Kini menjejakkan kaki di salah sebuah kolej di tengah-tengah bandar Perth, Australia adalah salah satu perkara yang menakjubkan bagi Afi. Terkelu lidah Afi, kakinya bagai disimpul tali, badannya bagai diikat rantai tapi di sudut hatinya, Afi sangat gembira kerana dapat terus ke sekolah. Awal tahun, hari pertama, memanglah "kekok" bagi seorang pendatang baru seperti Afi. Nak-nak pula budaya yang ditunjukkan di sini jauh lebih teruk dari Malaysia kalau nak dibandingkan. Masuk sahaja di pintu utama kolej, Afi dipandang oleh semua pelajar yang berkulit putih, mahupun hitam sambil dia diiringi oleh ibu bapanya. Alangkah gementar di gemersik kalbu Afi.
Semasa berada di dalam kelas, Afi bersalaman dengan beberapa pelajar lelaki berkulit putih. Gurunya Mr. Hanrick McLogger memperkenalkan dia di dalam kelas. Memandangkan Afi seorang yang pemalu dan lemah lembut, agak sukar baginya untuk bercakap di hadapan kelas. Sedang dia fokus, seorang pelajar perempuan bernama Hannah bangun dan terus ke depan untuk bersalaman dengan Afi.Afi kelu, kaku melihat seorang yang sejelita Hannah lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hannah. Sesaat Afi terkesima dengan keindahan duniawi dan melupakan hukum Islam.
Di dalam kelas, Afi asyik memerhatikan Hannah yang duduk di hadapan mejanya. Maklumlah, cinta monyet telah berputik! Keayuan dan kecantikan Hannah telah menggoda Afi dan membuatkan Afi hilang fokus semasa di dalam kelas."ringgg!!! " loceng waktu balik berdering dan Afi menuju ke pintu kelas mengejar Hannah dari belakang dan menarik lengan Hannah yang tiada seutas benang pon padanya. Afi bertanya pada Hannah, "Can I have your number, please? " Hannah tanpa melengahkan masa mengambil pen dari begnya dan memegang tangan Afi lalu menulis nombor telefonnya pada tengah lengan Afi. Juga tertulis di lengan Afi, "I interested to you. " Wah! Betapa gembira Afi sampai melompat-lompat bila dia dapat nombor gadis jelita itu. Maklumlah, Afi pun apa kurangnya. Kacak dan tinggi juga orangnya. Bak kata orang putih, "tall, dark and handsome. "
Sesampai Afi di kereta bapanya, dia masuk dan memberi salam kepada ayah dan mamanya. Ayahnya menanyakan pengalaman hari pertama di kolej itu. Afi menjawab bahawa semuanya baik-baik sahaja. Kelihatan di cermin pandang belakang, Afi tersengih-sengih sendirian tidak ubah seperti kerang busuk. Ayahnya bersuara, "lain macam saja anak ayah seorang ini, ada apa-apa ke senyum seorang diri itu? " soalan yang terlintas di benua akal ayahnya. "Tak ada apalah ayah, cuma seronok berada dalam kelas tadi. " jawab Afi tersenyum malu. Perbualan berakhir di situ sahaja sehingga mereka tiba di kawasan rumah.
YOU ARE READING
"Aku Bukan Yang Sempurna"
Humor'kisah Afi yang jatuh cinta kepada seorang wanita bernama Adini lalu menderhakai kedua ibu bapanya. Dia telah hilang arah dalam mengejar cinta Adini. Di dalam kisah ini, Afi ditimpa pelbagai dugaan kerana sumpahan dosa yang dilakukan kepada kedua ib...