Racun Hati 2

398 8 2
                                    

Sambungan...

Ardy memang lelaki berengsek, lelaki yang mencintai sahabat dari kekasihnya. Lelaki yang sanggup memalingkan janjinya hanya demi cinta yang tak pasti. Dia lelaki jahat!

Tapi manusia itu bukan batu yang tak punya hati, hati manusia mampu berubah, hati manusia itu tidak tetap. Dia rela dikeji pengkhianat demi kasih dan rasa cintnya pada Mastura.

Ardy ingin salahkan Mastura yang selalu membuat ia tersenyum ketika lelah, yang telah diam-diam masuk kedalam hati lelakinya, yang memahami dirinya.

Bukan salah Laila jika Ardy memilih Mastura, dia tidak bersalah dalam hal ini. Bukan sbb sifatnya yang manja atau cerewet yang membuat hati Ardy berpaling. Jadi siapa yang sebenarnya bersalah jika bukan Laila? Ardykah atau Mastura kah?

Dua anak manusia itu masih sahaja membisu, menyimpan segala rasa yang terbuku. Hanya angin yang terdengar, serta deru nafas mereka ketika ini. Laila hanya ingin kan kepastian, dan Ardy memberikan jawaban pada persoalan Laila. Mengapa juga Laila masih begitu resah dan terluka.

Mungkin kerana jawaban Ardy tidak seperti yang ia harapan, ternyata benar tekaannya. Hati Ardy bukan lagi milik dia. Maka status kekasih itu telah bertukar menjadi bekas kekasih.

Ingin sahaja Laila menjerit, memukul, dan memberi sagala tomahan kepada Ardy. Mungkin juga kepada temannya Mastura yang berani-berani mencuri hati Ardy.

"Ini bukan salah Mas, dia juga trkejut dengan pengakuan saya" kata Ardy tenang. Tetapi hatinya bagaikan badai  ketika ini.

"Saya tak pernah cuba untuk salahkan sesiapa Ardy" Laila menatap tepat kemata Ardy.

"saya cuma nk tanya apa salah saya, sampai awak pilih dia dari saya? Apa kurangnya saya dari Mas" Laila terbawa emosi bila mendengar bagaimana Ardy mempertahankan Mastura.

"Awak sempurna Laila, tak ada cela, mungkin sahaja manusia seperti saya gagal untuk setia, hati saya mengkhinati awak Laila. Maaf kan saya" sebuah keluhan berat terdengar, memang benar Laila tidak bersalah, Ardy lah yang jahat, curang.

Laila pergi meninggalkan Ardy sendiri, bagi Laila sudah tidak ada apa yang perlu dikatakan lagi. Antara dia dan Ardy kini hanya kenangan.
-
-
-
-
-
Lagu memories dari kumpulan Marron5 Terdengar, menandakan ada panggilan yang masuk, Mastura mengangkat telefon ya. Dilihat skrin tertera nama Laila.

"Hello, Laila"

"Tahniah Mas, aku harap kau bahagia" suara Laila Terdengar begitu lemah.

"Apa kau merepek ni Laila, aku tak faham?" tanya Mastura.

"Aku tahu kau ada rasa yang sama macam mana Ardy pada kau, aku tahu kau juga pendam perasaan padanya. Kau terima lah Ardy Mas, cukup lah kau seksa hatinya" Laila cuba menahan tangis. Meski hatinya tak rela tapi demi kebahagiaan semua dia sanggup berundur.

"Laila... Aku.. Aku" bergetar rasa seleruh jiwa Mastura ketika mendengar kata-kata Laila.

"Aku tak akan pernah tikam belakang kau Laila, bagaimana aku boleh menari diatas luka kau?" air mata Mastura mula turun. Air mata diseka perlahan dari pipinya.

"Aku akan cari bahagia aku sendiri, tak mungkin aku pertahankan Ardy, sedangkan hatinya bukan untuk aku, betul kan? Mas, terima lah Ardy jika itu apa yang terbuku dihati kau.." Mastura hanya diam membisu.

