"Ya Allah,anak ayah Afi."lemparan kata-kata yang keluar dari mulut ayah Afi. Tanpa melengahkan masa ayah Afi menghubungi ambulan untuk membawa anaknya ke hospital. Dia sedar cara dia menghukum Afi dengan menjauhkan Hannah darinya itu salah. Ternyata Afi memang sayang akan Hannah.
Di hospital, doktor mengesahkan Afi koma kerana terhidrasi asbab kekurangan air dalam badan. Afi berada dalam tahap yang kritikal. Tetapi doktor mengatakan bahawa Afi akan sedar dalam waktu yang terdekat. Ahli keluarga yang terdekat dikehendaki menjaga Afi semasa doktor membuat pemerhatian.
Semasa Afi dalam keadaan tak sedar, Hannah tidak sehari pon terlepas untuk melawatnya. Dia sangat sedih kerana Afi jatuh sakit. "Baby, please stay with me. I need you here by my side. Don't give up darling. "Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Hannah setiap kali dia melawat Afi. Rasa sedih, tidak terungkap di sudut pemikiran Hannah. Punah harapannya terhadap kekasih hatinya itu kerana tindakan ayah Afi Encik Shahrunizam.
Hari ini, genaplah hari kelima Afi koma. Sekitar jam 3 petang waktu Australia, Afi tersedar dari lena komanya. Perkataan pertama keluar dari mulutnya ialah, "Hannah. "Dia teramat rindukan Hannah selepas hampir seminggu tak berjumpa. Dalam kurang satu jam setengah, Hannah tiba di bilik Afi untuk melawat Afi seperti biasa. Terlihat Afi sudah sedar, dia terus menuju ke arah Afi lalu memeluk Afi dengan erat. 'Baby, you're cure now! Praise to Lord. "Sambil menitiskan air mata lalu terkena pipi Afi yang lesu akibat sakit yang dialami.
Ayah dan ibu Afi, terkedu melihat peebuatan Hannah itu. Tetapi mereka hanya memandang ringan terhadap perkara itu. Mereka menganggap itu adalah perkara yang boleh mengubat penyakit "RINDU" dalam hati anak tunggal mereka itu. Afi dan Hannah menikmati saat-saat indah bersama. Hannah menyuap bubur yang di bawa dari rumah ke dalam mulut Afi. Kelihatan mereka sangat bahagia bila bersama.
Setelah mendapat pengesahan doktor untuk keluar(discharge) dari hospital, Hannah turut menaiki kereta ayah Afi, mengiringi Afi ke rumah. Dia tidur selama 3 hari di rumah keluarga Afi untuk menjaga Afi sehingga sihat. Syukur ke hadrat ilahi. Afi sihat dan boleh kembali bersekolah semula.
Setiap hari, Hannah juga Afi pergi ke kolej bersama-sama sehinggalah mereka berada di Gred 5.Mereka mencapai kecemerlangan bersama. Tetapi malangnya, pada malam mereka tamat graduasi ayah Afi memberitahu Afi bahawa mereka perlu pindah ke Malaysia semula dan secara tidak langsung dia perlu meninggalkan Hannah. Di dada Afi, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kecewa, bercampur baur dengan sedih.Apakan daya, kali ini memang Tuhan takdirkan mereka berpsiah.
YOU ARE READING
"Aku Bukan Yang Sempurna"
Humor'kisah Afi yang jatuh cinta kepada seorang wanita bernama Adini lalu menderhakai kedua ibu bapanya. Dia telah hilang arah dalam mengejar cinta Adini. Di dalam kisah ini, Afi ditimpa pelbagai dugaan kerana sumpahan dosa yang dilakukan kepada kedua ib...