Lewat petang kira-kira jam 6 setengah petang dia sampai di rumah keluarganya. Salah sebuah kereta ayahnya tiada di lot parkir. Dia menunggu ayah dan ibunya pulang. 4 jam sudah berlalu, tapi kelibat ayah dan ibunya masih tak muncul. Akhirnya dia rebah di depan pintu masuk rumahnya. Pengsan kerana tidak makan dan tidak minum. Lama juga dia terlantar menunggu ibu bapanya yang pulang pada jam 12.
Bila ayah dan ibunya sampai di rumah, mereka melihat anaknya itu terlantar di hadapan pintu. Mereka terus membawanya ke hospital.
Afi dirawat dengan baik sekali. Ibunya sangat risau akan keadaan anaknya itu. Mujurlah mereka menghantar anak mereka ke hospital dengan cepat. Kalau tak, tak tahulah apa akan terjadi pada anak kesayangan mereka itu.
Terlentok kepala ibu Afi di bahu Afi sementara tunggu Afi sedar sekitar jam 9 pagi. Dia sedar dan terus mencari ayah dan ibunya lalu berkata, "ayah, mama! Maafkan Afi. Afi tahu Afi dah buat silap pada mama dan ayah. "Ibu Afi bersuara sayu, "tak mengapalah Afi, mama dan ayah dah lama maafkan. Kami cuma doakan yang baik sahaja untuk Afi. Kami harap sangat Afi akan menjadi Afi yang dulu. " Afi menangis menitiskan air mata kegembiraan sambil memeluk ayah dan ibunya. Dia berjanji untuk tidak mengulangi perangai lamanya.
Sebaik sahaja Afi sihat, dia terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan mendapat kerja di sebuah hospital kerajaan yang tersohor dalam daerah Kuala Lumpur. Dia meneruskan kehidupannya dengan penuh kebahagiaan.
Genap 3 tahun dia mempunyai kerja, dia berkahwin dengan wanita pilihan ibu bapanya iaitu Aida. Selang setahun mereka dikurniakan seorang anak bernama Anaki. Rare? Ya, nama anak mereka memang pelik pun. Arghh! Tak mengapa. Asalkan mereka hidup bahagia.
Adini?
Dia mati akibat diserang penyakit HIV kerana tidur bersama dengan ramai lelaki.Hannah?
Bahagia dengan lelaki pilihan dia si mamat Arab itu. Sekarang dia dah peluk Islam dah pun. Semoga hidup dia terus bahagia dunia dan akhirat.Sejak kejadian itu, Afi percaya bahawa hidup tanpa restu ibu bapa itu tiada maknanya. Dia sentiasa menghormati kedua ibu bapanya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia pada tahun ke-6 dia berkahwin kerana kemalangan. Afi bersyukur kerana sempat meminta maaf kepada orang tuanya. Dia menjadikan kisah teladan ini sebagai pengajaran. Dan mengajar erti "Aku Bukan Yang Sempurna."
-tamat-
YOU ARE READING
"Aku Bukan Yang Sempurna"
Humor'kisah Afi yang jatuh cinta kepada seorang wanita bernama Adini lalu menderhakai kedua ibu bapanya. Dia telah hilang arah dalam mengejar cinta Adini. Di dalam kisah ini, Afi ditimpa pelbagai dugaan kerana sumpahan dosa yang dilakukan kepada kedua ib...