Part 8-"Kembali Di Sini,Aku Sayu"

11 2 0
                                    

"Krekkkk... "Bunyi pintu rumah asalnya berbunyi. Kelihatan semua barang dalam rumah keluarga Afi tersusun rapi. Maklumlah, sepanjang mereka di Australia, ayah Afi telah mengupah orang gaji untuk mengemas rumah.

Afi, terus menaiki tangga menuju ke arah biliknya yang lama. Bila dia masuk, terdapat satu ruang yang sering mengingatkannya tentang suasana Australia. Sayup langkah Afi menuju ke sudut itu. Menitis air mata, berjuraian air dari mata kasar seorang lelaki bernama Afi. Dia seakan-akan terkenang memorinya dengan Hannah. Sedih, tak terungkap.
Afi penat dan tidur di kamarnya itu untuk semalaman.

Perasaan sayu sentiasa berdetik tatkala ingatannya beralih ke Australia. Hampir-hampir juga dia tidak percaya akan Tuhan kerana takdir yang ditentukan. Tapi, bila dikenangkan semula, Hannah sudah pun ada teman lelaki. Baginya, dia perlu melangkah ke tahap yang baru. Tak perlu lagi mengenangkan memori yang menyakitkan itu.

Kurang 4 bulan lagi, Afi akan melangkah ke universiti. Sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam yang terkenal di Malaysia. Afi semakin tidak sabar untuk belajar ke tahap yang lebih tinggi kerana dia suka akan cabaran terhadap mindanya. Baginya, setakat diploma dan ijazah di Malaysia ini apalah sangat nak dibandingkan pelajaran di Australia yang banyaknya lahir manusia-manusia tinggi IQ. Dia akan mengambil jurusan perubatan kerana cita-citanya adalah menjadi doktor.

"Aku Bukan Yang Sempurna"Where stories live. Discover now