Jejaka Pilihan Ayah dan Bonda

10 0 0
                                    


Aku tahu in semua tidak adil buat diriku... Aku juga tahu ini semua sudah terjadi dan sudah terlambat buat diriku perbetulkan semua keadaan yang berlaku. Aku dipaksa untuk mengahwini seorang jejaka pilihan orang tuaku oleh bonda. Jejaka yang telah aku kenal buat sekian lamanya. The most important is. AKU BENCI DIA!!

Angkara fitnah yang dibuat ke atas diriku cukup berat. Semuanya angkara dia. Setelah sedar akan kesilapannya, terhegeh-hegehlah dia cuba memujukku dan cuba memperbetulkan keadaan semata-mata mahu mengambil hati ku. Namun, aku tidaklah selemah itu tertipu dengan pujukan lelaki. Fitnah yang dilempar sendiri sudah dijilatnya kembali. Dia cuba membersihkan namaku ketika aku digantung kolej disebabkan fitnah tersebut. Banyak tohmahan yang dilemparkan kepadaku sehingga dekan sendiri pergi mencariku di bilik kuliah.dekan tidak percaya akan apa yang dilemparkan oleh pelajar kolej. Dekan adalah sahabat baik bonda dan abah dan dia sendiri yang memberitahu perkara tersebut kepada bonda dan abah tanpa pengetahuan aku.

Bonda dan abah kecewa akan apa yang berlaku. Mereka lebih kecewa terhadap aku kerana merahsiakan perkara ini kepada mereka. Dekan telah berjumpa dengan jejaka tersebut untuk menerangkan dan memperbetulkan semua yang terjadi. Dekan teah berjanji untuk tidak melibatkan orang tuanya dalam kes ini. Jejaka tersebut telah pun berjumpa dengan ibu bapaku dan meminta maaf di atas kejadian tersebut

Sekiranya semua mahu tahu siapakah gerangan jejaka in sebelum anda semua mencari namanya di dalam cerita ini, biarlah saya yang beritahu terlebih dahulu. Nama sang jejaka ini ialah Harriz Fazlan. Dengar namanya macam biasa jer tapi perngainya, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa buruknya. Nasib baik muka hensem, sedaplah sikit mata memandang.

Lebih kurang setahu dua bulan sudah aku sudah mendirikan rumah tangga bersam Harriz Fazlan dan kami baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kami namakannya Syarif Roslan. Usianya baru sahaja dua minggu. Maknanya aku masih lagi dalam tempoh berpantang sekarang ini. Harriz Fazlan pula kin, punyalah romantik dan baik giler. Dia layan aku macam aku ni permaisuri.

Mula-mula kahwin dulu memanglah tak ngam tapi bila dah kenal barulah tahu perangainya bagaimana. Dia buat macam tu masa dulu-dulu sebab dia nak tahu hati budi aku denga ikhlas. Dia terima baik, buruk, kelebihan dan kekurangan aku seadanya.

Betullah kata orang tua, jidoh pilihan keluarga adalh yang terbaik buat anak-anak kerana mereka sudah siasat dulu latar belakang bakal menantu mereka dulu. Jadi terimalah mereka sekiranya kita mesih lagi solo dan single. Kalau dah ada pilihan bincanglah dengan mereka elok-elok dan minya pihak lelaki masuk meminang.

Ps: hye you alls. It's been a while. Well. I want to say that this story is actually not mine but my friend's. She want me to update it in my blog so i just copy and paste. I am sorry if you not understand this story as well because i am also don't understand what she want to tell in this story. This is sad.

VIOLET'S RANTSHOTWhere stories live. Discover now