Terkadang dalam hidup untuk menemukan cinta bukanlah hal yang tersulit, melainkan untuk bertahan setia dalam sebuah perhubungan. Tetapi bagi Arshad kesetiaanya teruji bila sang kekasih disibukan dengan kerja dan dirinya di tinggal sepi membuatkan pertahanan cintanya goyah.
Hani Afira wanita yang mencintai kerjayanya, bekerja sebagai Professional Consultant di syarikat hartanah terkadang membuatkan dirinya sibuk. Kerja di luar kota atau bahkan keluar negara menjadikan Hani terlupa meluangkan masa untuk kekasihnya, apatah lagi Hani merupakan penganalisis pasaran. Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan dalam kerjayanya.
Sekembalinya Hani dari seminar yang diadakan di Berlin, German Arshad mengambil peluang untuk berjumpa kekasihnya, sekaligus meyelesaikan masalah antara mereka. Hubungan yang dingin dan kaku semestinya tidak bahagia. Tapi itu yang dirasakan Arshad bukan Hani. Bagi Hani cintanya pada Arshad itu masih sama, walau beberapa bulan ni dia merasakan hubungannya sedikit kekok.
Hani benar-benar gembira, setelah hampir seminggu dia tidak bertemu Arshad akhirnya hari ini dia dapat melepaskan rindu di dada. Hani memilih dress berwarna biru lembut separas lutut bersama heels berwarna hitam. Rambut separas bahu dibiar lepas, make up Hani juga cukup sederhana tetapi elegant.
Setelah makan malam, Arshad mengajak Hani untuk sekadar duduk di taman. Jujur hatinya masih ada getar ketika melihat senyuman Hani, rasanya tertuntas rindunya ketika melihat Hani bercakap, Arshad hanya setia mendengar cerita-cerita Hani ketika di Berlin.
"Awak okay, saya tengok malam ni awak senyap jer. Ada masalah kat syarikat ke?" tanya Hani apabila melihat raut wajah Arshad yang sedikit muram.
"Syarikat saya okay je, tapi ada benda saya nak cakap" Arshad cuba untuk memandang wajah Hani.
"Macam serius jer, kenapa sayang? Cakap je, mana tahu saya boleh tolong" Hani mengusap lembut tangan Arshad, sebelum tiba-tiba Arshad bangun.
"Saya nak minta maaf Hani"Arshad menundukan wajahnya.
"Kenapa ni wak? Jangan buat saya takut" tubuh Hani mula begetar, dalam hati dia cuba menafikan firasatnya.
"Maaf saya dah sakitkan hati awak, tapi saya rasa hubungan kita dah tak boleh diteruskan Hani. Saya...saya nak kita putus" tak sanggup rasanya Arshad mengungkapkan ayat tersebut, tapi daripada dia curang dan terus berbohong dengan Hani, ini yang terbaik.
"What? apa awak cakap ni sayang, awak tak seriuskan?" Hani meraih bahu Arshad untuk menghadapnya. Tak percaya rasanya kata perpisahan Arshad ucapkan.
"I'm serious, saya yang bersalah Hani, saya tak jujur. Tapi saya sunyi Hani, awak jarang ada dengan saya dan akhirnya saya jumpa Najwa dia hadir ketika saya perlukan awak. Hati saya yang kosong akhirnya mula hidup, dan saya temukan keselesaan di dirinya" Arshad perlu jelaskan perasaanya, walau dia tahu dia seolah menyalahkan Hani dalam hal ini, Arshad mahu Hani tahu semuanya.
Hani hanya diam membisu, matanya menatap sendu Arshad. Hati Hani benar-benar hancur. Hani cintakan Arshad, sangat cintakan Arshad. Bahkan Hani tak melihat sesiapa pun sebagai masa depannya, melainkan Arshad. Cuma sejak-sejak dia menjadi sebahagian dari team penanalisis pasaran menyebabkan dirinya selalu sibuk, sibuk dari biasa. Hal ini, menyebabkan Hani dan Arshad agak renggang.
Keyakinan Hani pada Arshad itu tinggi, dia yakin Arshad akan setia sebagaimana dirinya. Hani yakin cinta Arshad kuat, dan sekadar tak berjumpa itu hanya hal kecil. Tapi Hani silap Arshad hanya lelaki biasa yang ingnkan perhatian. Percintaan selama 3 tahun akhirnya tak bererti pada Arshad, bila dia lebih pilih Najwa yang baru muncul dan memberi rasa cinta yang sempat hilang.
Hani mengambil nafas sedalamnya, cuba menenangkan dirinya lagi emosi. Air mata yang turun tanpa disedari diseka kuat seolah-olah menghapus jejak air mata itu.
"Arshad saya selalu syangkan awak, saya..saya cintakan awak. Jauh ,macam mana pun saya selalu fikirkan awak. Saya tahu saya selalu sibuk tapi saya ingat awak faham, saya ingat awak boleh terima, sebab selama ini pun awak tak pernah merungut, awak tak pernah cakap yang awak terluka" Arshad menatap Hani dengan rasa bersalah, dia tahu dia tak patut hanya meyalahkan Hani sedangkan dirinya yang pilih untuk tidak setia.
"Arshad yang awak perlu adalah kejujuran, jujur tentang perasaan awak pada saya. Yang awak perlu buat adalah cuba perbaiki hubungan kita, kalau memang awak masih sayangkan saya, awak akan perjuangkan saya bukan cari alasan untuk tinggalkan saya. Tapi kalau awak bahagia dengan dia, siapa saya untuk halang kebahagiaan awak" Hani menyeka air matanya, mungkin ini yang terbaik, kalau Arshad sendiri tak nak perjuangkan hubungan ini, buat apa Hani perlu bertahan.
Akhirnya Arshad sedar, ni hanyalah alasan untuk berpisah, walaupun hati kecilnya masih menyayangi Hani. Tapi Arshad dah terlanjur mencintai Najwa, gadis sopan dan lembut juga merupakan rakan sekerjanya, Arshad tak boleh menapikan yang hatinya menginginkan Najwa dalam hidupnya., sehingga runtuh setianya pada Hani. Mungkin ini sudh takdir, hatinya berubah. Hani mengambil begnya diatas kerusi, dan terus berpaling untuk meninggalkan Arshad yang masih terdiam. Sebelum Hani berlalu, Arshad bersuara.
"Hani, saya minta maaf. Saya harap suatu hari nanti awak jumpa yang lebih baik dari saya, yang cintakan awak, yang memahami diri awak" Arshad menatap Hani dengan rasa bersalah yang menggunung.
"Itu sudah pasti, tak perlu awak risaukan saya lagi. Saya doakan awak bahagia Arshad" Hani terus berlalu masuk kedalam keretanya. Dia berlalu pergi membawa luka dihati, munafik rasanya kalau dia berharap Arshad bahagia sedangkan dirinya merana. Tapi apa boleh buat, hati manusia itu mudah berubah.
*vote please, support author. Tekan bintang je. Kalau sudi komen lagi baik😊
A/N : Tq sbb sudi baca, dan ini adalah cerita terakhir dalam Rahasia Hati.
YOU ARE READING
Rahasia Hati (Selesai)
Romantizm"Bagaimana yang dikatakan patah hati?" "Dimana bahagia ketika aku perlu?" Ini merupakan sebuah cerita pendek, bukan berseries, tidak diselitkan pengakhiran yang sempurna melainkan cerita-cerita yang menyayat hati. Sebab semua dari kita tahu, dunia b...