Umairah membelek wajahnya sekali lagi pada cermin. Senyuman terukir tanda puas
"Umairah!!!!!!!!!!!" suara Aina memecah kesunyian di dalam rumah Umairah. Umairah mula kelam kabut apabila mendengar suara tinggi ala oprah milik Aina yang memenuhi ruang rumah Umairah.
"Kejap!!" Umairah menjerit balas. Cepat-cepat Umairah memberi sentuhan terakhir terhadap tudungnya lalu mengambil beg tangan kemudian menggantungnya ke bahunya. Umairah kemudiannya berlari-lari anak ke arah Aina yang sedang menunggu di hadapan rumah Umairah sambil bercekak pinggang.
"Cepatlah. Sarah tengah tunggu tu dalam kereta," Aina membebel pada Umairah yang sedang sibuk mencari kasut yang sesuai dengan bajunya.
"Ya. Ya. Aku faham," Umairah berkata sambil memakai kasutnya. Selesai dengan urusan kasutnya, Umairah terus berlari ke arah kereta Myvi meninggalkan Aina keseorangan.
"Sarah!" Umairah menjerit nama sahabat baiknya. Pintu kereta Myvi itu dibukanya lalu tubuh kurus Sarah dipeluknya kuat. Rindu sangat. Aina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Umairah yang seakan-akan kebudak-budakan. Sarah pula hanya tersenyum seperti biasa.
"Hish! Engkau ni! Lepaskan budak Sarah tu, dia sa... ops," Aina memerhati gerak-geri Sarah yang cuba menghalang Aina daripada terlepas rahsia besar antara mereka berdua.
"Dia sa?" Umairah bertanya. "Apanya?"
"Nanti dia lemas," Aina menepuk tangannya sekali. Senyuman yang terukir dibibir sengaja di'fake'kan kerana dia tahu yang Umairah akan tertipu dengan hanya sebuah senyuman walau tidak berapa ikhlas.
"oooo? Ha'ah lah. Kesian Sarah nanti. Irah minta maaf," pelukan dileraikan perlahan-lahan. Serta-merta Umairah mengambil tempat duduknya di bahagian seat belakang sementara Sarah dan Aina duduk di seat depan. Aina, of coursela. Dia yang kena memandu tak akan nak duduk blakang pula. Tidak ke pelik bin ajaib namanya kal memandu tetapi duduk seat belakang. Siapa yang pernah tengok benda yang pelik sebegitu rupa?
Dengan itu mereka pun berlalulah ke arah destinasi mereka pada hari itu. Tempat yang di mana mereka boleh bersuka-ria menikmati hari muda mereka bersama.
##################
"wah! Kita dah sampai," Umairah menjerit riang apabila menapakkan kakinya ke tanah. Rasa letih sebentar tadi duduk berlama-lamaan di dalam kereta akhirnya dapat dilepaskan.
"Ye. Aku faham kau 'excited' sekarang ni tapi bawalah bersabar dulu. Jangan kabut sangat," Aina cuba menenangkan Umairah yang mula terkinja-kinja macam budak kecil. Sarah pula hanya tersenyum pahit.
"Aku tengah sabarlah ni. Kau kena faham gaya aku bersabar macam ini lah. Aina nanti kalau ada DDR kita main sama-sama tau," Umairah berkata riang. Dia tidak sanggup meminta Sarah bermain bersama kerana sejak kecil lagi Umairah sudah maklum bahawa Sarah mempunyai penyakit asma.
"Ya. Ya." Aina menjawab malas. "Jomlah masuk. Nanti budak bertuah ni bising lagi," Aina mengusik.
"I am gifted. That is why aku bertuah," Umairah membalas usikan Aina.
"ini first-time tau aku dapat pergi Legoland. Dah lah mahal bukan dapat pergi pun sentiasa," umairah menyatakansebaik sahaj Sarah selesai urusan membayar tiket masuk ke Legoland.
"Terima kasih tau Sarah. Saya sayang awak sangat-sangat," sekali lagi tubuh kurus Sarah dipeluk erat. Kemudiannya, tangan kecil Sarah dirangkul kemas lalu Umairah menarik Sarah dan Aina bersama-sama masuk ke dalam Legoland.
#######################
"Bestnya. Hari ni hari yang paling seronok sekali," Umairah menyatakan.
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
RandomThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...