Aku hanya terimbau kembali saat aku baru berumur 16 tahun, berbeza sekali dengan diri aku yang sekarang. Waktu aku punya aim hanya berterusan untuk membetulkan segala yang tak betul kat mata aku.
Hah!
Aku noob waktu tu. Tak tahu nak beza yang cara tu betul atau tidak.
Bila fikir balik memang aku yang dulu beza gila dengan diri aku yang sekarang.
Diri aku yang dulu lebih stable. Tapi masih muda dan mentah. Serabut kan? Perempuan, biasalah tu.
Rindu pula waktu tu. Bila semua benda kita dah ada aim and just nak follow the aim. Sekarang aim tu dah lari entah ke mana. Aim aku sentiasa berubah, macam maybe every day ada sahaja aim baharu, last-last aku lost.
Tapi bukan itu yang aku nak buka cerita sekarang ni. Bukan tentang aku – mungkin sedikit fasal aku, but mostly bukan aku. Ini fasal kawan sekelas aku waktu aku 16 tahun tu, kat sekolah. Sebab apa aku nak cerita fasal dia? Sebab dia ada kaitan dengan aku, dan mostly sebab sekarang aku rasa terpukul giler dengan apa yang aku pernah buat kat dia. Aku bodoh waktu tu.
Aku bodoh sebab aku tegur dia benda yang aku akan buat, atau aku dah buat sekarang ni.
Aku ada ceritanya.
Aku tegur seorang budak perempuan ni, dalam kelas aku. Dia..... bagi aku waktu tu macam tak masuklah dengan aku. Bagi aku dia the definition of perempuan murahan. Orang kata, macam tulahkan.
Sampai sekarang aku tak faham apa yang aku anti sangat dengan budak perempuan ni waktu tu – waktu tu je la.
Aku bagi dia surat, cerita pasal mutiara. Mutiara yang dijaga rapi. Tak pernah rosak – bahkan calar sekali pun tak akan pernah. Namun, jikalau tidak dijaga rapi. Pencuri, perompak dan apa-apa sahajalah akan cuba kurangkan nilai mutiara tu. Aku bagi dia perumpamaan perempuan sebagai mutiara tu sebab, perempuan tu berharga. Walau disentuh macam mana pun, dia tetap berharga. Apa yang bezakan wanita? Nilainya. Macam mutiara. Yang rosak nilai dia sikit. Yang cantik, nilainya tinggi, kan?
Reaksi dia waktu dapat surat tu?
Dia mengamuk. Dia tuduh aku yang tulis surat tu. Tapi aku tak mengaku. Satu kelas percaya yang tulis surat tu bukan aku. Sebab apa? Sebab... aku pendiam dalam kelas, aku bercakap dengan certain people only. Tapi, waktu tu naluri remaja aku suruh aku memberontak dalam senyap.
Dia tuduh aku sebab dia tahu aku nampak waktu dia tengah dating dengan seorang lelaki dalam kelas. Dia fikir, siapa sahaja yang tahu pasal tu hanyalah aku. Salah! Cikgu-cikgu semua dah tahu. Cerita dia sahaja. Satu bilik guru, bilik mesyuarat tu semua meletup. Cikgu tak suka dia sebab dia banyak skandal dengan pelajar lelaki. By the way, lupa beritahu, sekolah aku bukan sekolah agama. Kami hanya terlalu tekankan konsep agama tu.
Dia bagi aku satu surat. Aku simpan lagi.
Dia tuduh aku. Dia suruh aku mengaku tapi, aku tak mengaku. Kelakarnya, aku tahu yang dia cuba baca buku nota aku sebab aku selalu tulis apa yang aku buat dalam tu. Aku tak tulis pasal dia. Aku tahu dia cuba cari eviden untuk salahkan aku. Sayangnya, dalam buku tu hanya dipenuhi dengan cerita yang aku tengok dalam media sosial tentang korea. Boo boo the fool!
Selepas beberapa hari, dia senyap. Dia mula penat tuduh aku.
Tetapi dia buat lagi kesilapan dia yang lalu. Aku geram so aku tulis lagi satu surat. Aku bezakan bunga mawar dengan bunga ros. Dua-dua lawa. Bezanya, pada duri. Mawar tak protect diri dia dengan duri yang tajam seperti ros. Lagi satu pada harganya di kedai bunga. Mawar lagi murah berbanding ros. Dan akhir sekali lambang mawar dan ros. Orang lebih suka worshipkan ros berbanding mawar, mawar hanya gimik bagi ros kerana ros jauh lebih berharga.
Kali ni, dia marah. Tapi dia tak tuduh aku. Dia tuduh senior. Lelaki. Sama juga sebabnya dengan aku. Sebab senior tu nampak dia dating.
