BAB 10

532 29 1
                                        

USAI kuliah subuh aku ulangkaji al-Quran. Sat lagi nak mengajaq pak cik kemetot tu pula. Tak pasal nanti dia tanya mad apa... aku mad kona kot lain pula. Takkan nak bagi alasan sakit perut lagi? Mahu kena ketuk dengan papan rehal.

Tapi ulangkaji... ulangkaji pun, fikiran merewang ke arah kejadian awal pagi tadi. Tak sangka pula aku, Ulya Ayani tu seorang yang lurus.

Ke...

Dia saja buat-buat lurus? Saja nak test aku macam ayah dia atau saja nak melayan aku sementara dia nak lepas mamat-mamat yang melepak tang simpang tu?

Masalahnya...

Muka dia tu... betul-betul macam tak faham. Agak-agaknya, betul-betul lurus bendul kot. Takkan nak bagi ayat-ayat direct pula. Nanti dia kata aku ni... ustaz jenis apa? Elok dia nak menyembang dengan aku, terus jadi takut pula dengan aku... gara-gara aku psiko hati dia.

Mungkin kalau dah selalu kena dengan ayat-ayat halal aku...

Ulya akan faham kot!

Kena banyak usaha Eb...

Benda tak datang bergolek macam ayam golek, RM25 segolek kat bazar Ramadan tu!

Tepat pukul 10 pagi...

Aku pun keluar dari rumah.

Sampai pintu pagar rumah Pak Cik Ayob, aku melihat Ulya cantik berkurung merah jambu berbunga kuning, berkerudung kuning.

Haih...

Umpama matahari menyinari sanubari Abang Eb...!

Dia tegur aku dulu. "Assalamualaikum, Ustaz Eb..."

"Waalaikumussalam. Ulya cantik-cantik ni nak ke mana?"

"Mana ada cantik Ustaz Eb. Biasa je. Saya nak keluaq sat."

"Haaa pi dating eh?"

"Nak dating dengan siapa? Tak dak aih. Nak pi beli kain nak buat baju raya."

"Pandai kaaa jahit tu?"

"Bolehlah, buat pakai sendiri."

"Nak pi dengan siapa? Sendiri?"

"Taklah. Dengan sepupu saya, Kak Murni."

Bila Ulya sebut je nama Murni...

Aku pun...

"Elok-elok jalan naaa... jatuh bangun sendiri. Assalamualaikum."

Cha Alif But lah...

Gila nak tunggu?

"Haaa pi elok-elok. Jangan nak merayau pi tang mana hala. Kalau kata Nagoya, Nagoya saja. Jangan nak pi goyang tang lain. Balik awai, jangan nak balik sayup sangat. Siapa nak masak buka puasa nanti. Ustaz Eb nak makan buka puasa dengan kita..." Sempat lagi, Pak Cik Ayob bagi pesanan penaja tepi pintu.

"Baik ayah... pi sat saja. Elok ayah habis mengaji, Ulya baliklah."

Harap janganlah belum sempat aku habis, depa balik. Harap biarlah aku dah habis, baru depa nak balik. Tak nak aku bertembung dengan Murni, bukan masa yang sesuai.

"Masuklah Eb..."

"Ya... ya pak cik."

Aku masuk dan terus ke tengah-tengah ruang tamu sambil menunggu Pak Cik Ayob menutup pintu. Bila hon kereta berbunyi, Pak Cik Ayob angkat tangan... Murni dah mai ambil Ulya lah tu.

"Murni tu, sepupunya Ulya, anak menakan pak cik, anak kakak pak cik, Aysa. Tak menikah-menikah lagi. Kerja besaq juga, engineer kat kilang di Bagan nu. La ni, orang perempuan kalau dah besa pegang duit, depa malaih dah nak menikah."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 31, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

AYAT-AYAT HALALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang