NAMPAKNYA...
Setakat ini sajalah jodoh aku dengan Ulya tu. Lebih baiklah dia dijodohkan dengan ustaz yang betul daripada ustaz yang tipu macam aku ni. Bukan ke mengalah kepada yang lebih baik itu adalah... cinta sejati?
Cinta sejatilah sangat hang tu Eb...!
Mungkin Ulya pun sukakan Ustaz Hassan?
Baiklah aku tak payah duduk di tengah-tengah antara Ulya dan Ustaz Hassan, itu bakal menyusahkan Ulya untuk memilih. Biarlah dia dengan Ustaz Hassan tu.
Sekarang perempuan kan lebih banyak daripada lelaki. Ramai lagi yang boleh buat kek pandan tu. Lepas terawih nanti aku cari Pak Cik Ayoblah. Aku jelaskan siapa diri aku sebenarnya. Habis cerita. Lepas tu, kalau dia nak suruh aku mengaji sekali dengan dia juga, ikut dialah... bukan lama pun, tiga minggu saja aku duk kat sini, lepas tu aku nak balik ke Qatar. Dua tahun lagilah memendam rasa atas cinta tak kesampaian...
Nasib hang lah Eb...!
Mungkin selamanya hang jaga mak hang...
Tak apalah...
Allah SWT menjanjikan bidadari di syurga nanti buat hang. Make sure... bidadari yang boleh buat kek pandan!
"Pengumuman. Esok akan ada kuliah daripada Ustaz Karim sesudah subuh. Harapnya bolehlah ramai-ramai datang ke masjid bersolat subuh dan kemudian kita mendengar kuliah bersama-sama. InshaAllah. Terima kasih."
Sebaik saja Tok Imam Ali mengumumkan pengumuman itu, jemaah semua bersurai. Aku terus bangun, mencari kelibat Pak Cik Ayob. Meriah masjid malam ini berterawih. Biasalah, awal-awal Ramadan. Mai tang akhir... semua nak balik kampunglah, nak pi shopping kuih rayalah, nak pi shopping baju raya tengah lelonglah... macam-macam.
Tapi...
Lain yang aku cari...
Lain pula yang muncul.
"Abang..."
Murni pula yang muncul.
Tak dak kaaa orang lain yang nak muncul?
"Eh... Murni."
"Bila abang balik?"
"Sehari sebelum Ramadan."
Aku...
Buat macam biasa.
Tak ada rasa nak gelabah walaupun dah dua tahun aku tak jumpa dia. Hampir terlupa aku muka Murni tu macam mana. Yalah tu Eb, lupalah sangat!
Murni macam dulu. Kurus, tinggi, putih...
Tak ada perubahan.
Yang berubah, hatinya pada aku... itu saja. Itu dululah. Kalau sekarang, aku tak tahu.
"Tapi, bukan mak abang pergi umrah ke dengan Esmail dan Elyas?"
"Misscommunication. Depa pi dua minggu saja, lepaih tu baliklah. Sempat seminggu berpuasa dengan mak sebelum abang balik ke Qatar."
"Tak dan rayalah?"
"Tak dan."
Diam sat.
Mata aku meliar mencari Pak Cik Ayob.
Mana entah orang tua ni!
"Abang nampak kuruih sikit..."
"Tak daklah. Puasa kot."
"Puasa baru sehari."
Orang patah hati...
Lagu ni lah Murni oiii...!
ANDA SEDANG MEMBACA
AYAT-AYAT HALAL
HumorDek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia...
