TERDIAM aku... sekejap.
Yalah, mana tak diam, Pak Cik Ayob up aku gila-gila punya depan Ustaz Hassan tu. Sampai aku kelu nak bersuara. Aku hanya angguk geleng angguk geleng dah macam itik nila.
"Dia dok ajaq pak cik mengaji la ni. Yalah, kuota hang kan dah penuh. Mujoqlah, Eb ni free. Kan Ustaz Eb? Saja pak cik panggil dia ustaz sebab dia sudi ajaq pak cik."
"Eloklah begitu."
"Mak dia ni dulu ustazah ngajaq ngaji. Bahasa arab pun pandai ni. Bukan bahasa arab saja pandai, bahasa engineer punnn pandai."
"Okeylah Pak Cik Ayob, saya beransur dulu."
"Esok tak payahlah bawa mai kuih tu... bukan tak sedap, takut ralit makan, kena kencing manih pula. Hari-hari makan bukannya elok. Assalamualaikum."
Berkerut-kerut dahi aku, pelik dengan Pak Cik Ayob. Cara dia cakap tu macam dia tak suka saja Ustaz Hassan. Tapi kan, dia nak calon menantu dia sama kriteria macam Ustaz Hassan. Dah dapat yang sama pun reject, apa lagi aku yang tak sama langsung ni.
"Hang nak kata apa tadi Eb?"
Aku menggaru kepala. Cakap je lah Eb. Hang dah kantoi dah pun. Reda je lah Eb, kalau ada jodoh, adalah Eb!
"Err... awat pak cik tak habaq kat saya yang pak cik tau saya ni bukan ustaz?"
"Saja pak cik nak test, nak tengok akai hang lagu mana."
"Tapi... saya tak pernah mengaku yang saya ni ustaz pun, pak cik. Saya nak habaq dah tapi..."
Semua salah kek pandan tu...!
"Hang suka Ulya kan?"
Takkan nak kata tak suka. Orang tua dah tanya... habaq pi lah. Untung-untung lampu hijau!
"Suka. Tapi pak cik kan suka Ustaz Hassan kan."
"Pak cik tak suka dia."
Pulak!
"Dia tu kawan abang Ulya, anak pak cik yang sulung tu, Ulwan. Dia tu sibuk nak rekomenkan Ulya dengan Ustaz Hassan tu. Dulu, sebelum dia tau yang pak cik ni ayah Ulwan dan Ulya, pak cik nak masuk kelaih mengaji dia... dia boleh kata kuota dia dah habih. Dia tu memilih... nak ajaq orang kaya saja. Lepaih tu, bila dia tau pak cik ni sapa... dan dan dia kata boleh mai ajaq pak cik di rumah. Memang tak lah pak cik nak suruh dia mai ajaq, ajaq ada makna. Baik kena ajaq dengan ustaz tipu, daripada ajaq ustaz tak boleh pakai lagu tu!"
Aku tergelak. Boleh tahan juga rajuk pak cik kemetot ni! Hati sama kecik dengan badan, ni baru orang kata sepadan...
Nampaknya...
Aku ada harapan!
Mula hati berbunga-bunga...
"Masalahnya..."
"Masalah apa, pak cik?"
"Ulya."
"Kenapa dengan Ulya?"
"Pak cik nampak dia macam sukakan Ustaz Hassan tu."
"Dia habaq dengan pak cik ke yang dia sukakan Ustaz Hassan tu?"
"Sebab dia habaqlah yang pak cik tahu ni."
Hati yang berbunga tadi...
Terus layu!
Kalau Pak Cik Ayob tak suka tapi Ulya suka... terjadi juga. Haih, maaflah mak, hati orang bukannya sejenis roti canai yang boleh dicanai-canaikan. Kalau ayah sendiri pun kena ikut kehendak anak... kita nak kata apa pula?
"Kalau dia dah suka, pak cik kenalah suka juga. Nak buat macam mana mungkin itu jodoh dia. Kita mana boleh nak paksa orang sukakan kita, kita pun tak suka orang nak paksa-paksa kita sukakan orang!"
