Racun Hati

419 10 5
                                    

Ardy tak pernah berfikir bahwa kedekatannya dengan Mastura akan menimbulkan sebuah perasaan lebih dari sekadar seorang kawan.

Dari mula saling bergurau dan saling mengusik antara satu sama lain membuat perasaan nyaman itu timbul begitu sahaja.

Mastura sedar mereka hanya berteman, lagi pula Ardy sudah berpunya dan kekasihnya Laila juga merupakan temannya. Bezanya Laila adalah budak jurusan akaun manakala Mastura dan Ardy satu jurusan, jurusan Bisnes.

"Aku tak pernah anggap kau lebih dari sorang kawan Ardy" kata Mastura tegas, dia tahu perasaannya pada Ardy hanya sebatas teman.

"Kau bohong Mas, aku nampak dari mata kau, kau juga punya rasa yang sama macam aku. Katakan lah Mas, kalau kau juga punya rasa yang sama. Kita jujur pada Laila, Laila akan mengerti" Ardy pula yakin yang Mastura juga mencintainya, dia yakin Mastura hanya takut akan melukai Laila.

"Mengarut apa ni Ardy, jelas-jelas aku katakan aku hanya anggap kau kawan. Aku sayang kau mcm mana aku sayang Laila."  Mastura balas menatap tatapan Ardy padanya, serabut betul kelihatan Ardy ketika ini.

"Aku nk kau fikirkan baik2 Mas, tentang hati kau. Aku akan tunggu jawaban kau" Ardy terus berlalu meninggalkan Mastura.

Mastura hanya duduk dibangku kafe itu, memicit kepalanya yang sedikit pening. Pening dengan pengakuan Ardy. Dimana mulanya perasaan itu, dengan tiba2 Ardy mengucapkan 3 kalimat tersebut "Aku cintakan kau Mas".
-
-
-
Kenapa semuanya jadi kacau balau, kenapa mesti Ardy punya rasa yang sebegini. Selama ini memang Ardy hanya rapat dengan Mastura kerana mereka satu kelas dan kos.

Laila dengan Mastura jauh berbeza kalau dilihat dari penampilan Laila seorang gadis modern yang bergaya, lain pula dengan Mastura yang terlihat lebih sederhana.

Setahun sudah Ardy menjalin hubungan dengan Laila, rasa cintanya pada Laila tak perlu dijelaskan. Cuma ketertarikannya pada Mastura Semakin dalam dengan sering waktu.

Mastura pula adalah kawan kepada Laila, kebetulan Laila dan Mastura dulu satu matrik yang sama, kemudian Ardy dan Mastura dikenalkan ketika sama2 pergi hiking.

Dari situ Ardy tahu mereka satu kos yang sama dan mula rapat ketika sering study bersama. Tapi Semakin lama Ardy semakin tertarik pada Mastura. Lalu sebuah perasaan timbul, rasa sayang yang mula menjalar menjadi cinta.

Ardy pasti perasaannya pada Mastura bukan perasaan seorang kawan, melainkan perasaan seorang lelaki terhadap seorang wanita.

Flashback

"Hello Mas, boleh kita jumpa?" tanya Ardy melalui telepon.

"Oh Hai, Ardy. Nak jumpa? Urgent ke" Mastura sedikit menjerit ketika me jawab telepon, ni semua sbb rakan2 biliknya yang lagi heboh bersembang.

"Macam ramai je, kau busy ke Mas. Kalau busy, kita jumpa hari lain." kata Ardy.

"Tak adalah, ni Budak2 sahaja lepak bilik aku, tu yang ramai. Kalau penting aku okay je nk jumpa. Kat mana?" Mastura keluar dari biliknya cuba cari tempat yang sedikit sepi.

"Penting juga. Tempat biasa Kafe Kayu pkul 9 malam. Aku jemput." sambung Ardy.

"Tak pe, aku bawa kereta sendiri. Laila ikut tak?" tanya Mastura, asyik berdua dengan boyfriend orang pun tak elok.

"Laila busy, study group. Aku dgn kau je malam ni. Tak ada hal kan?" Ardy harap Mastura jadi berjumpa dengannya.

"o.. Okay kalau gitu. Jumpa mlam nanti. Bye" Mastura meletakan telepon bimbitnya. Ardy melepas napas lega.

9 malam Kafe Kayu...

"Wuit Ardy, lama dah ke tunggu."  Mastura memetik jarinya di depan Ardy yang kelihatan termenung jauh.

Rahasia Hati (Selesai) Where stories live. Discover now