Aku biarkan bunyi gelak ketawa orang bedesing di dalam kepala aku. Aku cuba berpaling namun salah seorang daripada mereka menarik rambutku supaya mataku menemui matanya. Aku mengerang kesakitan dan juga ketakutan.
Aku rasa sangat berdebar saat aku melihat wajah perempuan depan mata aku ni. Mata dia ada bahang dia sendiri. Akibat api kemarahan. Aku meneguk air liur aku sendiri.
"Hei!" jeritan hampir membuatkan aku berpaling namun tangannya pantas mengambil daguku agar aku hanya melihat matanya yang marak dengan api kebencian. Mungkin orang akan kata aku ini lembik sebab aku lelaki. Tak sangka. Aku takut dengan perempuan. Aku kena buli pula dengan kaum perempuan.
"Dasar kunyit tak guna," kata-katanya menusuk terus ke dalam dadaku. 'Kunyit'? Hah, itu hanya satu 'phrase' yang digunakan oleh masyarakat aku untuk mengutuk orang macam aku. Tetapi aku tak pernah rasa diri aku ini kunyit. Ini perkara yang tak adil. Mengapa aku dicop sebegini?
"Aku bukan kunyitlah!" aku menyumpah kembali. Mengembalikan maraknya api di dalam diriku. Membara akibat diperkatakan begitu. "Aku pun manusia juga," aku cuba melawan balik dan akhirnya dia melepaskan tangannya daripada rambutku yang mula panjang melepasi telinga.
Dia hanya memandang aku dengan pandangan yang mengejek.
"Manusia?" gelak ketawanya mengilai kembali. Diikuti rakan-rakannya yang lain. "Jantina kau? Kau pun tak pasti. Manusia ada jantina 'okay'. 'Another thing', manusia yang tahu jantina dia tak akan rampas 'boyfriend' orang!" dia mengilai.
Oh, sebab lelaki dia belasah aku! Dia serang aku sebab lelaki. Lelaki itu. Aku tak goda dia. Dia yang datang dekat aku. Dia yang tolak aku, dia yang paksa aku. Aku tak kuat nak lawan dia waktu itu. Aku sendiri mengaku yang aku ini memang lemah dan tak berdaya, nak lawan orang memang bukan bidang aku. Aku lebih kepada menerima tumbukan orang.
Aku memang terkenal dengan tubuh seolah-olah wanita. Kecantikan susuk tubuhku digilai baik wanita mahupun lelaki. Jikalau wanita, mereka cemburu dan inginkan susuk tubuhku, pinggul lebar yang cukup menawan dan pinggang yang ramping bak anai-anai. Jikalau lelaki, aku pun tak berapa nak faham mereka. Mengapa mereka mampu bernafsu melihat susuk tubuhku? Oh, kerana wanita jual mahal untuk memberi tubuh mereka, maka tubuh lelaki lain yang kecil dan seakan-akan wanita menjadi mangsa untuk mereka melampiaskan nafsu. Aku dah cukup penat menjadi mainan mereka, baik wanita mahu lelaki. Memperguna rakus tubuhku untuk melepaskan nafsu amarah dan sebagainya. Jangan salah faham! Tubuhku hanya digunakan untuk menjadi 'punching bag', menerima setiap tumbukan dan sepakan percuma seolah-olah tubuhku merupakan tempat membina badan secara percuma.
Aku tak minta diriku menjadi sebegini.
Selepas mereka puas membelasah tubuh kecilku, aku ditinggalkan seperti sampah terbiar. Tubuhku sakit ditendang dan ditumbuk. Perlahan-lahan kucuba bangun dari keadaanku yang terbaring.
Aduh, sakitnya tidak tertahan!
Terkadang aku tertanya apakah salahku sehingga aku dilayan sebegini rupa? Pernahkah aku berosa kepada mereka? Sebagai manusia yang ego, pasti sahaja aku akan mengatakan tidak. Namun, pasti sahaja aku ada melakukan dosa terhadap Tuhan bukan? Aku tak boleh nak nafikan bahagian itu. Aku bukan manusia yang sempurna.
Mengeluh sejenak, aku befikir – merenung ke langit terang tanpa awan – hari yang panas. Barangkali itulah penyebab hati manusia menjadi semakin panas.
Beg sekolah kugalas kembali, berjalan terkedek-kedek seperti itik kerana sakit di bahagian perutku selepas disepak beberapa kali.
Aku kena jumpa lelaki itu esok.
YOU ARE READING
VIOLET'S RANTSHOT
RandomThe rant that I've been doing since I was in like 15. Unfortunately, it is in malay, because that is my mother tongue! This whole bunch of old writing and I am a lazy girl so I am sorry for all the mistakes. Enjoy! -COMPLETE, I WON'T BE UPDATING A...