Sajalah...
Aku nak sedapkan hati Pak Cik Ayob, pak mertua tak jadi aku tu... samalah nak menyedapkan hati aku juga. Nasib baiklah aku tak serahkan seluruh cinta aku pada Ulya...
Kalau tak...
Peram teloq dua tahun lagilah jawabnya...!
"Hang ni Ebbbb...."
"Apa?"
"Cinta tu ibarat solat tarawih, bukan yang datang di awal tu Eb... tapi, yang bertahan sampai ke akhir rakaat! Kita kenalah berusaha Eb... takkanlah nak mengaku-kalah awai-awaiii..."
"Masalahnya pak cik... yang imamkan solat tarawih tu, Ustaz Hassan. Saya ni cuma makmum! Lebih baik pilih imam yang imamkan 23 rakaat solat tarawih daripada pilih saya yang solat belakang imam ni, pak cik!"
Pak Cik Ayob tergelak...
Aku pandang Pak Cik Ayob.
Aku dahlah patah hati...
Dia boleh gelakkan aku pula.
Nanti bila dia genggam tangan Ustaz Hassan nak nikahkan anak dia tu, aku pula mengekek gelak kan pak cik kemetot ni... baru dia ada akai!
"Saya ni tak nak lah merosakkan hubungan orang. Badi tu pak cik. Kalau dah Ulya suka Ustaz Hassan, Ustaz Hassan suka Ulya... tak baik kacau pak cik. Berdosa tau."
"Ulya tak habaq pun dia suka Ustaz Hassan tu."
Dahi aku berkerut.
"Apaaa pak cik ni. Yang mana satu yang betui? Suka kaaa dak?"
Sat habaq suka...
Sat habaq tak suka...
Ini sahih nak test aku lah ni.
"Pak cik saja nak test hang je Eb...!"
"Hesy pak cik ni."
Belum apa-apa... banyak sangat ujian. Kalah JPJ nak bagi lesen!
"Ulya tu... tak kata apa. Tapi kalau dah hari-hari Ustaz Hassan tu dok ulang-alik, ulang-alik depan rumah pak cik tu... lama-lama terangkut bawa balik. Pak cik tak mau lah lagu tu."
"La ni pak cik mau apa?"
"Mau hang..."
"Ulang-alik rumah pak cik?"
"Hoiii... ulang-alik nak buat apa pulak dahhh!"
Terkejut aku.
"Hesy pak cik ni..."
"Pak cik nak hang ayatlah anak pak cik tu. Lama-lama dia terpikatlah dengan hang. Tak daklah dia kena angkut dengan Ustaz Hassan. Lagipun, kalau menikah dengan hang... kan senang. Hang duk Qatar, dia dok sini dengan pak cik. Boleh jaga pak cik, boleh jaga mak hang sekali."
"Kalau saya bawa dia pi Qatar?"
"Pak cik boleh tengok mak hang..."
"Eh..."
Pak Cik Ayob ketawa.
"La ni... hang suka ke dak, Ulya?"
"Saya suka."
"Jadi hang kenalah pikat Ulya sampai dia jatuh suka kat hang. Sebaik saja Ulya habaq dia suka kat hang, hari tu juga pak cik hantaq rombongan meminang hang."
Dan dannnn aku dengaq kompang!
"Satu benda pak cik nak pesan..."
"Apa dia, pak cik?"
"Ulya suka ustaz. Dia selalu cakap dengan pak cik, kalau orang lain mai meminang dia, dia tak mau. Tapi kalau ustaz... dia suruh pak cik terima. Jadi hang kena mengaku juga yang hang ni ustaz. Hang tak boleh kata hang tu engineer. Kalau dak... kita berdua teriak lah wek wek... tepi longkang ni dok bau asap motor Ustaz Hassan angkut Ulya bawa pi balik pi balik."
Baru aku nak senyum tiba-tiba aku teringat...
MURNI!
Kantoilah aku!
ANDA SEDANG MEMBACA
AYAT-AYAT HALAL
HumorDek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia...
