SUNYI

6.1K 77 15
                                    

Sunyi....

Dan rasa itu masih sama, aku terperangkap dalam sebuah kesunyiaan yang aku cipta sendiri. Menghindar dari hiruk pikuk dunia, yang bingit lagi melemaskan. Tidak aku tidak benci pada dunia yang sudi bersikap kejam pada aku. Cuma suasana ini buat aku selesa, dimana aku tidak perlu sibuk untuk membuat orang-orang berasa kagum pada aku.

Aku masih ralit memerhati langit yang dipenuhi bintang, sambil menghirup Teh yang sudah sedikit sejuk. Malam ini suasana begitu hening, jam menunjukkan pukul 10 malam. Begitu pun aku, tidak ada keinginan untuk menonton tv atau mendengarkan sekadar lagu. Malam ini aku hanya ingin melayan perasaan, melayan jiwa.

"Selamat hari jadi Jun" aku berkata perlahan masih melihat langit dengan pandangan kosong. Hari ini 12 September 2020, Jun genap berusia 26 tahun. Tiba-tiba air mata yang aku tahan tak mampu lagi bertahan, dan mula turun tanpa aku sedar.

"I miss you so much, that I can died because of this feelings" Esakan kecil semakin menjadi- jadi, bilamana aku terlalu jauh mengenang masa lalu. Dimana pada waktu itu aku tak mengenal erti sunyi, aku tak benci pada ketawa, dan malam sentiasa hangat dengan pelukannya. Tapi apa yang lebih perit dari kenangan adalah punca kepada kesunyiaan itu.

*Flashback

"Sayang, I am so sorry... I can't make it tonight. I promise settle je kontrak ni kita luangkan masa sesama okay" Jun masih diam di talian, aku tahu dengan diam maknanya dia marah. Semenjak aku dinaikan pangkat, pekerjaan semakin bertambah dan aku semakin sibuk sampai kadang aku terlupa dengan orang sekeliling aku.

"If you say so...nak buat macam manakan." Aku benci nada suara Jun saat ini. Nada suara sekata, dimana aku tahu dia mula merajuk.

"Sayang, I really-" belum sempat aku menamatkan ayat, talian diputuskan.

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dan aku masih sibuk menelaah kontrak-kontrak yang masih belum lengkap. Tarikh tamat tempoh untuk aku siapkan kontrak ini semakin suntuk menyebabkan aku terpaksa pulang lambat. Aku tahu Jun pasti kecewa, sebab beberapakali aku berjanji untuk meluangkan masa untuk malam ini, malam yang tentunya istimewa, hari dimana aku dan dia bersumpah sehidup semati.

Aku melihat jam telah pun menunjukkan pukul 12 malam, akhirnya aku memutuskan untuk balik kerumah. Sesampai dirumah, aku tak menemukan Jun yang biasanya santai melihat Tv diruang tamu, melainkan meja makan yang cantik dihiasi lilin, bunga bersama hidangan yang masih tak berusik.

"Sayang... I'm home" teriak ku sambil melangkah menuju ke bilik kami. Aku melihat Jun diatas katil sedang membaca, dengan perlahan aku duduk disisi katil bersebelahan dengan Jun. Jun melihat sekilas kepada aku sebelum dia meneruskan lagi pembacaannya, cuba untuk tak pedulikan aku yang masih merenung wajahnya.

"Jun, hey...I am sorry okay" aku mengelus lembut tangannya, dia masih diam tak berkata. Dia menutup buku yang ada ditangannya dan meletakkan buku tersebut di meja besebelahan dengan katil, cermin mata yang dipakai ketika membaca pun dibuka lalu diletakkan diatas buku tadi. Dia melihat aku lembut, Jun adalah sesabarnya sorang lelaki untuk sedegilnya perempuan seperti aku, dia tak pernah marah dengan meneking apatah lagi mengangkat tangan, marahnya hanya diam.

"I penat, kita cakap esok je, now I just want to rest" tangan yang aku pegang ditolak perlahan. Aku hanya melihat Jun yang sudah pun berbaring sambil membelakangkan aku. Aku masih berdegil untuk meneruskan perbualan. "Sayang, I betul-betul minta maaf okay, I tahu you belum makan, jom teman I makan, kita..."

