Part 7- Intim

10.2K 272 4
                                    


Hariss membawa makanan yang dibeli daripada restaurant hotel  di bawah tadi untuk diberi kepada Areena.
Setelah berjumpa dengan pihak hotel mengenai kejadian yang berlaku tadi, perkara tersebut telah diselesaikan dan pihak pengurusan hotel memohon maaf atas kesilapan teknikal yang terjadi.Mereka juga telah memberi diskaun melalui bayaran bilik hotel yang Hariss duduk.

Kad pintu bilik Areena diswapkan dan pintu dibuka. Dilihat Areena masih berbaring tapi pakaiannya sudah bertukar. Areena hanya mengenakan tshirt lengan panjang berwarna putih dan tudung sarung hitam. Matanya kelihatan masih sembab kesan tangisan akibat kejadian itu tadi.

"Areena, wake up." Kejut Hariss
Areena yang hanya tidur-tidur ayam terus terbangun namun tindakan refleks menyebabkan Areena memegangkan kepala yang teramat sakit. Dia menyandarkan badannya di kepala katil.
"Why ? Sakit kepala ke ? ." Tanya Hariss.
Areena yang tidak manpu bersuara hanya meanganggukkan kepalanya sahaja.
Hariss merasa dahi Areena. Panas. Mungkin kesan terkejut dengan kejadian tadi.
"You makan dulu ni. Nanti kita pergi klinik. I nak pergi bilik. Lepas I mandi, solat kita terus pergi klinik." Arah Hariss
"Takpayah lah En Hariss. Saya okay. Pening je ni. Lepas makan panadol saya dah okay." Balas Areena lemah
"No. You should do check up. I'll responsible for what happen." Tegas Hariss
"Ermmm." Areena tidak mampu untuk melawan.

-

Setelah pulang dari klinik mereka terus pulang ke hotel. Mujurlah Areena hanya demam biasa sahaja. Hariss yang sedang memandu kereta hanya memandang sekilas Areena yang tidur sambil memegang lengannya. Gadis itu masih tidak kuat berjalan. Doktor pun pesan bahawa Areena ada migrain yang sederhana dan tekanan darahnya agak rendah. Jadi jalan gadis itu agak terhuyung-hayang tadi.

"Areena dah sampai." Kejut Hariss
Areena yang tersedar terus melepaskan pegangannya pada lengan Hariss.
Hariss membantu Areena turun dari kereta dan sekali lagi Areena terpaksa berpegangan dengan Hariss.

Ketika menaiki lift jantung Areena berdegup sangat laju. Masih trauma. Sudahlah tingkat biliknya tingkat ke 11, lift pula seakan lambat untuk bergerak.
Hariss yang perasan muka Areena yang agak cuak itu terus menenangkan Areena dan memeluk bahu Areena.
"Relax okay. It will not happen again." Pujuknya
Areena hanya membantu di dalam pelukan Hariss sehinggalah lift terbuka pada level bilik mereka.

-

Setelah pulang dari Langkawi dua hari lalu, Areena kembali bekerja. Hariss sebenarnya suruh dia berehat untuk lima hari. Tetapi Areena mengatakan dia sudah sihat dan pulih sepenuhnya. Takkanlah dia hendak bercuti lama sedangkan tidak sampai sebulan lagi dia bekerja.

Areena membawa makanan tengah hari En Hariss ke officenya. Mujurlah tadi ketika naik lift ramai pekerja yang turut menaiki bersamanya .

Pintu bilik Hariss dibuka.
'Pelik tak ada orang pun. Mana En Hariss ni? Dia keluar lunch dengan client ke ?.' Getus hari Areena
Satu sentuhan di belakang badan Areena mengejutkannya yang masih menguak pintu itu.
"Why tak masuk ?" Tanya Hariss sambil mereka berdua masuk ke dalam biliknya.
"Saya ingat En Hariss tak ada . Baru saya nak tanya Jess tadi." Terang Areena.
Areena tanpa membuang masa terus menyediakan makanan Hariss seperti biasa.
"You dah okay belum ni? ." Tanya Hariss prihatin
"Sudah. Macam yang En Hariss tengok sekarang ni." Balas Areena sambil tersenyum.
Keceriaan Areena menunjukkannya dia sudah sihat dan pulih daripada kejadian seminggu lepas.

"Kalau  macam tu saya keluar dulu ye En Hariss." Pinta Areena
"No. Start from now you kena teman I lunch dalam bilik ni sampai I suruh you gerak balik." Arah Hariss tegas.
"Emm baiklah Encik." Akur Areena.
"Areena I ada benda nak bincang dengan you." Ujar Hariss setelah dia menghabiskan lunchnya.
"Apa dia En Hariss?." Tanya Areena sambil melihat muka kacak bossnya itu.
"Next week kita akan pergi work trip for 5 days or more ke Singapore and Brunei. You okay tak ikut?." Jelas Hariss
"Dah memang kerja saya kena ikut En Hariss. Nanti saya packkan baju En Hariss macam biasa." Ujar Areena
"Saya dah boleh gerak balik ke sekarang ni? Rasanya dah lebih  sejam saya dekat sini. Encik Hariss mesti banyak kerja kan? ." Pinta Areena
"Okay, you can go now." Arah Hariss sambil menyuit hidung Areena.
Areena tidak sempat mengelak cuitan itu. Pipinya memerah, malu akan tindakan bossnya. Dia terus mengemas bekal tadi dan bergegas bangun.
"Saya gerak dulu En Hariss." Pamit Areena
Hariss hanya memerhati gadis itu berlalu pergi. Dadanya dirasa. Berdegup kencang. Berduaan dengan Areena membawa banyak dugaan padanya . Hmmm......

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now