Tahun ini adalah tahun ketiga terakhir aku bepuasa sekaligus beraya tanpa Nenda tersayang. Tepat jam 11.30 pagi hari Rabu 9 Jun 2015, Nenda pergi meninggalkan kami semua. Nenda seorang yang penyayang, baik dan tidak pernah mengata orang. Pabila orang bertanyakan pendapat tentang orang lain (gosip), Nenda hanya berkata "Biarlah," ataupun "Tak pelah,".
Saat-saat terakhir sebelum Nenda menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu 12 hari sebelum itu, Nenda terkena strok kecil. Sebelum itu, Nenda ada memberitahu Mak Long yang Nenda ada termimpikan arwah Atuk datang kepadanya. Masa itu, hanya ada Nenda, Atuk dan suami Mak Long.
Sewaktu Nenda sakit, Nenda selalu kata, "kalau Nenek sihat, tentu Nenek tengah masak, sapu sampah, sidai baju,". Aku menjadi sayu kerana Nenda yang menjagaku dari kecil. Nenda yang jaga pakai minumanku sampai aku berusia 5 tahun.
Seperti yang aku katakan tadi, tepat jam 11.20 Nenda tenat. Hanya 10 minit sahaja. Jam 11.30 pagi, Nneda pergi buat selama-lamya untuk berjumpa dengan 'Azza Wa Jalla'.
Kami semua pulang ke kampung. Aku sampai di kampung halaman jam 3.05 petang. Sewaktu kami sapai, Nenda baru nak disembahyangkan. To Imm tidak benarkan kami melihat muka Nenda. Tapi, berdasarkan orang kampung bercerita, ketika memandikan jenazah Nenda, Nneda seolah-olah anak dara yang baru dipotongkan rambut. Sangat cantik.
Tepat jam 3.30 petang, jenazah Nenda dibawa pergi oleh orang kampung dengan menaiki van jenazah ke tanah pekuburan Kampung Selabak, Teluk Intan. Aku tidak dibenarkan pergi kerana ibu risau sekiranya aku menangis teresak-eask dan meraung di tanah perkuburan sekiranya aku tidak dapat menerima pemergian Nenda tersayang. Hanya aku cucu yang rapat dengan Nenda selain Kak Long, Kak Siha dan Abang Rahimi (Emy).
Aku agak terkilan. Aku hanya melayani perasaan sedih kerana aku tiada tempat untuk bermanja selain ibu bapaku. Aku agak terkesa kerana sebelum aku balik Klang pada tarikh 7 Jun 2015, ketika menyalami Nenda, Nenda berpesan, "Ain, belajar elok-elok. Dapatkan keputusan yang bagus. Dengar kata ibu dan ayah, solat jangan tinggal.".
Sewaktu itu aku melihat mata Nenda. Waktu itu, mata Nenda nampak lain sangat. Seolah-olah itu adalah pandangan terakhir aku melihat Nenda tersayang. Seolah-olah Nenda tahu itulah kali terkahir Nenda melihat mukaku. Aku sangat sedih sebab aku tidak sempat berjasa kepadanya dengan menjaga pakai minumnya. Ketika Nenda sakit, aku tidak dapat memberikan 100% perhatianku kepada Nenda kerana aku sibuk dengan tugasan. Tahun itu aku menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun 2015.
Aku tidak sangka Nenda pergi secepat ini. Pernah aku menyalahi takdir. Kenapa Dia mengambil Nenda dari aku sebelum sempat aku berjasa dan membalas budi baiknya?
Akhirnya aku sedar bahawa berdosa sekiranya menyalahi takdir kerana Dia telah menentukan dan menetapkan segala-galanya. Betullah kata orang-orang dahulu, 'kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menetapkannya'.
-12 Jun 2018-
Credited to Ain Syazwani binti Ahmad, someone that i knew when i was 15. It was a coincidence that i saw her shot today and she said 3 years apart from the date shown. I don't know if this a true story but if it's true, i'm sorry if i step to the illegal line of your family, Ain. It's been a long time.
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
RandomThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...