"Kau ingat Mas, masa Mama aku meninggal waktu kita kat matrik dulu. Kaulah orang yang selalu ada untuk aku, kuat kan semangat aku, kau gadis baik Mas, walau ada berat untuk aku lepas kan Ardy, tapi bila aku fikir kau orangnya, aku rela"
Kata Laila panjang lebar.

"Laila.."

"Mas kau fikir-fikirkan lah tentang perasaan kau pada Ardy, bye" talian dip uruskan sepihak. Mastura tidak tenang tidur malam itu. Memikirkan segala kemungkinan dalam Hubungan ini.
-
-
-
-
"Okay itu sahaja, topik yang kita bincang kan hari ini. Kelas dismiss.." Prof Mustapa keluar dari kelas, Setelah beberapa topik penting dibincangkan sebenar tadi.

"Mas, aku pergi dulu, ada janji dengan  Faizal" kata Farhah, Mastura hanya mengangguk.

Buku-buku diatas meja dikemaskan, seblum dimasukan kedalam bag. Tiba-tiba seseorang duduk di sebelah kerusi Mastura.

"Mas..."

"Apalagi Ardy? Cukup lah, aku tak nak rumit kan lagi keadaan ni" kata Mastura yang sudah siap berdiri untuk pergi.

Cepat-cepat Ardy memegang tangan Mastura, apa pun dia ingin perkara ini selesai hari ini juga.

"Apa ni Ardy, lepas lah.." Mastura cuba melepaskan gengaman Ardy, namun sia-sia.

"Aku nk kau dengar dulu Mas, please..." Mastura menatap sayunya mata Ardy.

Mastura kembali duduk, cuba mengenakan hatinya yang bergelora dengan pelbagai rasa. Wajah Ardy dipandang, senyum tipis mula terlihat di wajah sungul Ardy.

"Aku tak mampu janji kan apa2 pada kau Mas, tp aku sayangkan kau, cukup cinta kan kau sampai rasa nk gila menangung perasaan. Aku tahu aku berdosa pada Laila, tp aku tak mampu menipu perasaan aku Mas" bersungguh Ardy menjelaskan perasaannya , tangan Mastura digengam erat.

"Ardy  aku perempuan biasa, tiada apa yang mampu dibanggakan."

"Peribadi dan hati kau cukup buat aku Mas, lebih dari cukup, aku tahu kau juga cinta kan aku bukan?" dengan berani Ardy bertanyakan soalan tersebut.

Mastura memalingkan wajahnya, tak sanggup bertatap mata. Hatinya luluh lantah, Ardy begitu ikhlas dilihat.

"Ardy, aku akui aku juga mempunyai perasaan yang sama. Tetapi rasa bersalah aku masih mengunnung pada Laila. Dia kawan aku. Aku tak sanggup" Mastura menyeka air matanya yang mula turn perlahan.

"Aku tahu Mas, tapi telah aku jelas kan pada Laila, dia mengerti. Jangan lah kau merumitkan lagi perhubungan diantara kita, aku yakin Laila ikhlas." Ardy masih setia menunggu jawaban dari Mastura.

Pada akhirnya, setelah pelbagai peraoalan diambil kira, Mastura mengangguk. Kedua mata itu bertemu.

" Aku cintakan kau, Ardy" Ardy melepaskan nafas lega. Akhirnya dia dan Mastura kini resmi sebagai pasangan kekasih.

Jadi bagaimana dengan Laila?

Tenang, bagaimana terlukanya Laila, dia tahu cinta tak boleh dipaksa. Ini bukan tentang siapa yang sanggup berkorban atau tentang siapa yang menang. Ini tentang bagaimana ego perlu diturunkan dan perasaan adalah hal utama.

Kalau Laila bertegas untuk mempertahankan hubungannya dengan Ardy, mungkin dia akan lebih terluka. Jadi melepaskan tak bererti dia bodoh, dia cuma mahu lebih tenang dalam mencari bahagia tersendiri.

#To all Malaysian please be safe and make sure stay at home okay...
Convid 19 benar2 memberi Impak pada kita semua. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.

#semoga dunia kembali pulih
#stayathome#kitajagakita

Rahasia Hati (Selesai) Where stories live. Discover now