"Stop it, Maira...if you nak makan,you makan, I nak tido" suara Jun terdengar sedikit keras dan dia masih tak berpaling, masih dengan posisinya. Aku terkedu, setelah ayat aku dipotong oleh Jun, dalam percintaan ini aku terlalu dimanjakan. Dan aku benci bilamana kemahuan aku ditolak dan Jun tak pernah menolak. Hatta, aku yang bersalah, dia yang akan datang minta maaf.

Aku tahu malam ini, aku sedikit melampau walaupun sudah jelas lagi terang aku yang bersalah. "I dah minta maafkan, kenapa you ni, benda memang tak boleh elak I try untuk siapkan kerja I awal-awal tapi-" aku mula meninggi suara. "Maira, I said stop it" Jun menekan suaranya menahan marah, Aku tahu aku dah cabar kesabarannya, dan aku tahu perkara ini akan membawa kepada pergaduhan, cuma aku tak suka kalau sesuatu perkara tak diselesaikan pada masa ini.

Jun mula bangun dari katil, lalu duduk menghadap aku, merenung tepat ke anak mataku, mata kami bertentang "I love you so much, you know that, tapi hari ini I kecewa, kecewa dengan you, sebab dalm hubungan ini nampak I je yang beria, I tak minta banyak, I minta malam ini je, sebab I tahu you sibuk dan you dah janji, tapi apa? You mungkir janji...you lebih pentingkan kerjaya you dari I" Jun memengang erat kedua belah bahuku.

"Kalau you hormat I sebagai suami I minta you berhenti kerja. Hmm" Aku terkesima dengan permintaan Jun. Dia lebih cukup dari tahu bagaimana aku cukup berusaha untuk capai apa yang aku ada sekarang. Bahkan, sebelum kawin dia berjanji aku boleh bekerja, aku boleh teruskan impian aku.

"No" keras aku melontarkan bantahan. "You lebih tahu dari sesiapa pun, I tak akan berhenti, I hormat you tapi I tetap dengan kerjaya I" aku mula bangun dari katil menuju ruang tamu, bahang antara kami semakin panas. Jun mula mengikut langkah aku, "You know what, you are selfish Maira, I betul-betul kecewa dengan you" suara Jun kedengaran pelan tapi masih dapat aku tangkap. Jun masuk ke bilik seketika, lalu keluar kembali dengan jaket dan kunci kereta.

"I wish you happy Maira, happy dengan pilihan you" aku hanya melihat Jun yang pergi dengan wajah kecewa dan tanpa aku tahu itu adalah ayat terakhir yang aku dengar darinya. Ayat yang mungkin sampai mati terpahat dalam diri aku. Malam itu setelah Jun keluar, aku terlelap di sofa sebelum dikejutkan dengan panggilan dari hospital mengatakan Jun terlibat dengan kemalangan dan pergi buat selamanya.

*Flashback off

Aku menangis sepuas-puasnya, rasa yang aku rasa saat ini seolah-olah boleh mati kerana terlalu sesak. Apa yang lebih menyakitkan dari hidup tanpa orang yang kita cinta, cinta yang tak akan aku temukan dari sesiapa pun. Sudah setahun pemergian Jun, aku masih hidup umpama mati, kosong tak berjiwa. Setelah kejadian itu aku mengalami kemurungan yang teruk, aku tak boleh teruskan hidup seperti dulu.

"I wish you happy Maira, happy dengan pilihan you" kata-kata Jun terngiang di telinga aku.

"I'm not happy Jun..." aku masih menangis sambil memegang dada yang terasa sakit. "Tolong jangan siksa Maira macam ini, Maira minta maaf, Jun you janji sehidup semati dengan I, you janji nak jaga I sampai tua, tapi sekarang you yang mungkir janji..." aku betul-betul terluka.

Kalau boleh putar waktu, aku akan betulkan segalanya, kalau malam itu aku tak berkeras untuk bercakap dan berdegil dengan pilihan aku, mungkin sekarang Jun masih ada disisi aku.Dalam kelamnya malam, aku biarkan diriku tenggelam dalam kenangan dan air mata. Aku masih mencari redha dengan pemergiaannya, tapi masih belum aku temukan. Maafkan aku Tuhan, aku masih belum redha. Jun tinggalkan cintanya pada aku, dan aku telah serahkan hati padanya yang telah ia bawa bersama. Jauh tak mungkin kembali, dan rindu ini tak akan pernah terpadamkan, penyiksaan sebuah cinta yang terpisah oleh mati.

- TAMAT

Rahasia Hati (Selesai) Where stories live. Discover now