Part 8- Rasa Hati

9.3K 258 3
                                    


Seminggu berlalu kini Hariss dan Areena berada di KLIA untuk berlepas ke Singapura sebentar sahaja lagi.
Merasa lagi lah Areena menaiki business class. Tapi kali ini flight yang ditempah Hariss adalah Singapore Airlines. Sebelum ini mereka menaiki Malaysia Airlines . Harap-harap lepas ni dapatlah naik Fly Emirates pula. Angan Areena yang tak dapat jadi pramugari.

Mereka tiba di Changi Airport pada pukul 2.30 petang dan terus pergi ke Merlion Hotel menaiki grab yang ditempah Hariss.
"Areena you tinggal hotel dulu ya. I pergi meeting kejap. Nanti petang we'll go for dinner. Get ready and at 6 p.m. I will pick you." Pesan Hariss setelah mereka sampai ke level bilik mereka.
"Okay." Pendek sahaja balasan Areena. Dia sebenarnya masih kepenatan dan pening masa landing tadi.

Areena memasuki biliknya. Suite yang ditempah Hariss kelihatan sangat moden dan sememangnya untuk business trip.
Dia meletakkan luggagenya dan luggage Hariss di tepi almari.
Luggage Hariss dibuka dan beberapa helai baju diambil untuk disiapkan. Dicium baju Hariss yang dipegangnya itu.
'Emm wangi.' Bisik hatinya
'Cehh siapa yang basuh kan? Hahahaha'. Areena memuji dirinya sendiri.

Usai gosok bajunya dan baju Hariss. Areena duduk sebentar sambil layan drama di TV. Dia termenung memikirkan kata-kata ibunya ketika dia memberitahu hendak outstation bersama bossnya.

"Kamu tu selalu outstation hati-hati . Jangan selalu berduaan dengan boss. Dia tu lelaki kamu perempuan tau macam macam boleh jadi. Ingat ! jaga maruah kamu, maruah ibu dan arwah abah kamu." Pesan Pn Asnah panjang.

"Reena tahu bu. Reena kan kerja. Lagipun ni memang kerja Reena kan?. Nak buat macam mana." Balas Reena
"Ibu peliklah. Kamu kan ijazah sumber manusia tapi kenapa kena oustation ye? " tanya Pn Asnah
Ariana terkedu. Dia takut rahsianya terbongkar. Yang sebenarnya Areena tidak memberitahu ibunya bahawa dia menjadi PA kepada Hariss.

Lagipun cara kerjanya pula seakan maid kepada Hariss. Jika dia beritahu ibunya pasti ibunya tidak bersetuju dia bekerja sebegitu. Namun apakan daya dia memerlukan gaji yang tinggi untuk menyara keluarganya. Mana ada syarikat yang ingin mengupah fresh graduate dengan gaji sebanyak 3ribu keatas. Ditambah lagi dengan oustation, Hariss akan bagi bonus kepadanya.
Dia sendiri pelik kenapa Hariss tidak cari isteri sahaja untuk melakukan semua ini. Mungkin busy sangat kot sampai tak sempat cari girlfriend.

"Reena memanglah ada ijazah sumber manusia bu, tapi nak jadi HR belum lagi. Jadi Reena dapat jawatan lain dulu. Lagipun bolehlah Reena timba ilmu lain. " tipu Areena.
'Ya allah! Dosanya aku menipu ibu!' Getus hatinya.

"Emmmm. Yelahh. Yang penting kamu cari rezeki halal." Pesan ibunya.

Areena tersedar apabila notification masuk melalui iPhone 6nya.
'Hariss rupanya'. Cetus hatinya.
Areena sempat tidur dahulu kerana Hariss memberitahu bahawa mereka akan keluar dinner lepas maghrib pula. Nasib baiklah dia period jadi tak perlu terburu buru bersiap.

Mereka makan di sebuah restoran popular di Singapore. Mujurlah restoran tersebut banyak makanan yang menarik seleranya.

Esok pula agendanya Areena diminta mengikuti En Hariss untuk meeting di Marina Bay Sands. Pertama kali pergi ke situ membuatkan Areena terpegun dengan hiasannya.

Oh ye sekarang Areena sudah boleh dianggap PA daripada maid kerana Areena telah diberi schedule Hariss untuk mengatur perjumpaannya. Urusan penempahan hotel dan flight juga diserahkan kepada Areena. Sekarang tugasnya makin bertambah dan Areena semestinya kena sentiasa berada di sisi Hariss. Perbincangan mengenai tugas baru Areena telah pun mereka bincang pada malam tadi semasa dinnernya.
Areena dengan senang hati akan melakukan tugas itu. Urusan di pejabat pula akan dilakukan oleh secretarynya.

-

Tidak sangka pula kerja Hariss akan habis awal. Sebelum berangkat ke Brunei mereka singgah membeli belah dahulu di Singapura.

Areena dan Hariss beriringan melalui deretan kedai yang menjual barangan berjenama mahal. Areena hanya mampu pandang sajalah. Nak beli ? Emm tiga bulan gaji baru dapat beli.

Hariss menarik lengan Areena yang berlapik lengan baju ke kedai Dior. Areena ingat Hariss mahu barangan untuk dirinya. Tetapi bila Hariss bertanya dengannya handbag mana yang Areena kehendaki, Areena terus menolak. Gila?! Dia pekerja sahaja bukan girlfriend Hariss pun.

"Come on Areena. I nak you ambik jugak. Kalau tak you balik KL terus alone jangan ikut I pergi Brunei." Tegas Hariss dengan muka seriusnya.
"Apa ni En Hariss? Mahal sangatlah beg tu. Rm4k kot. Saya tak boleh terima." Luah Areena
Hariss yang malas mendengar hanya meminta pekerja itu mengambilnya sahaja.
Usai membuat bayaran Hariss menyerahkan paperbag berisi handbag Christian Dior limited edition itu kepada Areena.

Walaupun muka Areena cemberut kerana dipaksa mengambil pemberian Hariss tapi dia tetap mengambil hadiah itu kerana tidak mahu mengecilkan hati bossnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaupun muka Areena cemberut kerana dipaksa mengambil pemberian Hariss tapi dia tetap mengambil hadiah itu kerana tidak mahu mengecilkan hati bossnya itu.

Dalam kereta...

"Encik Hariss thanks for the bag. Tapi.. jangan tolak gaji saya pulak beli handbag ni." Gurau Areena.
Hariss hanya tersenyum nipis sambil membawa kereta.

Areena yang geram hanya mendiamkan diri sahaja. Takkanlah dia nak cubit pulak si Hariss tu.
Dilihat baju tshirt polo Hariss sekilas , matanya ternampak habuk melekat di lengan Hariss, ditepuk-tepuk lengan Hariss bagi menghilangkan kotoran itu. Hariss hanya membatu manakala Areena hanya menunjukkan reaksi biasa.

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now