Namun, cerita surat kedua tu macam berhenti begitu sahaja dalam kelas aku. Apa yang aku tak tahu? Cerita surat tu dah tersebar dalam kalangan guru-guru. Laju juga wifi cikgu aku ni.
Aku tahu sebab waktu tu aku jumpa ustaz. Ustaz tu tanya pasal pengawas. Dia tanya aku tak mahu jadi pengawas dan aku menolak tawaran dia. Alasanku kerana aku pelajar yang senyap dan tidak aktif. Pasti aku tak dapat mengawal pelajar di sekolah.
Tiba-tiba dia tanya pendapat aku tentang calon pengawas – budak perempuan tadi, dia calon pengawas. Aku hanya berkata kepada ustaz, "Saya kurang pasti tentang tu. Ustaz pun tahu betapa saya duduk di bawah kepompong saya sekarang ni. Cuba mengkaji alam sebelum menunggu masa yang sesuai untuk jadi rama-rama walaupun saya tahu hidup saya hanya sementara,". Kulihat ustaz ketika itu senyap. Seolah-olah brfikir panjang.
"Kamu tahu bukan yang dia tuduh kamu?" ustaz bertanya lagi. Aku hanya tersenyum, aku tak akan dedahkan tentang diri aku walau sedikit. Ego aku tinggi! Menggunung bak everest.
"Tentang apa dia tuduh saya tu?" aku pura-pura tak tahu. Di hujung mata ku, kulihat dia baru sahaja masuk ke dalam bilik guru, sesekali menerima pandangan jijik beberapa orang guru. Dia nak jumpa guru disiplin.
"Pasal satu surat, cantik ceritanya, tentang mutiara," kata ustaz lagi. Dia cuba memancingku untuk menyerah.
"Surat? Surat apa? Dia terima banyak surat setiap hari daripada secret admirers dia. Bukan macam saya, tak pernah nampak surat satu pun," aku menjawab kata ustaz. Kulihat wajah ustaz berkerut. Dia tak mahu mengaku kalah. Dia tahu yang aku tak akan mengaku.
Tiba-tiba muncul seorang guru yang bermulut celupar, mencelah di antara perbualan kami. "Tak mungkinlah, budak ni buat surat macam tu, ustaz. Budak ni masuk bilik guru pun tak pernah. Ini baru pertama kali saya nampak dia jejak kaki dalam bilik guru ni," guru itu mencelah.
"Lagipun, baguslah calon pengawas tu dapat surat macam tu. Biar dia sedar diri dia tu bukannya berharga mana pun," sambungnya lagi. Aku hanya tersenyum tidak selesa di antara dua guru itu. Ustaz hanya melepaskan keluhan panjang. Ustaz terus lepaskan aku. Dan topik itu langsung tiada noktahnya sehingga kini.
Dan yang kelakarnya, budak tu still jadi pengawas. Dan aku jadi ahli badar. Di sini bermulanya titik kejatuhan aku.
Dalam badar ada seorang budak lelaki ni masuk badar sebab aku. Dia budak kelas aku. Aku tahu dia jadi badar sebab aku sebab dia je yang tahu yang ustaz jemput aku untuk jadi badar. Dia pengawas sekolah dan juga badar.
Lama berkenalan, kami makin rapat. Kelakarnya lagi. Orang ramai kata kat aku, lelaki tu suka aku. Aku tak suka dia. Aku hanya... nampak dia cukup attractive? Waktu tu aku tengah ambang gilakan korea. Untuk itu, dia mula rapat dengan adik dia yang minat korea juga.
Kelakar lagi, adik dia minat group yang aku tak suka. Dan aku minat group yang adik dia tak suka. Kelakar kan? Bagi aku ya!
Rapat, rapat, rapat, eh ter'teman tapi mesra' pula! Sebab apa aku terima dia walaupun dia tanya aku dalam whatsapp adik dia? Sebab aku kesian, kesian tengok dia habiskan masa dekat aku. Better aku suruh dia habiskan duit kat aku kan? So, aku kata kat dia, "ok".
Aku waktu tu tak sedar yang aku dah buat benda yang aku benci dulu.
Bila kitorang break up. Aku down gila sebab waktu tu aku fikir dia first love aku. Aku down lama. Aku meluat tengok muka dia so aku tampal gambar korea banyak-banyak atas meja aku sampai kena tegur dengan cikgu. "Angan-angan kamu untuk jumpa lelaki korea tu tak akan sampai,".
At least muka diorang buat aku rasa gembira.
Lama kemudian, aku sedar. Yang aku ni bodoh. Bodoh sangat. Aku sama sahaja macam mawar yang tak berduri. Bagai orang yang dulu aku benci. Aku sama je.
Sebenarnya, akulah mawar tu.
a/n: i finished this in around two hours and like wtf? I should be cleaning my room and packing up for the college but i did this instead! Gotta chau first because i got works like a ton. So bubye!
-8/11/2018-
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
RandomThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...