Part 14- Areena masak dinner

8.2K 248 4
                                    

Areena memasuki office Hariss. Dia tidak membawa bekal untuk Hariss kerana mereka akan lunch di luar. Pintu bilik dibuka, dilihat Hariss sedang busy melihat skrin laptopnya.

Hariss kelihatan macho sekali. Dengan lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku. Kotnya pula sudah ditanggalkan. Areena bergerak ke belakang kerusi yang diduduki Hariss.
"Busy ke ?" Tanya Areena sambil  mengurut lembut bahu Hariss.
Hariss yang terasa urutan Areena di bahunya terus menyandarkan badannya di kerusi dan memejamkan mata menikmati urutan itu.
"Hmm." Jawab Hariss pendek.
5 minit berlalu, Areena masih mengurut bahu Hariss. Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Hariss, pegangan itu menghentikan urutan Areena. 

Hariss membawa tangan Areena ke bibirnya. Dicium lembut tangan Areena.
Areena pula hanya tersenyum malu dengan perbuatan drastik Hariss itu.
"Let's go for a lunch." Ajak Hariss
Mereka bergerak keluar berpegangan tangan dari bilik Hariss itu. Mujurlah tiada pekerja yang dilihat di ruang pejabat itu kerana sekarang ini merupakan lunch time. 

-

Hari ini Hariss baik hati untuk bawa Areena ke restoran yang memasak masakan Melayu. Tapi Hariss macam biasa hanya mengambil ulam-ulaman dan siakap stim.
"Areena nanti you booking flight and hotel ke Bali for us. We'll be going there next week. " pinta Hariss.
"Okay. Kenapa kena pergi Indonesia?" Tanya Areena
"Wedding kawan I. Oh yaa, after the wedding we'll be going for short holiday alang-alang dekat Bali.  Book seperate hotel for our vacation too." Pesan Hariss lagi.
"Okay sayang. " balas Areena happy. Kali pertama dia akan ke Bali.  Excited sungguh.

Usai lunch, Hariss menghantar Areena ke rumahnya. Dihentikan kereta di hadapan lift yang berada di parking lot.
"You stay rumah dulu. Nanti petang I balik. And masak dinner sekali. " pesan Hariss
"Okay. I masak sedap sedap untuk you nanti." Jawab Areena
Areena mencium pipi kiri Hariss yang berkumis tipis itu sebelum keluar dari kereta Hariss.
Areena memasuki rumah. Dia terus ke dapur untuk memerap ikan salmon yang akan dimasaknya untuk dinner nanti.

Disebabkan tiada kerja yang akan dibuat sementara menunggu untuk memasak makan malam mereka, Areena baring sebentar di bilik. Dia melayan movie di Netflix yang dilanggannya.
Tu pun setelah dia memujuk Hariss untuk memasang Netflix walaupun sudah ada astro di rumah Hariss. Bosan katanya tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan selain mengemas rumah. Lagipun bulan ni Hariss tiada  outstation, jadi kerjanya hanya di rumah sahaja.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Pukul 6.30 mungkin Hariss akan sampai ke rumah. Areena pergi ke dapur untuk memulakan masakannya.
Ikan salmon yang sudah diperap dikeluarkan dari peti ais.
Dia mengeluarkan brokoli untuk disaute  dan memerisakannya dengan lada hitam, serta garam. Dibuat juga coeslaw dan mash potato sebagai hidangan sampingan.

Sepuluh minit sebelum jam menunjukkan pukul 6.30 petang, Areena melayurkan ikan salmon di atas non-stick pan. Bau semerbak mengharumi dapur itu.
Semua masakannya dihidangkan di atas meja makan di dapur. Jus oren diletakkan di dalam jug. Sedang leka dia menyusun pinggan satu cuitan di pinggangnya mengejutkan Areena.
"Oii kau!" Latah Areena. Dia menoleh belakang. Hariss rupanya.
"You rupanya. Terkejut I." Areena menyalami tangan Hariss.

Hariss yang terliur dengan hidangan di depan matanya itu terus duduk di meja makan.
"Cepat duduk I lapar ni." Pinta Hariss mengajak Areena makan.
Areena terus duduk untuk menjamu selera.
"Sedap tak?" Tanya Areena setelah selesai mereka dinner.
"Emm bolehlah." Balas Hariss bersahaja.
"Alaa tak nak puji ke?" Marah Areena manja
"Pujilah tu. " jawab Hariss lagi
"Yela tu. I nak balik lah. Dah pukul berapa ni. " pinta Areena sambil bangun dari sofa yang mereka duduki.
Belum semput Areena bangun tangannya ditarik Hariss sehingga menyebabkan Areena terduduk di atas peha kanan Hariss.
"Kata tidur sini. You dah bagitau ibu kan you tak balik. " soal Hariss geram. Semalam dia menyuruh Areena tidur di rumahnya dan gadis itu setuju sahaja. Tiba-tiba sekarang ni kata nak balik.

"Malaslah. Tiba-tiba rasa nak balik. " usik Areena saja mengenakan Hariss.
"What?!" Soal Hariss geram.
Areena hanya ketawa kecil sebelum dia menjerit kerana tubuhnya melayang diangkat oleh Hariss.
"You tetap tak boleh balik. " ujar Hariss. Areena hanya menelan liur.
'Gulpp habislah aku. '
Areena dibawa ke bilik dan pintu dikunci.

-
Jeng jeng jenggg

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now