Aku termenung melihat awan yang jauh di langit. Dalam pada itu, hatiku berbisik, "Kau tahu apa? Andai kau awan pasti kau tak perlu memikirkan segala masalah ini". Kala itu aku hanya mengeluh perlahan. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu diselesaikan. Aku menggosok kepalaku dan menyerabaikan rambutku yang memang sudah sedia cukup serabut dan melihat ke arah tingkap di mana cahaya memasuki ruang gelap di dalam rumah itu.
Beberapa renggangan dilakukan sebelum aku mula bertindak bangun dari tempat aku duduk. Melihat sekeliling, di dalam rumah yang dulunya dipenuhi jejaka yang seusia denganku. Kami bergelak ketawa dan menghayati maksud keremajaan itu bersama-sama. Aku tahu kami tidaklah berapa cerdik mahupun berkerjaya untuk menampung kehidupan masing-masing tetapi bekerja sebagai pelayan di kafe atau mungkin juga pelakon teater upahan atau apa-apa sahaja sudah cukup untuk menampung hidup kami pada suatu masa dahulu.
Tetapi sekarang, satu demi satu rakanku mula meninggalkan aku bersendirian di rumah ini. Apalah nasibku. Kata mereka, mereka sudah matang. Maka seharusnyalah mereka berhijrah ke suatu tempat yang lebih baik. Mengenal maksud kehidupan dan mencari kepuasan hidup dengan berkhidmat kepada masyarakat dalam sekto-sektor tertentu.
Aku pula? Masih terperangkap di duniaku sendiri. Kegelapan yang aku sendiri cipta.
Bukan apa? Orang di sekelilingku sendiri tidak mahu menerima diriku. Kata mereka, aku gila dan tak matang. Badan sudah besar, fikiran masih lagi keanak-anakan.
Mengapa? Semuanya berpunca apabila aku menyuarakan pendapatku untuk menjadi rapper. Cool apa jadi rapper? Ada swag, ada gaya tetapi semua orang tak sokong aku. Kata mereka, mana nak sara hidup kalau aku hanya mempertontonkan kepada orang lain lidah aku yang bergerak laju menutur setiap patah perkataan.
Kadang-kala, aku hanya merengus mendengar bantahan mereka. Aku tak suka idea aku dibantah oleh orang lain. Ini hidup aku. Mengapa aku todak boleh lakukannya mengikut gaya aku sendiri? Aku sendiri sedar kelebihan aku sendiri, kelemahan aku, semuanya tentang diri aku. Di dunia ini, kita kena cipta diri kita bukannya mencari diri kita. Oh, mungkin sahaja mereka tidak sedar bahawa aku percaya pada kata-kata itu. Mungkin sahaja.
Segera aku bergerak ke meja tempat aku biasa melakukan kerjaku. Kertas dicapai berserta pen dakwat hitam. Entah mengapa, timbul pula idea untuk menulis rap baharu. Dengan segera jari-jariku lincah menulis satu-persatu perkataan yang bermain di mindaku. Pada kala itu mulutku terkumat-kamit cuba membuat rentak bagi rap yang ditulis itu.
Ya, benar. Aku tulis lirik aku sendiri. Aku juga cipta lagu aku sendiri. Dengan teknologi segalanya boleh dilakukan.
Mungkin orang akan tertanya, mana aku dapat duit beli itu semua? Segala perkakas instrumen muzikal itu dibeli oleh aku sendiri. Guna duit simpanan aku selama ini dan hasil jualan barang kawan-kawan aku yang dah lama tinggalkan aku. Mujur mereka tinggalkan barang yang aku tak akan guna lagi jadi aku juallah untuk jadikan modal supaya aku boleh jadi komposer.
Butang keyboard aku tekan satu persatu. Aku mahu mencari nada yang sesuai dengan mood aku sekarang ini. Rapping. Sendirian dan hampir rapuh.
Walaupun aku langsung tiada sokongan tetapi aku yakin. Satu-persatu nada dicuba dari bawah ke atas. Dari kuat ke perlahan. Dari major ke minor. Dari part A ke part D. Dari dalam ke luar. Dari geraman ke siulan. Akhirnya, aku menemui beat yang agak sesuai. Hanya perlu digubah sedikit.
Maka, itulah dia hanya rough part daripada apa yang aku kompos. Tubuhku beralih ke komputer pula, memasukkan satu persatu input bunyi yang telah dirakam dan mula merekodkannya. Aku cuba smoothkan bunyinya. Berjaya. Lagu ini hampir kedengaran natural di telinga pendengar di luar sana, mungkin. Mungkin orang kata oku macam tiada kerja tapi inilah dia kerja aku yang sebenarnya since aku hanya ambil part time sebagai underground rapper kat kelab yang sangat terpencil di hujung bandar.
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
RandomThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...