Part 10-"Kerana Seorang Wanita"

10 1 0
                                    

Afi mulai berubah perangainya. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya, Afi canggah. Ini semua kerana Adini.

Pada satu hari, Afi pulang lewat malam. Ketika itu ayahnya bekerja outstation selama 3 hari 2 malam. Dia mengambil kesempatan itu untuk dia dan Adini keluar bersama-sama secara bebas.Dia tak takut akan kemarahan ibunya. Kerana dia tahu ibunya seorang perempuan. Tak berdaya untuk melakukan apa-apa kepada dia.

Dia pulang ke rumah kira-kira jam 4 pagi ketika itu. Dia perlahan-lahan membuka pintu rumah kerana takut ibunya terjaga. Sebaik saja dia membuka pintu ibunya bersuara, "ha, Afi buat apa itu senyap-senyap? " Afi terkejut dan menjawab, "Baru balik la mama. Takkanlah Afi baru nak keluar. Itupun tak boleh fikir? " Ibunya mulai berang dengan jawapan Afi yang semakin hari semakin biadab. "Apa Afi cakap kat mama? Afi sedar tak apa yang Afi cakap ini? Mama ini ibu Afi, orang yang melahirkan Afi tahu tak? Kenapa balik lambat? Keluar dengan Adini? Mama dah cakap dia itu perempuan tak elok. Kenapa Afi nak juga kawan dengan dia? Ha? Jawab la soalan mama ini Afi. " sambil mengekori Afi ke biliknya. "Ma, Afi dah besar. Dah pandai jaga diri sendiri. Afi bukan 10 tahun yang lepas nak dikongkong. Afi dah 20 tahun mama. Dahlah, Afi dah penat. Sekarag Afi nak tidur. "Afi menutup pintu kamarnya dengan kuat sekali. "Afi! Afi! " jerit ibunya. Namun jeritan itu sekali pun tak diendahkan Afi.

Setiap hari Afi pulang lewat ke rumah kerana menghabiskan masa dengan benda tak berfaedah bersama Adini. Ayah dan ibunya cuba untuk menghentikan  sikapnya yang terlampau obses akan betina tak guna itu.

Kalau dulu, Afi hanya melawan cakap ayah dan ibunya. Tapi sekarang, dia dah pandai tak balik rumah selama berhari-hari. Afi yang dulunya insan intelektual, kini menjadi seorang yang hilang arah selepas menghabiskan pengajian peringkat diploma.

Dia dibawa deras kehanyutan Adini dan rakan-rakannya. Tidur sebilik, minum arak, mengadakan parti di rumah yang mereka sewa. Demi seorang perempuan, Afi sanggup buat apa saja sampaikan tergamak meninggalkan ayah dan ibunya.

Afi lupa daratan dengan kemewahan dan kebahagiaan yang dia miliki. Tanpa dia sedari, di belakangnya ada keluarga yang menyokong sebelum ini, mendoakan kejayaannya. Ibunya berasa sangat sedih. Apatah lagi ayahnya.

Suatu hari selepas 1 minggu dia tidak pulang ke rumah, ayahnya mengahalau dia dari rumah. "Ayah tak izinkan kau duduk di sini lagi Afi! Kau carilah kebahagiaan duniawi kau itu. Ayah dah takkan hiraukan lagi. Dari hari ini, mulai saat ini, ayah haramkan makan minum kau Afi. Kau ingatlah sampai mati! "Tengkingnya ayah kepada Afi. Ibunya menangis. Yalah, ibu mana hati tak sedih anaknya dihalau keluar rumah. Walaupun marah macam mana sekalipun. Lalu Afi berlalu pergi keluar dari rumah ayahnya dengan kereta yang ayahnya hadiahkan semasa ulang tahun ke-18 nya.

Afi redha, malah dia suka ayahnya menghalau dia keluar rumah. Bebas katanya. Dia singgah ke kedai untuk membeli sebotol arak. Di kaunter bayaran, dia hendak membayar arak yang berharga RM41 itu dengan kad kredit yang ayahnya bagi. Namun, kad itu telah disekat pengunaannya. Afi betul-betul rasa menyesal dengan kelakuannya. Dia sekarang tiada sebarang duit pon untuk dibelanjakan. Yang ada pun RM 5 di dalam dompetnya. Memang cukup-cukup nak makan sajalah detik hatinya. Lalu dia meninggalkan kaunter bayaran, terus untuk ke kereta.

Dia menjerit sendirian di dalam kereta. Baru dia tahu, tanpa hasil ayahnya, dia takkan ke mana-mana.

"Aku Bukan Yang Sempurna"Where stories live. Discover now