Part 12 - Love

8.3K 221 4
                                    

Hariss dan Areena dalam perjalanan untuk menghadiri event yang diadakan di hotel mewah Kota London.
Hariss mengenakan sepersalinan kot berwarna hitam berkemeja putih manakala Areena memakai dress berwarna nude berhiaskan sedikit batu hiasan dan labuci yang minima . Ala ala macam baju tunanglah gitu. Baju itu ditempah khas dari butik pengantin.

Areena membawa Clutch bag berjenama Louis Vuitton pemberian Hariss dan dipadankan dengan dress cantiknya itu.
Areena memeluk lengan Hariss dan beriringan masuk ke dalam hotel yang dihiasi dengan hiasan yang sangat mewah. Mereka duduk di meja yang telah direserve nama masing- masing. Areena yang tidak biasa dengan situasi itu hanya berdiam diri sahaja di sisi Hariss yang sedang menyapa rakan-rakan businessnya itu. Sesekali dia bersalam dengan beberapa wanita inggeris yang menyapanya.

Disebabkan Hariss merupakan boss bagi cawangan Malaysia, Singapore dan Brunei dia wajib untuk hadir ke event seperti ini pada setiap tahun. Cuma tahun ni saja dia membawa partner perempuan. Setelah ucapan beberapa orang dari pelbagai negara, Areena mula mengantuk dan bosan. Sudahlah dia tidak berapa faham dengan accent english mereka.

"Youu.." Panggil Areena sambil mencuit Hariss yang tekun mendengar ucapan di hadapan.
Hariss terus memandang muka Areena yang memanggilnya.
"Why?" Soal Hariss
"Function ni habis pukul berapa?" Tanya Areena
"Maybe at 11 to 12 p.m. and then we'll be going back." Jawab Hariss lagi.
"Emm lamanya. Arr I nak pergi toilet kejap ye ?" Pinta Areena
Hariss hanya mengangguk tanda membenarkan.

Areena berjalan keluar dari hall dan terus mencari toilet hotel itu. Sebaik sahaja nampak signboard toilet dia cepat cepat memasukinya.
'Wahh toilet pun lawa gila eh ?' Bisik hatinya apabila melihat toilet yang agak cantik interior desingnnya.
Dia terus masuk ke tandas. Usai itu Areena berdiri sebentar di cermin, melihat dirinya yang kelihatan anggun dengan busana yang ditempah atas arahan Hariss itu.

Lipstick merah berjenama Chanel dikeluarkan dan ditambah warnanya pada bibir seksinya itu. Agak lama dia merapikan dirinya sambil membetulkan shawl yang leceh tu. Hampir 15 minit juga dia di toilet.

Areena terus bergerak ke hall balik disebabkan function yang masih belum tamat. Ikutkan hati hendak saja dia pulang ke apartment mereka. Tapi dia ingin menjaga hati Hariss dan tidak mahu membuat lelaki itu marah dengannya.

Areena duduk semula di sebelah Hariss yang masih khusyuk mendengar ucapan itu.
"Why lama sangat?" Tanya Hariss
"Mana ada lama sangat. 15minutes je okay . I betulkan tudung tadi. Tu yang lama kot" jawab Areena.
Hariss hanya memandang wajah Areena yang bersolek tebal itu. Tidak menyangka pandai juga Areena bersolek. Patutlah lama sangat bersiap tadi.

Hariss yang perasan muka Areena yang cemberut akibat kebosanan itu terus mengusik Areena. Ditarik tapak tangan kanan gadis itu lalu digenggam dan diletakkan pehanya. Kedudukan mereka juga rapat. Areena yang terasa pegangan itu terus memukul lengan Hariss dengan tangan kirinya.
"Ishh gatal. " marah Areena manja.
Hariss hanya membiarkan tanpa memandang muka Areena. Sesekali tangannya mengurut lembut tapak tangan gadis itu.

Lama kelamaan genggaman itu dirasakan selesa sekali. Areena pulak yang membawa tangan Hariss ke atas pehanya. Dia yang kebosanan bermain-main dengan jam dan jari Hariss. Sesekali dia mengambil gambar tangan mereka berdua. Dibelek belek gambar yang diambil tadi. Adalah dalam 10 keping untuk gambar tangan sahaja. Tadi dia lama di toilet pun ada sebab lain juga. Sempat lagi Areena mengambil mirror selfie di tandas cantik itu.

Akhirnya tamat juga event tadi. Event tersebut diakhiri dengan dinner pelbagai pilihan dari serantau negara. Memandangkan ramai pelabur-pelabur dari negara Islam, jadi makanan yang disediakan juga halal.

Areena hanya makan salmon yang diawet dengan bahan yang tidak diketahuinya. Tapi rasanya memang sedap !
Mereka kini sedang menaiki lift untuk ke tingkat apartmentnya. Areena hanya berkaki ayam disebabkan kakinya melecet, dicabut terus heelnya ketika memasuki lift tadi.

Hariss yang melihat hanya menggelengkan kepalanya.
-

Keesokan harinya mereka membeli belah di London. Areena yang teruja terus mengajak Hariss untuk ke Sephora kerana make up di sini harganya lebih murah berbanding di sephora Malaysia. Pelbagai jenama dan jenis make up di ambil Areena lalu dibawa ke kaunter untuk dibayar. Baru sahaja dia ingin membayar sendiri, Hariss terus memberi kad kreditnya kepada cashier kedai tersebut.

"Apa ni En Hariss? Biarlah saya bayar sendiri ." Areena bersuara.
Hariss hanya membuat derk dan diambil balik kadnya yang telah diswap itu tadi.

Areena memasamkan mukanya ketika keluar dari sephora itu tadi. Dia merajuk! Areena juga tidak mahu berjalan di sebelah Hariss disebabkan lelaki itu sibuk membayar apa yang dibelinya.
Hariss yang perasan akan tindakan Areena itu terus berpaling.
"You dah kenapa ni?" Tanya Hariss walaupun dia sudah tahu sebab Areena marah.
Areena hanya berdiam diri dan tidak mahu menegur Hariss. Hariss terus memujuk Areena dengan memeluk bahu gadis itu.

"Kan I dah pesan jangan persoalkan apa yang I bagi." Pesan Hariss
"Tapi banyak sangat yang encik bagi. I baru kerja 6bulan. Nanti orang kata I kikis duit you pula." Terang Areena
"No one will be talking about you as long as you with me. Okay ?" Pujuk Hariss sambil mencuit mulut itik yang dibuat Areena.

Senang sahaja hendak dipujuk si Areena ni. Nampak saja Primark Areena terus menarik tangan Hariss. Dia ingin membelikan adik-adiknya baju pula.
Usai shopping di primark sehingga 4 bag, mereka duduk sebentar di kerusi.

Hariss terpandang satu kedai perhiasan barang kemas dan berlian.
'Yaa. This is the time. ' bisik hati lelakinya.
Tanpa banyak masa terus ditarik tangan Areena ke kedai emas itu.
"Youuu... I penatlah" rungut Areena kepada Hariss.
"Ikut I dulu. Nanti kita hantar bag shopping tu and terus pergi makan. " jawab Hariss
Mereka terus berlalu. Reaksi Areena pula apabila ternampak kedai yang mereka masuki .....
'What?....'

-

Hah? Another suspen scene.

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now