HAIH...
Tak pasal dua minggu tu aku kena berpuasa sendiri. Nak cancel dah tak boleh. Mak pun dah confirm dengan agen pelancongan tu, aku pun dah confirm flight aku juga. Padan muka aku, ingat nak buat kejutan akhirnya terkejutkan diri sendiri!
Nasib sempat jugalah berpuasa dengan mak seminggu, kalau tak memang aku nak burn saja tiket tu. Balik Qatar, duk kat rumah saja. Sama juga, puasa sendiri juga. Tapi fikir balik... lama tak balik Malaysia, baliklah juga!
"Hang selalu habaq tak dapat cuti lama. Kalau dapat sat pun, mak ingat nak ajaklah pi umrah sekali. Jadilah dua minggu kalau dapat pun. Mana mak tau, hang dapat cuti lama kali ni."
"Lama tak lama... tiga minggu saja. Along baru nak buat surprise."
"Benda lagu ni, mana nak boleh buat sepraihhh... long!"
"Mak pun, tak pernah nak pi umrah, tiba-tiba nak pi."
"Teringin nak cuba puasa kat sana. Lagipun, angah dan adik dapat cuti lama. Bolehlah depa pi sekali dengan mak. Mak nak berdoa kat Jabal Rahmah... tiga orang anak mak naik pelamin sekaligus."
"Eh mak ni..."
Doa laaa menatang lain. Balik-balik jodoh!
"Hang jangan risaulah. Nanti mak ejaihhh lah dengan Ulya. Suruh dia tolong masak kan untuk hang selama dua minggu ni sementara mak nak balik."
"Ulya mana?"
"Ulya anak Haji Ayob."
"Haji Ayob mana?"
"Haji Ayob rumah sebelah ni. Tu laaa hang, dah lama tak balik. Jiran-jiran pun dah tak kenai. Kalau hang balik pun, dok terperap dalam rumah lagu anak dara. Kalau anak dara betui pi bagi menikah... tak apalah. Ni ada dara ada teloq! Kalau berteloq boleh menetaih lagu ayam pun tak apalah... boleh juai ayam, juai teloq. Ini apaaaa pun tak boleh!"
Aku menepuk dahi...
Tak pasal kena berleter. Aku duk dengar suara Esmail baik punya dok mengekek gelak kan aku kat belakang mak. Hampeh betul!
Ni kalau tak potong... confirm sampai raya mak tak akan berhenti berleter!
"Pandai ke dia masak?"
"Hah?"
"Pandai ke Ulya tu masak?"
"Lagi pandai dialah daripada hang."
"Susah dia je mak... along boleh je beli kat bazar Ramadan. Along atoqlah... hari ni bazar kat Tesco, esok bazar kat Taman Ria, lusa bazar kat Laguna."
"Rasa dulu. Kalau tak rasa, lagu mana nak cinta."
Eh lain macam mak ni...
"Yalah."
"Dengan kek pandan..."
"Yalah... yalah. Mak tahulah kesukaan anak mak."
Tu yang aku buat tak sabar nak balik Malaysia.
Dan...
Akhirnya...
Aku sampai juga ke Sungai Petani. Tak tahu yang ETS ada terus ke Sungai Petani. Nasiblah ada yang tolong di KL Sentral tu. Kalau tak... aku pun blur juga!
Sampai di Sungai Petani, aku ambil teksi balik ke Semeling. Tak adalah banyak perubahan pun walaupun dah dua tahun aku tak balik. Kedai si Ah Lek tu, masih ada. Tapi, Ah Lek saja dah tak ada. Anaknya yang jaga sekarang ni. Sempat juga aku singgah beli roti, habuan nak sahur esok. Bolehlah makan dengan sambal ikan bilis yang mak buat.
Pejam celik... pejam celik...
Sabtu ni dah Ramadan. Kalau di Qatar, beza lima jam saja dengan Malaysia. Kat sana, buka puasa waktunya awal sikitlah berbanding sini pukul 7 lebih. Sana pukul 7 lebih dah masuk waktu isyak. Tapi kat sana... puasa 15 jam. Sini, 13 jam saja. Jimat 2 jam.
Melihat rumah aku yang tersergam kukuh depan aku... aku senyum. Rumah ni, hasil duit kerja selepas setahun aku dapat kerja kat Qatar. Aku beli rumah ni untuk mak. Rumah kampung peninggalan arwah ayah tu, dah teruk sangat. Ingat nak beli kat area Laguna sana tapi... mak lebih selesa duduk di Semeling, dekat dengan kawan, dekat dengan masjid.
Apa sajalah untuk mak...
Itu yang Murni tinggalkan aku!
"Murni tak bolehlah berterusan macam ni dengan abang. Semua abang buat, abang buat untuk mak abang. Murni? Abang nak hidup dengan Murni ke tak?"
"Tapi tu mak abang..."
"Murni bakal isteri abang. Akan bina hidup dengan abang. Akan jadi ibu kepada anak-anak abang. Kalau mak abang tu, masih abang utamakan... Murni ni macam mana? Nak buat apa-apa kena bincang dengan mak abang... habis Murni ni tak penting bagi abang ke?"
"Penting. Tapi, buat apa beli sampai dua rumah. Duduk sajalah dengan mak abang lepas kahwin. Rumah tu pun, abang yang beli. Lagipun, abang kan kerja kat Qatar. Murni ikut abang juga kan."
"Hah? Kerja Murni macam mana?"
"Abang mampulah sara hidup Murni tu. Tak payahlah kerja. Berapa sangatlah gaji Murni kat kilang tu, berbanding dengan gaji abang?"
"Fine... kalau macam tu... Murni nak abang buat keputusan, pilih sama ada mak abang atau Murni?"
Murni suruh aku buat pilihan...
Dan...
Aku pilih mak.
Tak apalah. Perempuan boleh cari. Mak tak ada ganti. Mungkin bukan jodoh. Kalau jodoh... tak akan jadi macam ni. Lagipun, Murni tak tahu buat kek pandan pun... masak pun tak tahu!
Haih jodoh...
Manalah hang pi jodoh oiii...?
"Assalamualaikum..."
Lamunan aku tersentak. Aku menoleh ke arah seseorang yang menegur aku. Dia tersenyum dan aku...
Tergamam.
Rasulullah SAW pernah bersabda...
"Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya."
Dan perempuan itu...
Sangat menyenangkan mata aku!
Siapa pula ni?
"Waalaikumussalam."
"Abang ni anak Mak Cik Esah ke? Saya, Ulya. Saya tengok daripada tadi dok tercegat depan rumah... tak ketuk pun rumah saya minta kunci. Saya takut salah orang je. Nanti terbagi pula kunci kat perompak... naya je!"
Oh...
Ni ke Ulya?
"Abang!"
"Hah...!"
"Abang Ebrahim kan?"
"Pandai buat kek pandan tak?"
"Hah?"
"Dak... saya baru nak ketuk, awak dah muncul tak dan dan..."
"Ohhh...!"
Hang yang tak dan dannn Ebrahim oiii...

ANDA SEDANG MEMBACA
AYAT-AYAT HALAL
MizahDek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia...