Part 16-Bali

9.9K 240 22
                                    

Hariss dan Areena memasuki villa yang telah ditempah mereka. Areena terpegun dengan rekaan ala tradisional villa itu. Pintu bilik dibuka Hariss, lagilah buat Areena excited.

Pintu gelangsar dibuka dan terdapat kolam renang private di tepi bilik mereka. Siap dengan package pelampung swan lagi.

"Wahh bestnya!!" Jerit Areena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wahh bestnya!!" Jerit Areena. Dia pergi ke arah Hariss lalu memeluk lelaki itu.
"Thank you sayang." Ucap Areena.
Hariss hanya tersenyum nipis. Dia mengusap kepala Areena yang berada di bahunya itu.
Hariss membuka butang baju kemejanya satu persatu. Terserlahlah otot-otot badan yang dibina selama beberapa bulan itu. Tuala di dalam almari diambilnya.

Hariss menghampiri Areena, pinggang gadis itu dipeluk rapat. Kepala Areena dicium menurun ke lehernya.
"Gelilah! Pergilah mandi. " kata Areena sambil mengelak pelukan Hariss. Geli dengan tunggul misai dan jambang Hariss di leher dan pipinya.
"Jom mandi" bisik Hariss perlahan.
"Tak nak. Cepat mandi I nak keluar makan" pinta Areena yang kelaparan.

______

Muka Areena berseri-seri selepas pulang sahaja dari dinner. Mana taknya candle light dinner yang disediakan di tepi pantai sungguh romantik lagi lagi diiringi dengan nyanyian buskers.

Tubuh Hariss di sebelahnya dipeluk. Areena meletakkan kepalanya di atas dada bidang jejaka itu.
"You I nak tanya something" toleh Areena memandang dagu Hariss.
"What is it?" Balas Hariss.
"You ada terfikir tak kalau officer you tau tentang hubungan kita? Macam mana kita nak jawab? Dengan family kita pun I tak tau nak jawab apa?" Tanya Areena.

"I told you before. Semua tu biar I yang fikirkan. I lelaki , taulah I nak jawab apa nanti. You faham ke tak?" Balas Hariss sedikit panas dengan soalan Areena yang berulang-ulang.
"I tanya elok-elok kan? Yang you nak marah kenapa?" Balas Areena bingkas bangun dari dada Hariss. Wajah lelaki itu dipandang.
"You jangan melawan I eh? Ingat sikit you tu I yang tanggung." Marah Hariss bingkas bangun dari katil dan melulu keluar ke luar bilik.

Areena hanya memandang tubuh Hariss yang berlalu keluar dari bilik mereka.
'Huh! Salah ke aku tanya benda yang betul. Nanti apa-apa aku juga yang orang mengata. ' desis hatinya.
'Hishh Areena kenapa lah kau rosakkan mood honeymoon ni. Aku kena mintak maaf kalau taknak Hariss terus angin. '
Tubuhnya dibawa keluar bilik mencari Hariss.

Dilihat Hariss sedang merokok sambil memandang pemandangan kolam renang.
'Stress je rokok. Peninglah aku' bisik hati Areena.
Tubuh dibawa mendekati Hariss. Belakang badan lelaki itu dipeluk dan dicium lekukan badan Hariss.
"Sayanggg.. I'm sorry. I tak sepatutnya tanya benda macam tu. I rosakkan mood honeymoon kita. " pinta Areena
Hariss hanya diam mendengar ucapan Areena. Tubuh dibawa menghadap Areena namun tidak pula dipandang wajah gadis itu.

"Sayang.. pandanglah sini." pinta Areena lagi.
"Okay I janji tak cakap pasal ni lagi. " pujuk Areena sambil memegang lengan Hariss.
'Tak jalan jugak!' Desis hatinya.
Rokok di tangan Hariss dipandang, dengan gerakan cepat dia mengambil rokok tersebut untuk menghisapnya.

Hariss yang terkejut dengan tindakan Areena terus menarik rokok tersebut dari kepitan tangan Areena dan membuangnya terus. Mata mencerlung muka Areena yang mencebik itu.
'How dare she do it?!' Bisik hati Hariss.
"Better you masuk cepat sebelum I kunci pintu ni." Arah Hariss.
Areena terkocoh-kocoh mengikuti langkah jejaka itu memasuki bilik mereka.

________

Areena tersedar dari tidurnya yang singkat. Jam di telefon dipandang.
'5.00 a.m.' Bisik hatinya
Dia bingkas bangun mengutip bajunya yang bertaburan di atas lantai dan katil. Hariss punya kerja lah ni. Jejaka itu masih nyenyak tidur.
Tubuh dibalutkan dengan tuala Hariss semalam. Hanya itu yang dia boleh capai.
"Sayang wake up." Kejut Areena.
Hariss membuka matanya sedikit lalu meraup mukanya. Dipandang tubuh Areena yang memasuki bathroom itu.
'What a great night!' Getus hatinya. Bibirnya tersenyum sumbing.

Baki honeymoon mereka dihabiskan masa dengan meneroka keindahan di Bali.
Mulai minggu depan mereka akan busy kembali di office.
Areena memeluk Hariss dari belakang di dalam kolam renang sambil mereka menikmati sunset. Hari ni merupakan hari terakhir sebelum berangkat pulang esok pagi.
"Hariss nanti balik you kena attend banyak meeting dekat Singapore tau. " ujar Areena
"I know it dear. Lets dont talk about work please. " balas Hariss.
"Okay Im sorry. " ucap Areena sambil mencium bahu Hariss.
______

Hari ini Areena tidak masuk ke office memandangkan Hariss akan bekerja di Singapore selama lebih kurang dua minggu. Kalau diikutkan Areena boleh saja ikut Hariss untuk bersama sama ke Singapura, namun untuk mengelakkan keluarganya curiga disebabkan dirinya yang asyik oustation sahaja maka dibatalkan saja niat itu.

Nasib baik Hariss tak marah. Kalau tak takde elaunlah aku bulan ni.
Areena bermalas-malasan di atas katil sambil bermain iPhone Xs Max yang baru dibelikan Hariss untuknya. Whatsapp Areena masih tidak dibalas Hariss.
'Busy kot' agak Areena.
Tiba-tiba satu mesej masuk di smartphonenya.

Danial:
Hi Reen. You busy ke?

Eh? Ingatkan Hariss. Mesej dari Danial rupanya. Malas pula nak layan. Dulu bukan main sombong.

Areena:
Tak busy pon.

Balas Areena pendek.

Danial:
Why not kita keluar. Lagipun I free ni takde kawan nak keluar. I ambik you?

Areena:
Buat apa. Girlfriend you kan ramai.

Danial:
Come on Areena. Please. Next week I dah balik UK. Please?

Areena:
Okay2. Bila ?

Danial:
Petang ni I ambil you? Okay? Dalam pukul 4 I sampai.

Areena:
Okay. Anything just WA okay. No call.

Areena segera bersiap untuk mencari baju yang sesuai. Lagipun dia hendak mencari barang peribadinya. Alang-alang sekali keluar ni beli jelah.

Tanpa Areena sedar dia tidak memberitahu Hariss bahawa dia hendak keluar bersama orang lain. Apa agaknya reaksi Hariss nanti.

...

I BUKAN MISTRESS DIA! Where stories live. Discover now