Walaupun Afi lahir daripada keluarga yang mewah, dia seorang yang taat akan perintah kedua ibu bapanya. Sejak Afi bayi lagi, ibu dan bapanya sering memanjakan Afi dan memenuhi kehendak Afi dengan harapan dia akan menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. Mereka menjaga Afi bagai menatang minyak yang penuh kerana dia adalah satu-satunya anak mereka selepas 13 tahun mereka berkahwin. Ibu Afi, Puan Massuhana, tidak pernah sekalipun memarahi Afi sejak dia kecil lagi kerana dia sangat sayang akan anak tunggalnya itu. Begitu juga dengan bapanya Encik Zahrunizam.Sehingga Afi besar, kedua ibu bapanya tidak pernah walau sedetik memarahi Afi. Apatah lagi niat untuk memukulnya. Begitulah hidup Afi yang penuh dengan kemanjaan dan belaian kasih ibu bapanya. Hal ini, membuatkan Afi menjadi seorang yang lemah lembut dan taat kepada kedua ibu bapanya. Dari sudut agama, Afi tidak pernah mengingkari ibu bapanya dan tak pula terlintas untuk berasa tinggi diri kepada orang lain juga walau dia seorang anak hartawan. Afi memang baik orangnya. Walhal, dia juga seorang yang merendah diri kerana inilah apa yang diajarkan oleh ibu bapanya semasa dia masih lagi sebesar ibu jari.
YOU ARE READING
"Aku Bukan Yang Sempurna"
Humor'kisah Afi yang jatuh cinta kepada seorang wanita bernama Adini lalu menderhakai kedua ibu bapanya. Dia telah hilang arah dalam mengejar cinta Adini. Di dalam kisah ini, Afi ditimpa pelbagai dugaan kerana sumpahan dosa yang dilakukan kepada kedua ib...