Kini tibalah hari yang sepatutnya hari kegembiraan bagi Afi. Perasaan sedih menjentik hatinya untuk pergi jauh dari rakan-rakannya. Namun, apa daya seorang remaja yang berusia lingkungan 15 - 16 tahun untuk melawan kehendak ibu bapanya. Mahu tak mahu, dia perlu redha akan keputusan kedua ibu bapanya untuk ke Australia. Akan tetapi, Afi masih yakin apa yang kedua orang tuanya buat adalah demi kebaikan dia juga.
Kini menetap di salah sebuah banglo yang mewah di sekitar kawasan Perth, Australia. Di dalam bilik, terdapat jendela yang pandangannya menghala keluar kawasan rumahnya. Dia selalu duduk termenung di situ sambil memikirkan kawan sebayanya di Malaysia sana.Dia berdoa agar kawan-kawannya berjaya hidup di dunia dan akhirat sambil titisan air mata mengalir.Selepas beberapa tenungan ke luar jendela, terdengar bunyi pintu dibuka. Dia menoleh ke belakang sambil mengelap air mata yang tadinya bertitisan berjurahan.
Suara lemah gemalai keluar dari mulut ibunya Afi "Afi sayang mama, kenapa nangis? Mama dan ayah buat silap pada Afi ke? Soal ibunya. "Tak mama, Afi cuma sedih sikit tinggalkan kawan-kawan Afi kat sekolah Malaysia sana." Lantas ibunya mengeluarkan suara seolah memujuk Afi. "Oh, begitu! Tak mengapalah Afi. Nanti kamu akan dapat kawan lebih ramai di sini.Yang lebih pandai lebih pintar tambahan pula. " lalu Afi bersuara penuh bersemangat. "Kalau begitu, bila Afi boleh mula bersekolah mama? " Dengan muka manisnya ibu Afi tersenyum dan menjawab, " Lusa esok kamu akan mula bersekolah di kolej berdekatan. Jadi kamu boleh bersiap sedia dengan semua alatan kamu ya!" Ibu Afi berlalu pergi darinya dan menutup kemas pintu biliknya.
YOU ARE READING
"Aku Bukan Yang Sempurna"
Humor'kisah Afi yang jatuh cinta kepada seorang wanita bernama Adini lalu menderhakai kedua ibu bapanya. Dia telah hilang arah dalam mengejar cinta Adini. Di dalam kisah ini, Afi ditimpa pelbagai dugaan kerana sumpahan dosa yang dilakukan kepada kedua ib...