SENYUM sampai ke telinga bila akhirnya turn aku cuti... dah pun sampai. Alhamdulillah, berkat doa mak... Ramadan kali ini, aku dapat juga balik ke rumah. Mak mesti suka. Mesti dia dah berangan nak masak 21 jenis lauk kegemaran aku untuk 21 hari Ramadan. Yalah, cuti pun boleh pi takat tiga minggu saja.
Tak kisahlah tu, at least aku boleh balik bulan Ramadan kali ni. Mak pun satu hal, time bulan Ramadan semua makanan yang sedap saja dia masak. Berbulu je hati aku kalau dia share gambar kat whatsapp family!
Mak – Hari ni mak masak kuih lopeh. Tengok kuah gula melaka mak, hitam pekat memikat!
(gambar)
Aku – MAKKK!!! 😭😭😭
Angah - Kasihan hang long.... hang gigit telefon je lah!
Adik – Jangan gigit, batal puasa! Nangih je tepi bucu katil!
Kurang asam punya adik-adik...!
Tapi kali ni...
Mereka pula yang putih mata sebab aku ada tiga minggu berpuasa dengan mak. Tak apalah, raya kan sebulan. Raya lambat tak apa. Yang penting puasa kali ni, aku nak balik. Hati tergerak nak balik... bila dapat cuti, lagi tergedik-gedik nak balik.
Ramadan kali ni, aku balas dendam!
Angah – Along puasa kali ni, hang tak balik kan? Biasa hang tak balik.
Whatsapp Esmail aku tak balas. Biarkan. Nanti bila aku sampai kat airport Qatar, baru aku tunjuk yang aku dah on the way balik ke Malaysia.
YES!
Sekarang...
Cuti dah lulus.
Kita booking tiket dulu.
Bunyi whatsapp masuk bertalu-talu, aku tak peduli. Teruja punya pasal nak balik menyambut Ramadan dengan mak. Sejak ayah dah meninggal ni, hanya kepada mak lah aku buat semuanya. Niat hati nak berhenti kerja dan duduk terus dengan mak tapi mak tak bagi. Angah dan adik duk ada, boleh jagakan mak. Lagipun, tiga-tiga anak lelaki mak... syurga masih di bawah tapak kaki mak.
"Menikahlah long..."
"Nantilah mak."
"Nak tunggu sampai tumbuh ekoq ka?"
"Bukannya anak kucing, nak ada ekoq. Anak mak kan... takkan mak pun ada ekoq?"
"Along tak mau menikah, adik-adik semua tak mau menikah. Mak ni dah jadi beban hangpa."
Mana boleh kata lagu tu...
Mana ada mak boleh jadi beban anak!
"Hesy, apa kata lagu tu. Mak tu tanggungjawab kami. Kalau menikah pun, tetap mak tu keutamaan kami. Depa nak menikah, depa menikahlah. Along nak jaga mak."
"Suka hati hangpalah. Hangpa dah besaq. Tapi satu je mak nak pesan, kalau ada yang along berkenan, along habaq kat mak... mak pi pinang. Orang Qatar pun, orang Qatarlah."
"Kalau ada yang boleh menerima betapa pentingnya mak dalam hidup along, along nikah dia mak. InshaAllah."
Tapi...
Zaman sekarang, mana ada perempuan macam tu!
Kalau ada, dah lama aku kahwin dengan Murni.
"Weh Eb... kau pekak ke? Telefon kau berbunyi daripada tadi tu. Bukan senang nak dapat line. Dah dapat, berbunyi... tak pula kau nak angkat. Tahulah excited nak balik Ramadan!"
"Aku tengah booking tiket. Gila tak excited. Kali ni aku pula tayangkan kat kau, aku makan apa. Menangih tak berlagu tepi bucu katil lah weh tengok aku makan kari kepala ikan!"
"Kalau kari aku tak hairan... tapi kalau kau sebut budu..."
Aku tersengih. Kawan aku, satu-satunya orang Malaysia yang aku kenal, Sufi... tapi dia orang Kelantan. Aku capai telefon...
"Booking dah ni?"
"Dah. Siap booking chopper ke land airport. Ke Sungai Petani lah kita. Kau duduklah sini puasa kali ni. Tengok budu dalam telefon je lah."
Sufi mencebik. "Bini aku dah pos dah budu."
Aku tersengih. "Gigih!"
"Aku bagi kau peluanglah Eb, lagipun dah lama kau tak balik. Dekat dua tahun kot. Asyik memendam perasaan saja. Bila dah tergerak nak balik ni, baliklah...!"
Yalah...
Dua tahun tu lama juga. Cukup-cukuplah!
Tapi...
Senyuman aku termati setelah aku tengok mesej dalam whatsapp itu.
Terduduk aku!
"Bakpo boh? Bakpo muka lagu tu?"
Aku pandang Sufi, kemudian aku melihat kata-kata Esmail...
Erk...!
YOU ARE READING
AYAT-AYAT HALAL
MizahDek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia...