Di bulan Jun, pada hari ini hujan mecurah curah dengan lebatnya, seolah menguras segala rasa yang terpedam di dada langit. Meski jam menunjukan pkul 5 petang keadaan waktu itu agak gelap.
Aku masih betah berteduh dihentian bas berdekatan dengan dewan belajar di dewan kuliah 6, menunggu dengan harapan bas segera datang untuk aku pulang ke penginapan pelajar Sime Darby. Sebagai pelajar semester ke tujuh di UUM, aku begitu disibukan dengan tugasan-tugasan pelajar tahun akhir.
Dengan keadaan cuaca sebegini dan sendiri, penantian menunggu bas itu menjadi sedikit lama. Barangkali terlalu lebat untuk bas beroperasi. Dua rakanku yang selalu bersama mempunyai hal lain menyebabkan aku bersendirian pulang.
Ketika ralit memerhati langit yang tak ada tanda untuk hujan berhenti, aku melihat seseorang yang berdiri sedikit jauh dari hentian bas, bajunya lenjur diguyur hujan, kepalanya tergadah melihat langit, wajahnya tidak dapat aku lihat.
Perasaanku mula gelisah, hanya orang tak betul sahaja berkelakuan begitu, segala doa aku rapalkan semoga bas cepat-cepat sampai. Seketika aku berpaling ke arahnya sekali lagi dan mata kami bertembung. Bola mata indahnya menatap diriku, sedikit senyum terulas di bibirnya.
Dia berjalan perlahan ke arah ku, aku yang masih sedikit tergamam seakan tidak mampu berpaling dari menatap dirinya. Seperti ada satu magnet yang membuat aku terpaku melihatnya. Tanpa aku sedar dia telah duduk di sebelah aku.
"Apa ada yang pelik dekat muka saya?" suara bariton seorang lelaki terdengar jelas di telingaku, baru aku perasaan dirinya telah mengambil tempat duduk di sebelah.
Dari sini dapat aku lihat jelas wajahnya, wajah putih lesi, bibir tipis yang merah, serta warna mata indah nya yg seperti teh o suam dipagi hari,tapi lebam disudut bibir serta luka didahinya juga tercetak jelas. Dirinya sedikit mengigil, mungkin akibat hujan yang telah membasahi bajunya.
Aku hanya mengeleng kepala ku, lalu aku menatap kehadapan semula, tidak mahu terus terbuai dengan wajah kacak tersebut. Semu merah mula menjalar dipipi, aku takut jika dia tahu yang aku sedang tersipu malu.
"Baru habis kelas?" tanya nya lagi, barangkali dia cuba memecahkan suasana kekok ketika ini.
"Iya baru habis kelas logistik" kataku, aku melihat kearahnya, seulas senyum aku beri, luka didahinya masih aku perhatikan. Tanpa sedar,
aku terus mengeluarkan plaster luka dari beg. Aku sudah terbiasa membawa plaster luka kemana-mana memandangkan diriku yang agak sedikit gopoh.Tanpa persetujuan dia, plaster tersebut terus aku tampal didahinyaMatanya sedikit membulat dengan perlakuan aku, mungkin sedikit terkejut. Tangannya memegang dahinya yang telah aku tampal dengan plaster.
"Terima Kasih, lukanya pasti cepat sembuh" kata dirinya, senyum manis terpancar di wajah putihnya.
"Awak tak nak tanya apa-apa" si pemuda bertanya lagi, matanya melihat tepat diriku.
Aku melontarkan senyum kecil, sekali lagi aku gelengkan kepala. Walau bnyak soalan yang ingin aku lontarkan kepadanya, adalah lebih baik sebagai orang asing aku tidak ambil tahu. Terkadang dengan tidak mengetahui sesuatu adalah lebih baik.
"Saya baru habis bergaduh dengan kawan baik saya, cuba teka siapa menang?" tiba-tiba dia bersuara, aku melihat dirinya, sedikit melopong mendengar kata-katanya.
"Hahaha" dia tertawa kecil.
"Apa yang kelakar?" soalku.
"Muka awak tu, hahaha macam baru dengar saya bunuh orang je, relax kawan saya tak mati pun..." katanya bersahaja.
"Oh.." kataku singkat.
"Setakat ni la..." sambungnya. Mataku membulat mendengar perkataanya.
"Gurau-gurau" dia masih tertawa perlahan. Mungkin dia ni memang tak betul, pikirku.
"Saya harap awak menang"
"Apa?"
"Saya kata saya harap awak menang" kataku sekali lagi, dia tersenyum melihat aku.
"Tanpa tahu apa dan mengapa kami bergaduh, macam mana kalau saya jahat, saya yang mulakan pergaduhan tu" tanyanya serius.
"hmmm... entah, saya cuma rasa awak sendiri tak nak benda ni jadi" dia mengangakat keningnya sedikit Setelah mendengar jawaban aku. Firasat aku mengatakan yang dia juga tak mahu benda itu terjadi, walau dia masih boleh tersenyum namun matanya tampak sedikit sedih.
Hmph..terdengar keluhan keluar dari mulutnya. Matanya memandang ke dada langit yang masih mencurahkan hujan.
"Awak selesa diajak bersembang" dia berkata lagi.
"Oh ya" jawab ku, dia menganguk.
"seperti sudah lama kenal, rasa macam saya boleh kongsi segala benda, hari ni hari sial..terima kasih dah buat mood saya baik sedikit" katanya panjang lebar, aku trgelak kecil.
"Sama-sama, semoga hari-hari awak ke depan sentiasa baik" dia mengulum senyum tipis.
Setelah itu aku melihat kearah jam di tangan aku, yang sudah menunjukan 5.45 petang, ini bermakna sudah 45 minit aku berada di sini.
Bunyi suara bas mula kedengaran, akhirnya penantian aku berakhir. Aku bangun, payung dibuka sebelum menuju kearah bas yang sudah berhenti di depan. Sebelum melangkah lengan baju aku ditarik menyebabkan aku berpaling kebelakang. Pemuda tadi tersenyum mesra, senyuman yang tulus dan ikhlas.
"Aidan Zafril, fakuliti undang-undang" katanya singkat.
"Dahlia, fakuliti Bisnes" jawab ku, senyum aku berikan. Setelah itu aku berlalu menaiki bas. Dari tingkap aku melihatnya yang masih berteduh di perhentian bas tersebut, barangkali menunggu bas lain.
Singkatnya pertemuan namun memberi kesan, sedikit harapan aku taruh, semoga akan ada pertemuan kedua.
#vote
#thankyouforread
#komenlagibest
YOU ARE READING
Rahasia Hati (Selesai)
Romance"Bagaimana yang dikatakan patah hati?" "Dimana bahagia ketika aku perlu?" Ini merupakan sebuah cerita pendek, bukan berseries, tidak diselitkan pengakhiran yang sempurna melainkan cerita-cerita yang menyayat hati. Sebab semua dari kita tahu, dunia b...