Di dalam Projek Seram Mitos ini, saya mengangkat sebuah kisah urban legend yang dikatakan berlaku di Gunung Sari, Balikpapan. Saya membuat kajian dan mengadunkannya dengan cara saya sendiri. Sepanjang tempoh menyiapkan manuskrip ini, saya berdepan dengan pelbagai tekanan daripada dalam dan luar. Saya perlu bijak mengawalnya demi memastikan manuskrip ini tidak tergelincir daripada tempoh yang telah ditetapkan. Dan paling penting, sehingga manuskrip ini menemui titik noktahnya. Syukur Alhamdulillah, atas restu mak, abah serta keluarga, dan tidak ketinggalan juga rakan sepasukan di dalam Projek Seram Mitos, Eiq dan Akma yang acapkali memberikan saya semangat, saya berjaya menyiapkan naskhah ini.
Kali ini, mesej yang saya cuba sampaikan adalah berkaitan dengan kemaafan. Kadangkala kemaafan itu kedengaran seperti enteng. Tetapi harganya cukup mahal bagi sesetengah individu. Besar harapan saya agar rakan-rakan pembaca semua dapat mengambil sesuatu yang positif di dalam naskhah saya kali ini. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. InshaaALLAH.
Projek Seram Mitos, Maryati dihentikan hingga bab 5. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah ini, sila dapatkan Projek Seram Mitos di toko-toko berhampiran.
-Suzani Nadzir-
YOU ARE READING
Projek Seram Mitos - Maryati
Terror"Pabila keangkuhan memakan diri, kemaafan dituntut sehingga mati!" Hidup Sastra dipenuhi perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah ter...