Part 5-"Aku Jatuh Cinta Untuk Kali Pertamanya"

19 1 0
                                    

Perbualan Afi dan Hannah tidak terhenti di sekolah pada tengah hari tadi saja. Malahan ia berlarutan hingga mereka mengenali satu sama lain secara terperinci. Afi meluahkan perasaannya kepada Hannah yang menjadi teman wanita pertamanya. Begitu juga terhadap Hannah, dia juga meluahkan perasaan terhadap Afi. Mereka saling mencintai satu sama lain. Sejak pertemuan mereka dalam kelas itu,mereka terus menjadi pasangan yang sehati sejiwa.

Mereka sering menghabiskan masa mereka bersama-sama. Belajar, makan, main dan keluar berjalan bersama-sama. Nasiblah Afi masih tahu batas agama. Jikalau tak, mahu-mahu di juga menghabiskan masa dengan tidur sebantal dengan Hannah.

Setahun berlalu, masalah demi masalah mereka tempuhi bersama dan terdapat juga masalah yang mereka lakukan. Antaranya, bercumbuan di khalayak ramai. Mereka dan ibu bapa kedua mereka dipanggil dan diberikan sesi kaunseling. Betapa kecewanya ibu dan bapa kepada  Afi mengenangkan perangai Afi yang kian berubah semenjak dia berkait dengan Hannah.

Semasa di dalam kereta, pertengkaran berlaku. Dan ini jugalah kali pertama Afi pandai melawan kata-kata ayah dan mamanya. "Afi, sedar tak apa yang Afi dah buat ini? Mama malu tahu tak dengan perbuatan yang Afi tonjolkan sekarang ini! Mana mama nak letak muka mama?" Tinggi nada yang disuarakan oleh ibunya Afi. "Alah,apa yang mama tahu malu mama saja. Afi ini? Pernah bagi apa yang Afi betul-betul suka? Pernah? Afi rasa terkongkong dengan apa yang mama dan ayah lakukan. Afi buat ini semua untuk hilangkan tekanan, Afi stress!" Nada yang Afi lontarkan begitu tinggi sehingga membuatkan ibunya tergamam kerana itulah kali pertama anaknya melawan kata-katanya. "Sudah-sudahlah bergaduh! Kita dalam kereta sekarang. Takut nanti lain pula jadinya! "Nada penuh kesungguhan untuk menghentikan pergaduhan tersebut.

Sebaik sampai di rumah,Afi lalu menerusi tangga dan terus masuk ke bilik. Afi mengurung diri selama beberapa hari. Dia tidak makan mahupun minum. Tindakan bapanya merampas segala kemudahan yang boleh buatkan dia menghubungi Hannah membuatkan Afi sungguh berang. Kali ini Afi tekad untuk tidak keluar dari bilik selama beberapa hari.

"Afi! Buka pintu ini sekarang! Jika kamu tak buka pintu ini, ayah akan rempuh sampai tombol ini pecah. "Suara garau ayah Afi memecah kesucian di rumah tiga beranak itu. Afi diam di dalam bilik. Dia sebenarnya telah pengsan sejak sehari lepas. "Ayah kira sampai tiga saja. Kalau kamu tak buka ayah terus pecahkan pintu ini. Satu, dua, tiga! " ayah Afi membuat kiraan. "Gdangg! "Tombol pintu bilik Afi dipecahkan.

Jasad Afi terlantar di sebelah katil di celah-celah almari buku....

"Aku Bukan Yang Sempurna"Where stories live. Discover now