Part 6- Trauma

8.6K 267 0
                                    


Areena dan Hariss berjalan menuju ke lift setelah  mengikut Hariss berjumpa dengan client tadi. Namun Areena hanya menunggu di kereta yang disewa Hariss sahaja tanpa memasuki pejabat client bossnya itu. Mereka pulang ke hotel ketika jam hampir pukul 6 petang.
Sedang lift bergerak tiba-tiba satu hentakan menyebabkan mereka terkejut. Areena menggelabah ketakutan dan matanya ingin menangis! Jantungnya berdegup laju. Trauma akan kejadian yang berlaku ini.
Hariss mengawal dirinya agar tidak panik. Dia cuba untuk menekan butang kecemasan untuk memanggil pihak hotel. Namun tiba-tiba lampu lift terpadam. Bekalan elektrik terputus.

Areena yang terkejut terus menerpa ke arah Hariss dan memeluk erat tubuh Hariss.
"Encik... saya takut! Saya trauma !" Adu Areena sambil menekup telinganya dengan tangan di dada Hariss.
Hariss yang terkejut dengan tindakan Areena hanya memegang belakang badan Areena agar tidak jatuh memandangkan tubuh Areena yang longlai dan takut itu.

"Don't worry. Everything will be fine soon. They will fix this asap (as soon as possible)." Pujuk Hariss sambil mengusap kepala Areena yang masih menekap di dadanya itu.
Areena masih lagi menangis ketakutan dan mengeratkan pelukannya.

Areena trauma kerana sewaktu dia di universiti dia pernah terperangkap di dalam lift flat rumah sewanya. Waktu itu dia keseorangan sahaja dengan situasi yang sama seperti ini. Gelap dan panas. Areena separuh sedar ketika lift berjaya dibuka dan terus dibawa ke hospital. Sejak itu Areena trauma untuk menaiki lift terutamanya lift yang agak uzur dan sempit. Nasib baik lift di pejabat Encik Hariss dan penthousenya sentiasa ada orang ramai untuk dinaiki bersama yang dapat mengurangkan gemuruh Areena.

30 minit berlalu lift tersebut masih belum berfungsi. Areena dan Hariss duduk keletihan setelah lama berdiri. Areena masih lagi tersedu sambil memeluk lengan Hariss. Hariss yang risau akan keadaan Areena terus memeluk bahu gadis itu untuk menenangkannya.
"Encik lama lagi ke? Diorang tahu tak kita terperangkap ni?? Saya sesak nafas dah ni." Ujar Areena sambil mengongoi.
"Areena! Relax okay? We'll be save! Stay calm with me." Pujuk Hariss sambil memegang rahang Areena yang sedang menangis itu. Samar-samar dia melihat wajah Areena di bawah lampu kecil lift itu.

15 minit kemudian lampu lift tersebut tiba tiba terpasang. Dapat dirasakan lift sedang bergerak naik walaupun agak tersentak-sentak sedikit.
Areena bangun dibantu oleh Hariss. Jiwanya masih takut . Terasa degupan jantungnya laju di lengan Hariss.
Akhirnya lift terbuka di tingkat bilik hotel mereka.

Hariss menghantar Areena ke bilik gadis itu. Didudukkan Areena di atas katil. Areena seakan masih trauma dan takutnya tidak hilang lagi.
"You stay here. Get rest. I'll meet hotel management. Nanti malam I hantar dinner dekat you." Ujar Hariss sambil melepaskan lengannya yang dipegang erat Areena. Areena hanya mengangguk kecil dan merebahkan dirinya di atas katil. Kasutnya dibuka Hariss dan kakinya diangkat ke atas katil oleh Hariss.

Hariss mengambil sekeping kad pintu bilik hotel Areena. Hariss memandang sekilas Areena yang sedang tidur di atas katil itu sebelum keluar untuk berjumpa dengan pihak hotel atas kerosakan lift tadi.

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now