MURNI...
Haih...
Pasai Murni pula malam ni aku tak boleh nak lena. Sepatutnya, jalan dah terbuka luas... Abang Eb dah boleh pi memikat Adik Ulya tu... tapi, ada pula bonggol kat tengah, samdol waliwaliul betui...!
Kalau aku habaq kat Pak Cik Ayob yang aku ni pernah bercinta dengan anak menakan dia... ingat Pak Cik Ayob boleh terima aku dak? Empat tahun bercinta... aku kenai kot siapa keluarga Murni tu. Tapi tak pernahlah aku nak ambil tau sampai pak mak menakan dia.
Tak boleh jadi ni...
Aku kena pi habaq kat Murni, apa yang jadi antara aku dengan dia tu dulu... biarlah takat dulu. Barang yang lepas jangan dikenang! Move on!
Hari Isnin nantilah ke kilang tu jumpa Murni. Nak jumpa hari ni, ahad... kilang cuti. Dia dah jadi senior, sahih dia kerja ikut officer hour. Tak apalah, hari Isnin... sekali harung berjumpa kawan-kawan lama. Lama dah tak menjenguk kilang tu, tempat jatuh lagi dikenang... ini kan pula tempat jatuh cinta pandang pertama.
Pagi ni aku bersahur.
Sempatlah aku menjamah roti dan sambal ikan bilis mak. Aku minum oat perisa vanila yang aku beli kat kedai Ah Lek. Minum ni, kenyanglah sampai buka puasa nanti.
Sebelum 5.30 pagi, aku keluar rumah. Nak ke masjid, solat subuh berjemaah. Lagipun, ada kuliah Ustaz Karim. Ustaz Karim tu, ustaz yang agak terkenal juga, rajin memberikan kuliah. Asyik tengok di you tube saja... dah alang-alang nak mai masjid bagi kuliah, ikut sajalah. Dapat juga pengisian.
Terkena pula aku dengan tajuk kuliahnya...
RAMADAN DAN JODOH.
Tersengih-sengih sendiri apabila Ustaz Karim menyebut nama tajuk. Baru nama tajuk, belum cerita dalam tajuk tu, dah tersengih.
"Ramadan adalah masa yang sangat tepat bagi kita untuk mengadu dan mengharap kepada Allah dan mengakui bahwa Allah-lah Sang Pemilik Cinta. Hanya dengan kekuasaan, kebesaran dan kasih sayang-Nya kepada kita, jodoh itu akan datang. Sekaligus, ini adalah masa bagi kita untuk bertaubat dan mengakui segala kesalahan yang boleh jadi penyebab penghambat jodoh yang selama ini dirindukan."
Bak kata Rasulullah SAW di dalam khutbahnya berkaitan dengan Ramadan –
"Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya."
Berdoalah Eb...
Berdoalah dengan bahasa yang difahami.
Sesungguhnya Allah SWT mengerti apa yang kau ucap dan harapkan.
Mungkin sebab aku kurang berdoa tentang jodoh akibat pengalaman lepas, itu sebabnya sampai sekarang jodoh pun tak muncul.
Sekarang dah muncul...
Berharap ianya penantian yang terakhir.
Ya Allah,
Kurniakanlah aku cinta orang yang cinta kepada-Mu. Dan cinta orang yang cinta terhadap orang yang dekat kepada-Mu. Dan jadikanlah cintaku terhadap Engkau... lebih aku cintai daripada cintaku kepada yang lain.
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pilihan (yang terbaik) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada)-Mu dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu).
ANDA SEDANG MEMBACA
AYAT-AYAT HALAL
HumorDek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia...
