama kau. Saya juga tak sudi sentuh orang yang saya tak cinta." kata Alex.
Lily diam tak terkata. 'Sudah main paksa2 khwin sekarang marah2 pula. Hati kena buat dari ais kali sejuk betul. Tak bolehkah layan orang bagus2.' kata Lily dalam hati.
'Arghhh kenapa bah hati saya nie. Hati cakap lain tapi mulut cakap lain. Susah sangatkah kau mau terima kalau dari awal hati kau sudah ada penghuni.' marah Alex dalam hati.
*****
Perkhwinan yang mendadak jelas banyak yang berpikiran negatif. Ada sanak saudara yang pikir kalau Lily sekarang sedang memgandung. Ada yang berfikir dia tertangkap basah.
Lily hanya pekakan telinga dengan apa yang di gosipkan.
"Babe kau sudah pikir betul2 kah??? Takkan kau mau khwin dengan orang yang bencikan kau." soal Agnes.
"Saya hanya ikut kata hati saya jar sekarang nie. Doakan saya akan bahagia okay." kata Lily.
"Always babe. Jangan lupakan saya tau lepas khwin. Apa2 jangan segan share sama saya." kata Agnes lalu memeluk erat tubuh Lily.
Lily hanya mengangguk. Dia harap hatinya tidak salah dalam membuat keputusan. Alex tak mencintainya tapi dia juga berharap perasaan Alex akan menerimanya satu hari nanti.
*****
Puan Maya lebih bersemangat mengatur segalanya. Menantu pilihannya yang akhirnya akan berkhwin dengan anaknya itu.
Dia yakin Lily mampu merubah Alex jadi seperti dahulu. Tidak hanya berfikiran tentang kerja sahaja. Sampai memilih perempuan pun yang jenis suka berfoya2.
Kalau lah suaminya tidak pergi terlalu cepat seperti ini dia yakin Alex sudah menyatakan perasaannya buat Lily.
Kembali dari luar negara anaknya itu langsung tidak mau menemui Lily. Kerana ego yang kuat. Entah apa yang telah membuat anaknya itu berubah dia pun tidak paham.
Alex sekarang lebih suka memendam. Egonya terlalu tinggi. Sukar untuk dia melihat anaknya itu tersenyum lagi.*****
Perkhwinan berjalan dengan lancar walaupun terdengar banyak gosip yang tak baik. Biarlah hanya mereka yang tau apa yang terjadi.
Di bilikLily duduk di atas katil. Terasa kaku kerana akan berada dalam 1 bilik bersama lelaki yang kini menjadi suaminya.
"Ingat saya takkan sentuh orang yang saya tak cinta. Turun dari katil saya sebab nie bukan tempat kau." mendengar suara Alex lantas Lily berdiri tegak.
"Saya tau juga bah." balas Lily. Lalu berlalu ke bilik mandi. Badannya terasa melekit.
Selepas mandi Lily mengeringkan rambutnya. 'Yes masa untuk tidur. Tapi mana saya mau tidur nie. Takkan sebelah dia.' kata Lily dalam hati.
Perlahan2 Lily menghampiri tempat tidur dan melabuhkan badannya.
"Apa kau buat nie." soal Alex kasar.
"Mau tidurlah."
"Ambil bantal dan selimut nie. Kalau mau tidur di lantai."
Penuh turut Lily mengutip bantal dan selimut yang di buang oleh Alex. Dia lalu berbaring di lantai.
Alex memerhati. Ada rasa simpati tapi rasa egonya lebih mengatasi semuanya itu.Bersambung part 5

YOU ARE READING
LOVE WITHOUT RESTRICTION by LILIA NINA (Complete)
RomanceLove Without Restriction #Lilia_Nina Sinopsis Perkahwinan antara Lily dan Alex tidaklah sebahagia seperti dalam khayalannya Lily. Alex adalah crush Lily sejak zaman sekolah lagi tapi malangnya Alex sudah mempunyai kekasih. Akibat mau penuhi permin...