BAB 6

415 23 1
                                        

ULYA Ayani sepupu Murni?

Laaaa pasai paaa jadi sepupu Murni pula? Pi mai pi mai... tang tu juga pi nya! Pasai apaaa tak dua pupu kaaa? Tiga belaih pupu kaaa? Tak pun kupu-kupu?

"Sepupu Murni? Mana mak tau?"

"Murni rajin juga datang rumah Pak Cik Ayob tu. Tu yang mak tau."

"Dia mai buat apa?"

"Laaa... mai jumpa sepupu dia lah."

"Dia tegoq mak ka?"

"Tegoq. Macam biasa. Dia dengan mak bukannya cepren lagu hang tu."

Memanglah bukan boyfriend, girlfriend tapi... aku dan Murni putus sebab mak juga. Aku pilih mak bukan pilih dia. Sahihlah dia akan berdendam dengan mak, sikit sebanyak pun.

"Ada dia tanya pasai along ka?"

"Awat? Kalau dia tanya... hang nak kembali pada cinta lama hang ka?"

Hmmm...

Cinta lama.

Murni?

Bila mak cakap macam tu barulah aku nampak Ulya ada sikit-sikit macam Murni. Tapi bukan kerana Murni, aku sukakan Ulya. Tak terlintas pun nama Murni sewaktu pertama kali aku terpandang Ulya. Aku sukakan dia... kerana dia, Ulya. Bukannya kerana dia ada iras-iras Murni.

"Hesy... tak naklah. Entah-entah dia pun dah menikah dah ada anak sorang dah kot. Dah dua tahunlah mak. Along dah lama move on."

"Hang tu kalau dah lama move on... tak daklah sampai dua tahun dok peram teloq!"

"Eh mak ni..."

Balik-balik teloq aku juga yang kena!

"Ni along tengah nak adjust dengan Pak Cik Ayob tu laaa."

Dua tahun jugalah aku bawa diri. Dua tahun jugalah aku hilang arah. Yalah, bukannya sekejap aku dengan Murni. Lama kot. Sejak aku kerja sekejap di kilang yang Murni kerja sekarang ni selepas aku habis study, sebelum aku dapat kerja di Qatar nu. Kerja dua tahun di kilang tu, Murni masuk jadi technician bawah aku. Lama-lama dia technician kan hati aku... bukan mesin kat kilang tu. Empat tahun kot bercinta dengan dia. Setahun sewaktu aku bekerja di Malaysia dan lagi tiga tahun sewaktu aku di Qatar.

"Budak Ulya tu baik long, jangan nak main-main. Kalau hang saja nak mainkan Ulya nak balaih dendam kat Murni, mak tak mau tolong hang...!"

"Balaih dendam apanya mak?"

"Manalah tau, saja nak tunjuk hang boleh dapat perempuan yang hang nak!"

"Hesy mak ni banyak sangatlah tengok drama. Along berkenan dekat Ulya tu, sebelum along tau dia tu sepupu Murni tau. Kalau mak tak sebut, along pun tak ingat Murni tu siapa."

"Kira dah move on lah ni?"

"Yalah...!"

Ini masalah lain yang timbul.

Aku tak kisah sangat kalau Murni tu, sepupu Ulya. Tapi, pecahlah rahsia aku yang aku ni bukan ustaz kat Pak Cik Ayob. Murni saja yang tau aku ni siapa!

Antara bakal menantu mud engineer dengan bakal menantu ustaz tipu... baiklah dia pilih bakal menantu mud engineer kan?

Terpaksalah aku berterus-terang dengan Pak Cik Ayob yang aku ni bukan ustaz, tetapi orang minyak di Qatar tu. Terus-terang menunjukkan aku ni ikhlas nak kan anak dia tu. Bak kata mak... kenalah ikhlaihhh... baru semua benda tersusun cantik. Kalau betul jodoh aku ada dengan Ulya, Pak Cik Ayob tak kisah siapa aku pun.

AYAT-AYAT HALALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang