A/N : Please play the song, so you can get the feeling when read this story. Saya cuba sampaikan perasaan dalam cerita ini melalui lagu ini. Cerita ini terinspirasi dari lagu Honestly by Monsta X. Saya harap korang boleh faham cerita ini dari lagu diatas. SELAMAT MEMBACA :)
PERASAAN
Aku menunggu Aria didepan rumahnya, sementara Aria bersiap aku nyalakan sebatang rokok, sambil bersandar dipintu kereta, aku hisap rokok tersebut sebelum melepaskan asapnya perlahan-lahan. Setelah beberapa minit aku melihat Aria keluar dari pintu rumahnya, dia memakai dress berwarna biru lembut, bersama sneaker putih, rambutnya yang panjang beralun dibiarkan lepas. Dia cantik seperti biasa.
"Hey, sorry lambat" Aria tersenyum melihat aku. Aku membuang puntung rokok kebawah sebelum memijak rokok tersebut.
"Jayden tak elok la merokok, tak sehat..."Aria menampar lengan aku perlahan, dia mengoyang-goyangkan jari telunjuknya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Aku hanya tersenyum tipis, lalu kami pun masuk kedalam kereta.
"Dah makan?" Aku dengar Aria bertanya, sedang aku masih fokus memandu.
"Emm, dah" Aku hanya menjawab ala kadar sahaja hanya memenuhi soalan yang ditanya. Walaupun mata aku masih setia menghadap jalan aku dapat rasakan yang Aria memandang kearah aku. Kami hanya diam, perjalanan kami hanya ditemani dengan lagu-lagu diradio, selepas beberapa minit dia bersuara lagi.
"Saya lapar, kalau awak teman saya makan boleh?" aku memandang kerah Aria sekilas sebelum memandang semula kedepan. Dia masih tak berubah masih seperti semalam masih seperti pertama kali aku bertemu dia, Aria yang lembut dan manis. Sedangkan aku, aku yang berubah aku tak seperti semalam, semalam waktu hati aku masih berdebar bila bertemu dia, kini debaran itu pun hilang seiring waktu.
"Awak nak makan kat mana?" Aria bertanya, selalunya aku yang akan bertanya sama ada dia dah makan atau belum, macam mana hari yang dia lalui, dia okay ke tak, tapi sekarang perasaan aku pada dia tak seperti dulu, akhir-akhir ini aku banyak berpikir, perlukah aku berterus terang pada Aria tentang perasaan aku pada dia atau biar sahaja hubungan kami macam ini. Berpura-pura kami bahagia sedangkan hati kami menangis?
"Kita makan dekat Catania Restaurant, boleh?" aku memberikan cadangan. Memandangkan restoran tersebut sememangnya menyajikan masakan yang sedap dari western food sampailah masakan panas yang lain.
"Saya okay jer asalkan dengan awak, hihihihi" jawab Aria ceria. Aku melihatnya sekilas, membalas senyumannya. Senyum yang buatkan aku jatuh cinta padanya sewaktu-waktu dahulu.
Setibanya kami di Catania Restaurant, aku memilih tempat duduk yang sedikit hujung. Seorang pelayan datang kepada kami dengan membawa menu.
"Emmm, saya nak teh ais dengan Nasi Goreng Tomyam dan awak sayang nak makan apa?" Aria melihat aku, sambil mengangkat kedua keningnya.
"Bagi saya Kopi o Ais" pelayan tersebut hanya menganguk sebelum mengambil menu yang dia bawa tadi.
"Saya tak sempat makan tadi, sibuk siapkan tugasan Prof Suji, tak perasan jam dah pukul 4 petang, pastu apa lagi kelam kabut la saya siap-siap" Aria memulakan ceritanya dengan semangat, Aria sememangnya ceria, dia sentiasa ada benda yang ingin dikongsi. Cerita tentang kawan-kawan universiti dia yang gila-gila, tentang tugasan kerja yang makin bertambah atau tentang kerja berkumpulan yang meyusahkan hidup dia.
Aku hanya menganguk-anguk mendengar cerita Aria, sesekali aku tersenyum mendengar ceritanya. Aku hirup Kopi O ais yang aku pesan tadi, sehingga habis. Nasi goreng yang dimakan Aria pun telah habis dimakan, aku rasa dia memang lapar memandangkan tak ada sebutir nasi pun yang tertinggal dipingannya. Aku pergi ke kaunter untuk membayar bil kami, dan terus keluar meninggalkan restoran tersebut.
YOU ARE READING
Rahasia Hati (Selesai)
Romance"Bagaimana yang dikatakan patah hati?" "Dimana bahagia ketika aku perlu?" Ini merupakan sebuah cerita pendek, bukan berseries, tidak diselitkan pengakhiran yang sempurna melainkan cerita-cerita yang menyayat hati. Sebab semua dari kita tahu, dunia b...