Part 1- Kehidupan Areena

18.4K 335 3
                                    



Areena mengetuk-ngetuk steringnya seiring dengan lagu yang berkumandang di radio.
Sesekali mulutnya juga bernyanyi-nyanyi kecil.

"Alahai jemlah pulak. Ni yang menyampah ni kalau keluar time orang balik kerja ! " rungut Areena

Kerjanya sebagai guru tuisyen membuatkan Areena terpaksa menghadap jem yang sesak ini. Guru tuisyen bukanlah bidang seiring dengan ijazah sumber manusia nya, namun apakan daya kesukaran mencari kerja pada zaman sekarang ini. Hmmm. Sebenarnya Areena mengharap kerjanya ini hanyalah untuk sementara sahaja. Lagipun tuisyen yang diajarnya hanya subjek math dan ekonomi sahaja memandangkan dia mahir bab itu. Waktu kerjanya pula hanya 4hari seminggu dengan bayaran RM2000 sebulan.

Bukan hendak merungut, tapi dengan gaji sebanyak itu tidak cukup untuk dia menampung keluarganya serta adiknya yang masih bersekolah.
Mujurlah rumah taman peninggalan abahnya sudah habis dibayar dan duit peninggalan arwah abah untuk kami adik-beradik sambung belajar sedikit sebanyak cukup untuk kami.

Tiba masanya untuk dia membalas dan menggalas tanggungjawab untuk menyara keluarganya.

Pagar rumah dibuka dan Areena memakir kereta Myvi putih kesayangannya di garaj.
"Assalamualaikum.. makk .. mak kat mana tu?" Panggil Areena
"Kat dapur ni haa" sahut Pn Asnah
"Masak apa mak?" Tanya Areena
"Tengoklah bawah tudung saji tu" jawab Pn Asnah yang sedang mencuci pinggan
"Wahh ayam masak merah!!" Areena yang kelaparan terus mengambil nasi dan mencedok lauk kegemarannya itu.

"Lepas makan jgn lupa basuh pinggan eh! Lepastu naik mandi sembahyang sana." Pesan Pn Asnah
"Baikk makk" balas Areena

-

Usai mandi dan menunaikan solat asarnya Areena duduk sebentar di atas katil.
Dia termenung sendirian memikirkan mengenai rancangannya untuk mencari kerja yang sesuai dengan bidangnya.
Areena buntu sekarang ini hendak mencari kerja. Dia melihat skrin telefonnya lama.
'Hahh!! Apa kata aku tanya Layla kat mana office yang perlukan HR.' Bisik hatinya.

"Semekom laylaaa" tanya Areena apabila panggilannya diangkat Layla
"Waalaikumsalam wbt cik Areena, nak apa call aku ni?" Balas Layla
"Yelaa sombong sekarang aku call pun tak kasi eh?" Usik Areena
"Yela2 . Hah ada apa apa ke ni?" Tanya Layla
"Hmm aku sebenarnya nak mintak tolong ni. " pinta Areena
"Mintak tolong apa? Selagi aku mampu aku tolong" jawab Layla
"Kau ada tau tak syarikat yang cari HR? Sebab aku nak gunakan ilmu yang aku pelajari bertungkus lumus selama 5 tahun ni. Takkanlah aku nak jadi guru tuisyen je.Lagipun kerja ni sementara tunggu cikgu sebenar tu habis pantang" adu Areena
"Hmmm aku bukan nak beri harapan tapi apa kata kau apply dekat satu office ni. Tapi ni international punya office tau. Dia macam anak syarikat baru dekat Malaysia. And fyi this company is Brunei, Singapore and Malaysia collaboration." Jawab Layla
"Macam tak layak je untuk aku yang fresh graduate ni. Dahlah tak ada pengalaman lagi. " keluh Areena
"Ishh kau ni belum cuba belum tahu. Cuba mintak je dulu. Aku doakan kau dapat kerja ni" sokong Layla lagi

"Okay2 aku try nanti. Emm bagi alamat emel dia nanti aku hantar resume" pinta Areena
"Takpayah! Terus datang office dia lusa nanti. Aku bagi alamat. Tapi aku tak dapat teman tau, aku kerja." Cadang Layla
"Apa?!! Kau biar betul tak pasal kena halau nanti?" Rungut Areena
"Dont worry k?" Jawab Layla

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now