Bang!
Sekali lagi! Aku hanya mengeluh perlahan tatkala mendengar bunyi meja dihempas kuat oleh yang kusangka pasti bapaku. Terus kumenarik selimut menutupi seluruh tubuhku. Ibu dan ayah seringkali bergaduh sejak kebelakangan ini. Aku tak pasti kenapa tetapi aku salahkan ayah atas segalanya.
Abang kata jangan salahkan sesiapa. Di mataku ayah tetap salah. Kenapa ayah yang salah? Aku tak tahu, yang pasti aku selalu dengar ayah yang tengking ummi dulu. Aku selalu dengar ummi menangis sebab ayah. Ayah tak pernah rasa bersalah buat ummi menangis.
Ayah...
Ayah...
Ayah suami yang kejam terhadap isterinya, ummi.
Ayah lelaki yang tak menghargai wanita yang telah mengandungkan zuriatnya.
Tak sedar dek untung. Itulah yang selalu bermain di benak fikiranku. Ayah kejam!
Hari menanti hari, hubungan ayah dan ummi semakin parah. Pinggan yang retak itu, tidak beleh ditampal kembali. Keadaannya seolah-olah pasu kesayangan ummi yang diberi oleh nenek. Retak dan bersepai setelah ayah bertindak ganas mencampakkan payung ke arah pasu tersebut.
Pasu tu berharga. Aku tahu pasu tu berharga di hati ummi. Tapi, kenapa ayah tergamak buat macam itu kat ummi? Aku tak tahu kenapa. Apa yang ayah benci sangat pada ummi. Baggiku, ummi adalah wanita terbaik di dunia. Ayah yang jahat!
Mendengar bunyi dentuman itu lagi, aku terus menutup telingaku dengan bantal. Walaupun aku sudah memakai earphone, namun itu tidak mampu menut.up bunyi ayah yang melepaskan amarahnya pada ummi. Amarah ayah bak bunyi letupan bom di Gaza dan Palestin. Membunuh roh yang tidak berdosa di dalam tubuh jasmani ummi – serta anak-anaknya.
Alangkah bagusnya jika abang ada di sini. Namun abang pergi belajar nun jauh di New Zealand. Kalau abang ada di sini, abang akan cuba tenangkan diriku. Abang akan cuba hilangkan fikiranku terhadap ayah dan ummi.
Seketika termenung dan berfikir dalam, kudengar hempasan pintu yang kuat serta tangisan perlahan ummi dari luar bilik. Ummi jarang menangis lepas ayah marah. Ummi? Kenapa ummi menangis? Ayah marah ummi lagi terukkah?
Ayah kejam! Itu yang aku fikirkan. Ayah kejam sebab ayah buat ummi menangis.
Perlahan, aku cuba untuk keluar dari 'kepompong' bantalku. Membuatkanku keluar dari zon selesaku yang sebenarnya menyesakkan bagiku. Tangisan ummi yang teresak-esak bergema di setiap sudut rumah, hiba dan sedih. Semuanya kerana ayah.
"Ummi," perlahan aku menegur setelah keluar dari bilik. Kulihat ummi sedang menekup wajahnya. Kedudukan ummi sangat hiba. Aku terlempang sekali oleh kesedihannya. Kucuba menahan air mata daripada jatuh ke pipi. Melihat ummi sebegitu, buat aku juga turut bersedih.
Kulihat ummi segera mengesa air matanya setelah mendengar panggilanku. Barang kali cuba menyembunyikan kesedihannya, dia mencuba yang terbaik untuk menunjukkan kepada kami, keindahan dunia. Namun, aku tahu di sebalik itu, terpalit kaca sedalam-dalamnya di hati ummi. Dunia ni tak mudah. Ummi cuba sorokkan hal tersebut.
Beberapa bulan selepas itu, ummi dan kami, se-adik-beradik hidap tanpa ayah. Nampak mudah bagiku. Namun aku tahu, ummi terasa keperitannya. Aku tahu, betapa ummi sayangkan ayah. Ummi tak sanggup tinggalkan ayah. Aku ingat tangisan ummi bergema tatkala ayah mengucapkan lafaz cerai di mahkamah. Ayah senang-lenang memutuskan hubungan suci itu walaupun ummi tak sanggup.
Aku rasa perkara ini agak menyakitkan hati. Lelaki mudah sahaja berfikir tanpa otak di dunia kini. Tapi, tak semua lelaki sebegitu.
Aku duduk di sofa bermalas-malasan sambil mendengar lagu. Namun, aku tidak tahu mengapa lagu itu langsung menampar diriku.
Liriknya. Related gila.
"So weird, I for sure loved you so much
Adapted to you with everything, I wanted to live my life for you
But as I keep doing that I just can't bear the storm inside my heart
The real myself inside the smiling mask, I reveal it entirely"
Bukan pada diriku, namun kepada situasi di sekeliling ku sekarang.
Ummi.
Seketika aku termenung ummi datang menegur. "Buat apa tu?". Aku hanya tersenyum pahit.
"Ummi, cuba ummi dengar ni lepas itu, ummi baca liriknya," pintaku perlahan. Ummi terpinga-pinga mendengar permintaanku. Perlahan-lahan ummi pasang earphone di telinganya, aku boleh baca ketidakpastian yang tertulis jelas di wajahnya. Setelah ummi selesai meletakkan earphone tersangkut kemas di bibir telinganya, aku menekan butang 'play' di telefon pintarku. Lagu yang aku dengar tadi terus bermain.
Tidak sampai satu minit, ummi minta aku berhenti.
Kami terdiam.
Aku cuba baca wajahnya, kosong dan penuh dalam masa yang sama. Aku tahu yang ummi sedang berfikir dengan dalam sekarang. Maka, aku perlahan bangun meninggalkan ummi di ruang tamu berseorangan – biar sahajalah dia berfikir. Mungkin lagu tadi telah memetik sesuatu di dalam sanubarinya, sebagai seorang kekasih suaminya sendiri dan sebagai seorang ibu.
Lama juga ummi berfikir. Dalam dua hari selepas kejadian itu, ummi datang duduk di sebelahku ketika aku sedang menonton televisyen. Dia mengusap perlahan rambutku yang memang kupotong pendek – aku tak suka bela rambut lebih selesa berambut pendek, biar yang lain panggilku lelaki tetapi itu adalah aku.
"Ummi, kenapa ni?" aku terus bertanya. Aku rasa pelik tetapi selesa apabila ummi usap rambutku lama-lama. Matanya langsung tak memandang tv yang terpancar lebih terang dari kulit aku yang tak lawa ni. Aku dengar ummi ambil nafas panjang, perlahan-lahan melepaskan tangannya dari rambutku.
"Terima kasih sebab sedarkan ummi," kata ummi. Aku mengangguk faham. Benarlah anggapanku. Ummi terkesan dengan liriknya.
"Ummi tak tahu kenapa? Tapi ummi rasa yang ummi selama ni tak pernah pun sayangkan diri ummi. Ummi lebih sayangkan ayah kamu daripada diri sendiri. Sedangkan anak-anak ummi, ummi ajar untuk menghargai diri kalian semua. Ummi langsung tak buat apa yang ummi ajar pada korang. Ummi baru sedar," kata-kata ummi tidak terhenti di situ sahaja. Aku nampak bibirnya cuba mencipta perkataan, seolah-olah ummi hilang kata-katanya.
Kupeluk tubuh ummi, sementara itu ummi merangkul kemas wajahku di dadanya. Sekali-sekala aku dapat rasakan ummi mencium ubun-ubun rambutku.
"Ummi minta maaf sebab ummi tak sedar selama ni," katanya. Air matanya mengalir buat kesekian kalinya. Aku turut sebak.
Kami belajar sesuatu yang penting bersama.
Kita kena sayang diri kita dulu sebelum kita sayang orang lain, sedangkan diri kita tak terjaga, nak sayangkan orang lain? Perasaan sayang dan cinta ini bawa maksud besar dalam kehidupan. Live to love. Hampir sama dan saling merangkul sesama sendiri.
Love yourself is the answer.
a/n: a long journey finally meet the end so.... i wrote this one for so long inspire by this one army that told other armys in twitter and yup! Her or his parents divorced living with the mum and they finally realizing about love their-selves through bts. This is like very beautiful.
-8/11/2018-
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
De TodoThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...